30 July 2017

Air Terjun Bukit Galas, Tawau

Air Terjun Bukit Galas, Tawau | Bukit Gelas Merupakan satu destinasi Air Terjun. Sebenarnya Unni dah share tentang Air terjun ni kat Entry Taman Bukit Tawau. Namun adalah lagi segelintar Orang yang masih tertanya-tanya di mana letaknya Bukit Gelas. Pertanyaan Di mana Bukit Gelas?? sering di lemparkan oleh kawan-kawan di dalam group hikers. Moga entry ini dapat membantu.

Dengan Misi 1 Hill 1 Month untuk sesi Julai kami telah sepakat memilih destinasi ini sebagai destinasi hiking walaupun sedia maklum tempat ini merupakan ''Lubuk Pacat''. Dari baby sampai nenek pacat serang kami. Haahahahaha. Bab Pacat ni memang tak boleh move on.


Bukit Gelas Tawau yang teletak di Taman Bukit Tawau TABLE Tawau. Tempat ini merupakan sebuah bukit mempunyai ketinggian 2400M dari Taman Bukit Tawau. Ikutkan jadual Bukit Gelas ni merupakan misi Julai kami tapi alang-alang da nak hiking Bukit Gelas ni so kami selitkan la Pokok Tertinggi dan Kolam Air Panas lagipun satu arah kan.

Kehadiran kami di sini agak meyeronokkan sebab ketika kami sampai team hiking lain telah turun so kirannya hanya team kami sahaja di sini so bebas la nak bersihkan pakaian. Ia maklumlah kalau ada team lelaki mana boleh nak buka stoking suka hati, pergerakakan pun terbatas. Tapi Allahamdulilah segalanyan dipermudahkan.


Starting Point Bermula di Hadapan Kebun Botani. Tempat ini juga merupakan starting Point ke Pokok Tropika  Tertinggi. Melalui laluan yang sama sehingga 412M dan selepas itu akan ada dua trail Pokok Tropika Tertinggi sebelah kiri manakala sebelah kanan traik ke Air Terjun Bukit Galas dan Kolam AirPanas.

Ramai team selalu hiking kat sini. Dan kebanyakkan dari mereka ada yang hiking di Bukit Gemuk Dulu then sambung hiking kat sini sebab tempat bersebelahan sahaja. Dua-dua merupakan Hutan Simpan Sabah. 


Manakala trail ke Air Terjun dan Kolam Air Panas mempunyai satu trail sepanjang 988M. Allahamdulilah perjalanan kami agak dipermudahkan walaupun mempunyai ganggun serangan Pacat yang bermaharajalelah namun itu tidak menjadi penghalang untuk meneruskan perjalanan.

600M ni membawa maksud 600M sudah perjalanan sampai kesini. Trail agak santai dan di sediakan kayu di sepanjang jalan kalau tak jalan memang licin lagi-lagi sewaktu kedatangan kami ni  baru sahaja hujan. Tempat ni memang sentiasa di naik taraf dari masa ke semasa.


Apa yang menarik trail kat sini sangat senang sebab jalan dia agak mendatar. So keletihan dapat dikurangkan. View semua tempat memang lawa tapi di sebabkan factor Pacat time mangambil gambar adalah terhad. So Tengok dan jalan terus.


Bila kamu sampai kepondok ni itu bermakna kamu da jumpa pemisah Trail ke Air Terjun Bukit Gelas dan Kolam Air Panas. Dua trail jalan lurus dan belok ke kanan ( jambatan gantung ) Jalan lurus menuju ke Air Terjun Bukit Gelas manakala di sebelah kanan jalan menuju ke Kolam Air Panas.

Destinasi ini merupakan pemisah antara Air Terjun dan Kolam Air Panas. Jarak ke Air Terjun adalah 1000M manakala Kolam Air Panas 1800M. Kami berhenti 5 minit di pondok ni Unknow name tapi macam Bukit Gemok setiap pondok ada nama tersendiri.                   



Melangkah dalam 200M , kamu akan jumpa Signboard ini pula yang merupakan pemisah trail Untuk Air Terjun dan ke Gunung Lucia yang bakal di Tawan tak lama lagi. In sha Allah dengan Izin Allah. Anak Panah menunjukkan 3 arah 800M Air Terjun Bukit Gelas., 1070M Gunung Lucia dan 1700M kembali ke Taman Bukit Tawau.


ATBG Air Terjun Bukit Gelas 700M sahaja selepas signboard pemisah trial baru la sign About akan di label sama ATBG. Unni seperti biasa la merupakan pendaki yang terakhir setiap kali hiking. Btw teringin juga nak di barisan hadapan tapi apakan daya, kena pastikan semua selamat.

Air Terjun Bukit Gelas, Tawau

Hanya 400m sahaja untuk sampai ke Air Terjun. Dan semangat pun mula membakar jiwa. Kat 400M ni trail agak mencabar dan agak licin. Kamu kena hiking 200M dan turun ke bawah 200M untuk sampai ke Air Terjun Bukit Gelas.

Air Terjun Bukit Gelas, Tawau

Wajah terakhir sebelum tiba di air terjun. Meraka semua ni merupakan mangsa-magsa pacat termasuk unni sendiri. Yang paling malangnya antara semua yang join aysik unni jak yang kena gigit. Sekali buka dua tiga ekor pacat. Feel dia Allah, Tuhan je yang tahu. Unni memang tak boleh pandang bendala ni. Kawan kata kalau kita tak suka benda ni, lagi la benda ni tak suka kita tu la dia gigit. so set in mind ''SAYA SAYANG AWAK PACAT, JANGAN GIGIT SAYA TAU''. Seandainya dia megerti la kan.. Cia Cia Cia

Air Terjun Bukit Gelas, Tawau

Air Terjun Bukit Gelas. Allahamdulilah dapat juga melihat Air terjun ini. Kalau kamu rajin search Google derasan Air terjun hari ini agak berbeza dengan 10 tahun sebelum nya. Dulu air terjun ni lagi derasa dan kawasan mandi manda ni lebih dalam tetapi sekarang air semakin cetek dan arusan semakin kurang.

Kemungkinan ketinggian air terjun ni adalah lebih kurang 100M ++.. Walaupun keadaan tak sama seperti 10 tahun yang lalu namun kesegarannya masih terpelihara dan tiada pencemaran di lakukan. Mungkin semakin cetek di sebabkan hakisan dan pembalakan di hulu sana. But still boleh feeling-feeling bah.

Dengan izin Allah misi kali ini pun di permudahkan segalanya walaupun ada kekangan sedikit.  Kami mengambil masa lebih kurang 20 Minit kat sini, so masing-masing memulakan aksi SELFIE tak da yang mandi pun sebab lepas ni akan meneruskan perjalanan ke Kolam Air Panas.


Air Terjun Bukit Gelas, Tawau

Unni nak share beberapa tip kalau nak hiking kat Air Terjun Taman Bukit Tawau ni.

1. Wajib pakai kasut.
2. Bawa la kayu Putih sebab ia mampu jatuhkan lintah yang mengigit kamu.
3. Jalan selaju yang mampu agar pacat tak sempat singgah.
4. Elakan berjalan dan berhenti di kawasan berdaun kerana sana habitat pacat.
5. Bawa bekalan air secukupnya.
6. Abaikan apa yang kamu Nampak pelik bau-bau pelik sebab kita masuk kawasan hutan.
7. Kalau ada tongkat better bawa, ia banyak membantu kaki semasa berjalan.
8. Kalau nak mandi tu boleh jak, tapi pakaian tak payah la bawa naik. Nanti turun baru salin pakaian dan pastikan kamu hnya membawa barang keperluan sahaja.
9. Bawa bekalan makanan yang boleh memberikan tenaga.
10. Kalau ada bajet lebih beli la storking Pacat ada jual kat Lazada.

Sebenarnya bagi pengemar hiking PACAT tu kena jadi bestfriend. Sebab benda ini adalah perkara biasa dan akan selalu ada di kebanyakkan bukit. Btw i can Move on !! Hahahahah, kamu yang tinggal berdekatan boleh la try hiking kat sini. Memang best kalau dapat mandi lagi best. Wahh  teringgin nak terjun berenang tapi masa menghadkan segalanya. Kalau nak datang dengan family dan kawan-kawan santai-santai baru la boleh buang masa, kan. Ok sekian untuk enty kali ini.

9 comments:

  1. CANTIK TEMPATYA TAPI ADA GANGGUAN PACAT MERISAUKAN JUGA

    ReplyDelete
  2. lawanya air terjun tuh..boleh mandi di situ kah unni?

    ReplyDelete
  3. Bestnya p air terjun...dah lama tak pergi =)

    ReplyDelete
  4. Singgah isnin dari nieyl..
    bestnyaaa...last masuk hutan tahun lepas..

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah cantiknya air terjun tu unni. Sejuk mata memandang viee sekeliling tu kan.

    ReplyDelete
  6. cantiknya air terjun kat sana.. sejukkkk... hehehe

    ReplyDelete
  7. Memang menarik air terjun kt sana...jemput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
  8. Kamu group hiking Tawau ka ?? boleh join group tak ?? hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^