07 September 2016

Susprise Buat Mak

Selamat Ulang Tahun Mak


Assalamualaikum,

Allahmdulilah hari ini, mak masih diberikan kesihatan dan rezeki yang baik.  07 September 2016 genap la mak Unie ( Caya H Palimari ) ke 45 tahun.. Mak adalah kekuatan kami semua, tanpa mak sapa la kitakan. TERIMA KASIH MAK  untuk kehidupan ini.. Moga mak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, selamat dunia akhirat dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Moga semua doa mak di makbulkan.. AMIN YA RABBAL.. Kasih ibu tiada tandingan, walaupun ayah sudah menghadap Ilahi, mak juga adalah ayah bagi Unie.. My Hero is my Mom. Bersyukurlah kepada yang masih mempunyai kedua orang tua.. Hargai selagi berkesempatan dan Al-Fatihah buat arwah ayah. Moga ditempatkan bersama-sama orang beriman.. AMIN YA RABBAL.

Hanya kami berlima termasuk mak. Hanya ini yang termampu, tetapi tidak standing dengan pergorbanan mak.. Jangan Tanya mana gambar mak, susprise kan so mesti la dengan baju dasternya ( baju batik ) jak. Hihiihi.. WE LOVE YOU MOM.. Moga mak sentiasa bersama kami hingga ke Jannah dan maafkan anak-anakmu ini atas segalanya..


Mak umpama lilin yang sentiasa menyinari kegelapan.. seburuk mana anak-anaknya mak tetap menjadi pendorong dan kekuatan buat anak-anak. Tapi ingat lama kelamaan ia akan cair oleh api, begitu juga dengan mak lama kelamaan akan pergi jua.. Sama ada kita atau ibu.. hanya menunggu masa.. Rahsia Allah.. Hargai selagi mampu, sayangi selagi masih ada dan doakan selagi nyawa dikandung badan.. Ibuku Kekuatanku..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^