16 August 2017

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional | Assalamualaikum hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, Allahmdulilah. Minggu lalu unni bersama sahabat Nisa Tawau berkesempatan menghadiri kursus asas memanah. Dalam misi menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. Dalam memanah itu ada kekuatan [ HR Muslim No 4711 ]

Pembukaan Kursus ini di bawa anjuran Nisa Kawasan Tawau. Program ini juga di urus sepenuhnya oleh Unni dan seorang  sahabat. Allahamdulilah penyertaan yang memberangsangakan. Pendaftaran di buka sebulan lebih awal bagi memudahkan urusan kami bersama pihak PETRA. Seramai 26 peserta terlibat. Yuran Kursus hanya serendah RM35.00 termasuk sarapan pagi, makan tenghari, pengankutan dan sijil.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah. Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”

[ HR Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lainnya ]

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Pusat Latihan Asas Memanah Ini teletak di Batu Payung Mambalua Batu 10 Tawau. Terletak 18KM dari bandar Utama Tawau kira-kira 27 minit perjalanan. Apabila masuk ke simpang batu payung, kamu hanya perlu teruskan perjalanan sehingga membalua batu 10 then kamu akan jumpa signboard ni kat tepi jalan.

Pada kali ini sesi pengajaran akan di bahagikan kepada dua class iaitu Teori dan Pratikal. Di mana teori akan di terangkan mengenai fungsi-fungsi dan peralatan memanah begitu juga oleh si pemanah manakalan dalam sesi Pratikal akan di ajar cara-cara asas memanah berdiri, duduk , belakang dan berjalan.

Sesi Teori

1. Kenal apa itu anak panah ( arrow )?
2. Kenal apa itu busur ( bow )?
3. Kenal apa itu target?
4. Si pemanah
5. Keselamatan dalam memanah.
6. Sunnah-sunnah dalam memanah dalam mengenal diri mengenal Allah SWT )

Sesi Pratikal

1. Displin dalam memanah
2. Cara memanah berdiri
3. Cara memanag berjalan
4. Cara memanah duduk
5. Cara memanah membelakang

 Kursus Asas Memanah Tradisonal ~ Teori


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Sesi Teori di sampaikan oleh Pak Tom iaitu pemilik tempat ini dan pengerusi PETRA. Bagi sesi pertama Pak Tom akan menerangkan tentang peralatan memanah dan keselamatan memanah. So bagi sesi pertama ni kami berada di kawasan yang berlindung ( kanopi ). Satu-satu peralatan memanah dan keselamatan memanah Pak Tom Akan terangkan.


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Kenal apa itu anak panah ( arrow ). Arrow merupakan sejatah utama yang sampai ke Target ( sasaran ). So Pak Tom menerangkan Fungsi setiap anak panah, kenapa di reka bentuk begitu dan sebagainya. Di sampaing itu juga, anak panah turut di beza kan dari segi pembuatan.

Pelbagai jenis anak panah yang di hasilkan daripada pelbagai jenis bahan. Yang paling biasa di gunakan adalah di perbuat daripada kayu ( lupa kayu apa ), bambu china, Alluminium dan seumpamanya.

Kenal apa itu busur ( bow ). Bow merupakan peralatan yang menyampaikan anak panah ke target. Busur memainakn peranan penting dalam menamah kerana kedudukan busur yang betul yang akan membawa anak panah sampai tepat ke target.

Busur juga di perbuat dari perlbagai jenis. Begitu juga dengan tali busur, dan pelbagai jenis busur di asalkan. Busur juga mempunyai kekuatan Paun. Itu kekuatan tarikan tali busur. Semasa menarik busur, busur tidak di benarkan melepaskan tali busuk ketika anak panah tiada bersama busur.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Kenal apa itu target. Target merupakan sasaran kita . Pada zaman dahulu target merupakan musuh, zaman peperangan dahulu mengunakan panah dan bagi tujuan pemburuan target adalah binatang buruhan.

Si pemanah. Si pemanah adalah kita sendiri di mana cara kita memegang anak panah, cara memegang busur dan melihat target. Kedudukan si pemanah juda haruslah betul. dan teknik-teknik ini akaan di ajar semasa sesi pratikal.

Keselamatan dalam memanah

1. Wajib Pakai kasut bertutup.
2. Periksa kesemua peralatan memanah agar semua selamat di gunakan.
3. Di larang DRY FIRE – keadaan dimana kita menarik busur dan melepaskan tanpa anak panah. Ianya akan menyebabkan kerosakan pada busur.
4. Di larang HUMAN POINTING – menarik busur berserta arrow dan menghalakan kepada manusia (bergurau senda )
5. Di larang Memanah ke udara – melakukan panahan ke udara tanpa pengawasan coach.
6. Memanah ditempat yang di sediakan ( padang sasar )
7. Gunakan teknik dan kaedah memanah yang telah dipelajari dengan betul.
8. Pemanah yang baharu perlu melakukan aktiviti memanah dengan pengawasan jurulatih


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Allahamdulilah gambar di ambil setelah selesai sesi pertama iaitu sesi teori bersama Pak Tom. Seterusnya kami pun berehat dan memberi laluan untuk menunaikan solat fardu zohor dan makan tengahari yang di sediakan oleh pihak Petra. Tepat jam 1.00Pm kami akan meneruskan ke sesi ke dua pula iaitu sesi Pratikal yang di ketuai oleh Ustaz Faizal.

Kursus Asas Memanah Tradisonal ~ Pratikal


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Dan bermula la kisah kami berjemur di tengah panas terik. Hahahahahaa. Untuk sesi kedua adalah sesi pratikal kami akan mengunakan semua peralatan memanah di padang sasar. Sebelum memulakan aktiviti kedua kami di agi-agikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan proses pengajaran pihak Petra.

Kali ini kami akan di ajar cara memegang busur dengan betul, kedudukan anak panah yang betul dan kedudukan seorang pemanah yang betul (cara berdiri, duduk, belakang dan berjalan ). Di mana ketiga-tiga aspek ini perlu betul dan mejamin keselamatan dalam memanah. Andai salah langkah mungkin boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Semasa melepaskan anak panah pulak ke target kena pastikan target selamat dan tidak ada seorang pun di hadapan kita ( walaupun jarak yang jauh ) kerana anak panah mampu bergerak jauh dari jangkaan. Displin dalam memanah harus di hadam bagi menjamin keselematan bersama.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Part pertama adalah cara memanah secara berdiri. Ada tiga teknik berdiri. Pentingnya mempelajari ketiga posisi berdiri ini adalah dalam rangka menghadapi berbagai kondisi dan situasi yang tidak terduga sehingga dapat tetap memanah dengan baik dalam posisi apapun.

Yang pertama adalah berdiri dengan menyamping di mana target sejajar dengan bahu kiri dan kedua kaki berjarak sepanjang lengan bawah sang pemanah,

Yang kedua adalah berdiri dengan frontal di mana target diletakkan tepat di tengah kedua mata dan kedua kaki berjarak selebar telapak tangan sang pemanah.

Yang ketiga adalah berdiri dengan posisi pertengahan antara menyamping dan frontal di mana targetsejajar dengan mata kiri dan kedua kaki berjarak selebar satu jengkal sang pemanah


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Part dua cara memanah duduk. Posisi duduk dengan Badan di tegapkan dan kedudukan kaki yang selesa. Kedudukan memegang panah sama walapun cara memanah berbeza. Dalam keadaan duduk anak kamu seorang pemanah mengunakan tangan kanan, maka kaki kiri akan melutut ( rujuk gambar ) dan sebaliknya jika kamu seorang penguna tangan kiri.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Part tiga cara memanah berjalan. Bagi unni cara memanah berjalanan ni mempunyai sedikit cabaran, sebab tak boleh berhenti meskipun memasang anak panah. Jalan pun tak boleh macam nak pi pasar. So part ini memang fail sambil berjalan kena fokus target. Mata mesti sentiasa memandang target!!! If i say i cant do it terus dapat ayat '' Zaman Rasulullah SAW berjuang mengunakan panah, atas kuda lagi berlari lagi '' dan Unni pun DEEP .. Berusaha demi menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. 

Dan ada lagi satu part memanah cara belakang. Tapi gamabr entah hilang kemana. Teknik ini sama sahaja dengan cara berdiri cuma kedudukan memanah dan target berbeza.


Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Barisan tenaga pengajar kursus asas memanah. Sorry memang tak boleh ingat nama-nama mereka. Just ingat Pak Tom (ketiga dari kiri ), abang Saad ( kedua dari kiri ), ustaz Faizal ( keempat dari kiri ) dan rara tudung colour pink/purple. Kak tudung hitam tu pengajar yang ajar group unni tapi memang tak boleh ingat nama. HAHAHAHAHAH. derhaka sungguh jadi student.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

ALLAHAMDULILAH.. Berjaya mengelar diri seorang pemanah dan menghabiskan kursus asas memanah dengan jayanya. Lepas ni boleh la selalu buat latiahan memanah mana tahu ada rezeki mewakili daerah dalam memanah sebab tak ramai remaja meminati aktiviti macam ni. In shaa Allah ada rezeki Unni akan teruskan minat dalam memanah.. Hiking dan memanah !! Jum hidupkan Sunnah Rasulullah SAW.

Pengalaman Mengambil Kursus Asas Memanah Tradisional

Berjaya dengan jayanya.. Allahamdulilah, Allahuakbar, Subahanallah dengan izin Allah. Sunnah, riadah, sukan, ilmu dan sahabat semua dalam memanah. Indahnya aturan Allah SWT masih memilih kami sebagai insan-insan yang terpilih dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

'' hendaknya kalian latihan menembak‘, iaitu dengan panah karena itu permainan yang paling bagus bagi kalian''

Barangsiapa yang belajar menembak lalu ia melupakannya, maka itu termasuk nikmat yang ia durhakai” (HR Ath Thabrani dalam Mu’jam Ash Shaghir no.4309, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib 1294)

Dalam Memanah ada kekuatan 

Sekian


5 comments:

  1. Bestnya tgk aktiviti unni skrg ni. Kalau dekat mesti kak ana join geng usrah unni ni :)

    ReplyDelete
  2. best ni memanah dulu selalu juga ada aktiviti memanah tp x juga pandai campin2 haha

    ReplyDelete
  3. wow.. bestnya dpt join... murahnya yuran, mmg rugi la klu x join kan,,,

    ReplyDelete
  4. Teringin nak beli panah cam tu...

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt bljr memanah, teringin oww..best juga ada team yg supporting kan unnie

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^