29 September 2017

Tempat-Tempat Hiking Menarik Di Tawau

Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau | Tawau merupakan Daerah Utama selepas Kota Kinabalu dan Sandakan yang terletak di Tenggara Borneo Sabah, merupakan sebuah daerah yang mempunyai pelbagai suku kaum dan agama, namun hidup aman damai dalam satu rumpun bersatu tanpa mengira agama dan bangsa. Tawau merupakan salah satu tempat tumpuan hiking di Sabah.Terdapat banyak bukit dan beberapa gunung yang berpaksi di daerah ini.

Bagi peminat hiking semestinya menginginkan tempat yang menarik untuk ditawan. Untuk masyrakat Tawau terdapat beberapa bukit yang selalu menjadi tumpuan hiking di hujung minggu. Bukit-bukit ini juga turut mendapat sambutan dari masyrakat luar kawasan Tawau. Ada juga segenlintir hikers dari luar negara. 

Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau


Lion Hill, Tawau 


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Lion Hill terletak di Bukit Sungai Udin Tawau terletak 58.3KM dari bandar utama Tawau kira-kira 1 jam 5 minit perjalanan. Bukit ini merupakan bukit yang paling jauh dari bandar utama Tawau. Dengan ketinggian yang tidak di ketahui. Bukit ini bersamaan dengan Bukit Sungai Udin. Kamu boleh memilih untuk naik melalui Bukit Sungai Udin atau naik melalui Taman Bebika Lion Hill.

Lion Hill Tawau merupakan Bukit yang menjadi sebutan Hikers-hikers luar yang semestinya menjanjikan pemandagan yang sangat cantik.

Baca kat SINI

Bukit Panchang Tinagat, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Panchang Tinagat atau dikenali juga sebagai Bukit Kinabutan yang terletak di Batu 6 Jalan Apas Tawau, 11 KM dari bandar Utama Tawau kira-kira 20 minit perjalanan dengan ketinggian 1800M ( 1.8KM ) 393 dari aras laut. Merupakan sebuah  bukit tumpuhan di Tawau kerana mempunyai view yang sangat cantik.

Baca kat SINI


Bukit Akar Tinagat Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau


Bukit Akar Tawau terletak di Tinagat 10KM dari bandar Tawau lebih kurang 15 minit perjalanan, masuk simpang batu 6 Jalan Apas Tawau dan jalan terus sampai jumpa Tokong ini. Tokong ini merupakan starting point untuk naik ke Bukit Akar. Para hikers di nasihati untuk naik kesini ditemani orlah hikers yang betul-betul tahu jalan sebab trail kurang nyata.

Kat sini kamu akan berjumpa dengan pelbagai khazanah Hutan seperti Batu Buaya, Bangkai Kapal Terbang Jepun dan Sungai yang berwarna Susu Cair.

Baca kat SINI

Bukit 38 Tinagat, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit 38 terletak di Batu 6 Tinagat, menurut sumber bukit ni dinamakan Bukit 38 kerana ia terletak di lorong 38 Tinagat Batu 6. 11 KM kira-kira 12 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Starting point berasa di Padang Sasar Batu 6 Tinagat Tawau, so kalau nampak signboard Padang sasar masuk jak simpang sampai penghujung jalan.

Baca kat SINI


Bukit Lipan Tinagat, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Lipan terletak di Batu 6 Tinagat, starting point di lorong 10 Tinagat Batu 6. 11 KM kira-kira 12 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Merupakan sebuah bukit yang berhampiran dengan Bukit 38 dan Bukit Panchang. Kebiasanya para hikers Tawau akan menawan 3 Bukit sekali gus dalam 1 hari. Bukit 38, Bukit Panchang dan Bukit Lipan kerana ketiga-tiga bukit ini berhampiran yang berbentuk 3 segi.

Baca kat SINI

Bukit middle Tanjung Batu, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Middle atau juga di kenali Bukit Tanjung Batu ini terletak di Kampung Tanjung Batu darat Tawau. Lokasi adalah di  sekolah agama rakyat Al-Falah. Jalan masuk ke Taman Ria 6. Guna waze jak lah.. Sekolah Agama Al-Falaq. In shaa Allah tak sesat. semua kan di hujung jari.  Merupakan kawasan yang paling rendah untuk hiking tetapi menjanjikan view yang agak menarik. Kawasan ini merupakan kawasan perkampungan.

Baca kat SINI

Gunung Lucia, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Gunung Lucia yang terletak di Taman Bukit Tawau ( table ) yang mempunyai ketinggina 1,202M. Taman Bukit Tawau mempunyai 3 buah gunung yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza dan terletak di dalam kawasan jagaan Taman Bukit Tawau. Gunung Magdalena dan Gunung Maria (1,083m). Tapi setakat ni hanya 2 buah gunung yang dibenarkan untuk didaki iaitu Gunung Magdalena dan Gunung Lucia.

Credit Pic : Addy Azizul Jeffry

Gunung Magdalena, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau ( TABLE )kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Merupakan Gunung yang Tinggi di Taman Bukit Tawau  mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter. Gunung Magdalena  berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Maria yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau.

Credit Pic : Mohammad Bin Mohammad Salleh

Air Terjun Bukit Galas, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Air Terjun Bukit Galas Tawau yang juga teletak di Taman Bukit Tawau TABLE Tawau. Tempat ini merupakan sebuah bukit mempunyai ketinggian 2400M dari Taman Bukit Tawau. Kalau hiking kat sini kamu juga boleh singgah ke Pokok Tertinggi  900M dan Kolam Air Panas 3300M  lagipun satu arah kan. Laluan hanya santai seperti jungle Tracking.

Baca kat SINI

Bukit Gemuk, Tawau



Pusat Sejadi Bukit Gemuk atau lebih dikenali sebagai Bukit Gemuk  terletak 11.2KM dari Bandar Utama Tawau lebih kurang 17 minit perjalanan ( perjalanan ke Taman Bukit Tawau - TABLE ). mempunyai ketinggian 1170M telah diisytihar sebagai hutan simpan sejak tahun 1984 lagi.. Puncak Bukit merupakan kawasan Canopy Walk atau Titian Silara merupakan Puncak Bagi Bukit Gemuk.. Mempunyai 4 perhentian dan jambatan gantung.

Baca kat SINI

Bukit Lee Man Kui, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Lee Man Kui terletak di Mile 5, Jalan Sin Onn. Terletak 7.9 KM dari bandar Utama Tawau 17 minit perjalanan. Bukit Lee Man Kui merupakan kawasan Tanah persendirian so free je la, anytime boleh datang. Sepanjang perjalanan naik hanya di temani dengan Buah Kelapa sawit. Kawasan ini menjadi tumpuhan masyrakat Cina di Tawau untuk jogging kerana trailnya naik turun bukit.

Baca kat SINI

Bukit Batu Hitam, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Batu hitam terletak di kawasan perkampungan Batu Payung. merupakan sebuah bukit Di Tawau yang baru diterokai.So memang mempunyai trail yang kurang nyata, kalau nak datang di nasihatkan bawa orang-orang yang berpegalaman.

Bukit Cinta Tinagat, Tawau


Tempat-Tempat  Hiking Menarik Di Tawau

Bukit Cinta merupakan sebuah bukit yang berdekatan dengan Batu Payung. Di kawasan perkampung. Kat sini kamu akan di sajikan dengan view laut Batu Payung. Trailnya hanya jalan lurus dan agak rendah tapi buat sesak nafas juga la sampai kat atas.

Antara  tempat yang menarik untuk hiking di kawasan Tawau yang menjanjikan kepuasan seorang hikers. Jangan kata Tawau ini hanya tempat makanan sedap dan murah. Tempat hiking pun lagi power dari tempat makan. Bagi sesiapa yang ingin datang hiking ke Tawau, Hikers-hikres Tawau sentiasa mengalu-galukan kedatangan kamu semua dan boleh guide kamu semua. Yang penting datang di hujung minggu, In shaa Allah.

 Sebarang pertanyaan boleh terus email ke CIK.UNNIANJE@GMAIL.COM
Sebarang Copy Paste haruslah dengan izin Admin!!!



23 comments:

  1. Seronok tgk org hiking tp sndri xmampu sbb mslh lutut

    ReplyDelete
  2. best tgk org hiking..i wish oh i wish hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya unni pergi hiking. teringin nak pergi tapi tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  4. Hebat unni ni, habis semua bukit dah daki...well done muslimah hikers

    ReplyDelete
  5. kasi ikut bah juga klu unni hiking...
    kepinggin mau hiking :-)

    ReplyDelete
  6. Cantik view Unni.. Belum pernah ke Tawau lagi buat masa ni. hehe. In Shaa Allah di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Amboi kemaian lagi ye unni

    sana sini berjalan

    tak reti berehat

    ReplyDelete
  8. rajinnya unni hiking.. tapi memang best dan berbaloi bila dapat tengok permandangan yg cantik kan..

    ReplyDelete
  9. Saya suka dengan semua tempat tu,sungguh pengalaman yang terbaik jika bisa mendaki seluruhnya.

    ReplyDelete
  10. berapa minit naik ke bukit akar kalau dari bawah

    ReplyDelete
  11. sya dah daki bukit Lim Man Kui, lepas tu sya nak daki bukit lain lagi tapi yg tak terlalu tinggi la. Ada cadangan tak?

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^