24 November 2017

Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Trus Madi

Tips, keperluan, kelengkapan dan persediaan mendaki Gunung Trus Madi | Melalui laluan Mannan Sinua Sook Unni kongsikan sedikit pengalaman Unni menawan Gunung kedua tertinggi di Malaysia. Unni ingin kongsikan beberapa tips dan keperluan penting kerana pendakian ini agak jauh mencabar dari Mendaki Gunung Kinabalu.

Baca kat sini pengalaman Unni mendaki Gunung Trus Madi

Tips, keperluan, kelengkapan dan persedian mendaki Gunung Trus Madi



Tips Penting Mendaki Gunung Trud Madi ( G2 )


1. Pakai Adidas Kampung
2.Langkah kecil tapi laju
3. Kurangkan rehat
4. Bawa barang keperluan sahaja
5. Fizikal, mental dan stamina cukup
6. Minum ors ( 1 paket 1 botol mineral kecil )
7. Banyak kan berdoa dan jangan tinggal solat.

Barang Keperluan dan Kelengkapan Wajib


  1. Pakaian Untuk dua Hari ( satu pakai ke base camp 2 satu pakai ke peak )
  2. Sepasang stoking extra
  3. Stoking pacat
  4. Jaket
  5. Glove
  6. Slepping Bag
  7. Slepping Mat
  8. beg Kecil
  9. Alatan Mandian
  10. Tuala kecil
  11. Selipar
  12. Kasut ( adidas kampung )
  13. Botol air
  14. Baju hujan
  15. Headlamp dan handlamp
  16. Tongkat
  17. Makanan
  18. Ubat-ubatan

Tips


  1.  Pakaian hanya bawa sehelai naik ke Base camp 2 sebab sepasang kamu da ready guna. 
  2. Stoking bawa lebih untuk keselesaan dan stoking pacat bagi yang takut pacat.
  3. Jaket hanya di pakai semasa tidur di base camp 2. Jangan pakai jaket semasa mendaki ke puncak. Sejuk hanya permulaan selepas 10 minit perjalanan badan akan mula kepanasan cuaca tidak sama dengan Gunung Kinabalu.
  4. Glove wajib pakai semasa naik puncak dari base camp 2.
  5. Slepping bag adalah barangan wajib kamu bawa kerana keadaan di atas amat sejuk dan teramat sejuk dan slepping mat pilihan sama ada mau bawa atau tidak.
  6. Alatan mandi dan tuala wajib bawa, bawa yang perlu sahaja.
  7. Selipar perlu bawa, guna 1km sebelum anak sungai dan kegunaan di base camp 2
  8. Kasut yang best guna kasut ADIDAS KAMPUNG. Trail Trus Madi sangat sesuai dengan kasut adidas kampung.
  9. Botol air penting dan sangat penting . Bagi jimatkan space baik gunakan Water Blader.
  10. Headlamp penting untuk naik ke peak dan hand lamp di gunakan semasa di base camp 2 sebab kat sana bekalan elektrik tak ada.
  11. Tongkat bagi yang perlu boleh bawa, boleh membantu naik dan turun. Tapi kalau tak ada pun ok.
  12. Makanan ringan yang membekalkan tenaga ( coklat, biskut, kismis ) boleh bawa bekalan lebih macam maggie, ikan sardin, ikan kering. Makan kat atas memang nikmat. Bungkus dalam plastik sahaja. Kat atas boleh masak.
  13. Ubat-ubatan seperti spray, minyak angin dan panadol wajib di bawa. Minuman ORS dan glukosa juga digalakan bagi mengantikan zat mineral yang hilang dari peluh badan masa berpeluh.

Persediaan


  1. Bagi persediaan mendaki Gunung Trus Madi paling utama adalah Mental fizikan dan Stamina.
  2. Rajinkan diri mendaki walaupun bukit rendah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  3. Latih diri mula mengangkat beban sekurang-kurangnya 5kg semasa mendaki.
  4. Rajinkan diri senaman pagi, skepping dan jogging sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Persediaan Mental Fizikal dan Stamina amat penting. Jangan sekali ambil mudah.




8 comments:

  1. terima kasih unt perkongsian ini. sy selalu bawak kelengkapan yng tak digunakan. beban dan satu pembaziran tenaga. hehehe

    ReplyDelete
  2. wah semua pink. betui2 yang paling penting Persediaan Mental Fizikal dan Stamina

    ReplyDelete
  3. best best. lama dah x hiking ni

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. Asalam Jauhnya mengembara ya,..pasti ada pengalaman yang menarik..

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat panjat gunung ni tapi xmampu sebab fobia kurang oksigen..hehe

    ReplyDelete
  6. all the best Unni ... suka kak pip tengok entry2 unni yg berkaitan hiking ni... mencabar minda dan fizikal. kak pip mmg tak mampu.

    ReplyDelete
  7. bagus ada entri mcm ni utk pendaki.. nina dh semput bab daki2

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^