10 September 2016

Program World #QuranHour sambil berpuasa Hari Arafah

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT WORLD QURAN HOUR SAMBIL BERPUASA HARI ARAFAH.

Program World #QuranHour 2016 


Assalamualaikum,

'' WORLD #QURANHOUR '' Merupakan sebuah program satu jam bersama Al-Quran yang berlansung pada 9 Zulhijjah 1437H bersama 11 September 2016 ( Ahad ) di detik 9.00 - 10.00 pagi. Pada tarikh ini, seluruh umat islam didunia akan beriktiqaf membaca Al-Quran selama 1 jam.. Hentikan segala aktiviti lain. Ambik wuduk dan dampigi la Quran selama 1 jam..

Aktiviti yang patut dilakukan selama 1 jam..

1. Baca Al-Quran
atau
2. Baca terjemahan atau tafsiran ( bagi yang tak pandai membaca Al-Quran / berhadas )
atau
3. Berbincang atau belajar tentang Al-Quran dengan yang mahir.
atau
4. Apa sahaja yang boleh kita menafaatkan apabila berdampingan dengan Al-Quran.

Dalam setahun kita ada 8760 jam. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen ini World #QuranHour ..

*Dampingi la Quran*
*Kasihi la Quran*
*Hayati lah Quran*
*Jadikan Quran Panduan*

Mana yamg dah lama tinggalkan *JADIKANLAH* ini sebagai suatu *PERMULAAN*..

Jum gegarkan *SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL-QURAN*

Jom Puasa Hari Afarah.


Puasa Sunat Hari Afarah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia.. Tarikh yang sama dengan program World #QuranHour 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 ( Ahad ). Yang dikhusus kan kepada mereka yang tidak mengerjakan Ibadat Haji.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan secara rasmi bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya telah di tetapkan pada 3 September 2016 Masihi ( Sabtu ), Maka hari Arafah yang dikenali Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadat Haji, Pada 11 September 2016 Masihi ( Ahad ) bersamaan 9 Zulhijjah 1437H.

Jom kita sama-sama hidupkan program ini sambil berpuasa, jangan jadikan tak pandai membaca Quran sebagai alasan kerana terjemaan ada. Jangan malu dalam menuntut ilmu Allah.. WALLAHU..

Salam Sayang Unni Anje

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^