Selamat Hari Malaysia ke 53 Tahun buat semua warga Malaysia.. 16 september 1963 merupakan tarikh bersejarah buat Tanah melayu, Sabah dan Sarawak kerana tarikh ini merupakan tarikh pembentukkan MALAYSIA dan hari ini genap la 53 Tahun kita bersama..
Mesti masih ramai yang keliru bilanya sebenarnya Sabah Sarawak merdeka?? seperti maklum kita tahu Tanah Melayu telah diberi Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.. Ok jum kita belajar sejarah kembali..
- Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957
- Sabah diberi kemerdekaan oleh British pada 31 Ogos 1963
- Sarawak pula merdeka pada 22 Julai 1963
- Pembentukan MALAYSIA pula pada 16 September 1963
So, terjawab la segalanya tarikh kemerdekaan..
Jika dikaji dan difikir secara logik, betul ke hari kemerdekaan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan?? jawapan dia betul tapi hanya untuk Tanah Melayu.. Tidak buat kami ( Sabah, Sarawak ) .. Hari kemerdakaan ke-59 tahun, tapi bagaimana nasib-nasib pejuang negeri KAMI yang masih berjuang mempertahankan Sabah Sarawak?? So kiranya Kemerdekaan kami hanya 53 tahun bukannya 59 tahun.. Ketika Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 namun Kami di sini Sabah Sawarak masih di bawah penjajahan British.. Pejuang-juang kami masih gigih mempertahan negeri kami... EMOSI pulak pagi ni, sekadar luahan anak Jati Sabah dan jiran tercinta Sarawak...Wallahualam..
Salam Sayang Unni Anje
Wassalam
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^