Bukit Panchang Tawau Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan | Sabtu , 20 Januari 2018 Bukit Panchang akan di TUTUP sepenuhnya untuk orang awam. Lebih mengecewakan lagi bukit-bukit yang berhampiran turut di wartakan dan di tutup seperti Bukit Akar, Bukit 38 dan Bukit Lipan. Hal yang demikian kerana daripada beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini seperti sesat dan keletihan sehingga melibatkan panggilan kecemasan di Jabatan Bomba dan Balai Polis Tawau.
Susulan dari kejadian ini, ramai para pengemar hiking melontarkan kata-kata tidak berpuas hati dan kecewa. Bukan hanya penduduk Daerah Tawau, begitu juga respon dari para pengemar hiking dari luar Daerah. Tambahan lagi yang belum pernah menawan Puncak Panchang.
Kini Pihak Jabatan Perhutanan telah memasang beberepa papan tanda di jalan menuju ke Bukit Panchang sebagai makluman kepada orang awam bahawa kawasan ini merupakan kawasan Hutan Simpan dan penceroboh pasti akan di denda. Pihak Jabatan Hutan juga sedang berusaha untuk menyiapkan papan tanda yang lebih besar dan menjelaskan tentang kesalahan meceroboh hutan simpan dan denda yang di kenakan kepada orang awam yang masuk hutan simpan tanpa kebenaran.
Ada yang menyatakan bahawa Bukit-bukit ini akan di buka semula kepada orang ramai namun dalam keadaan berbeza dan tidak lagi terbuka secara umum kepada orang awam seperti perlu mendapatkan surat kebenaran dari Pihak Perhutanan dan masuk dalam keadaan berbayar.
Namun yang demikian, belum ada kenyataan yang sahih di kelurkan oleh mana-mana pihak Kerajaan tentang info tersebut, hanya kelihatan pihak Jabatan Hutan memasang papan tanda '' Kawasan Hutan Simpan'' dan orang awam masih lagi menanti keputusan yang sahih dari pihak yang terlibat. Orang awam masih mengharapkan berita yang baik agar Bukit ini tidak terus di tutup untuk para pengemar hiking.
Orang awam di nasihati agar sentiasa berfikiran terbuka dan tidak mebuat keputusan yang boleh membinasakan diri sendiri. Hal ini bukan saja demi keselamatan semua pihak tetapi juga untuk menjaga alam sekitar sekitar Bukit Panchang, seperti yang dsi ketahui Bukit Panchang yang indah sering di penuhi oleh sampah sarap, Vandalisme orang orang-orang yang tidak bertamadun.
Nantikan kenyataan yang bakal dikelurkan oleh pihak yang berkenaan dan jangan sesekali membuat andaian sendiri.
Sekian, Terima Kasih
bagus bykkan hutan simpan... semoga menjadi kenyataan
ReplyDeletebila jadikan hutan simpan at least takde kegiatan yg tak elok kat situ..tapi kalau tutup untuk public macam tak best jugak kan!btw lawanya view!!
ReplyDeletesemoga terpelihara alam semulajadi disitu
ReplyDeletesemoga terpelihara alam semulajadi disitu
ReplyDeleteBukit Panchang nak dijadikan kawasan hutan simpan ye?
ReplyDeletekiranya nk pnjt kena dpt kebenaran la tu kan..huhu..stu keje lak
ReplyDelete