05 October 2017

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang Tinagat Tawau

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang Tinagat Tawau | 30 September 2017 - Allahamdulilah mengakhiri september dengan aktiviti buat kali pertamanya kami hiking & camping. Tarikh 30 september ( sabtu ) dan 1 oktober ( ahad ) merupakan satu tarikh yang amat sesuai untuk kami mengadakan aktiviti 1 Hill 1 Month secara serenak. Aktiviti ini yang telah di rancang sebulan lebih awal, Allahamdulilah berjaya di laksanakan dengan penuh bermakna.

Hiking & Camping Di Bukit Panchang ini telah melengkapkan misi 1 Hill 1 Month untuk september buat muslimah hikers. Bukit Panchang merupakan destinasi yang paling di gemari, dan kalau sebut saja pasal Tawau pasti ramai akan bertanya tentang Bukit Panchang terlebih dahulu. 

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau
Bukit Panchang Tinagat Tawau

Kami memulakan perjalanan jam 9.00 malam. Kami mengambil keputusan untuk menaiki satu kenderaan sahaja untuk kesini. Sewa sebuah bas mini. Seawal jam 9.00 malam kami tiba di Lobby Panchang. Kami mula mengagih-agikan barang untuk naik keatas. Air, barang makanan dan peralatan camping. Kerjasama tu yang paling penting, dalam usaha macam ni kita tak boleh suka mengharap terutamanya macam kami walaupun kami di Guide orang lelaki tapi barang masing-masing kami bawa sendiri. BERDIKARI kalau tak mampu baru lah minta tolong.

Kat atas bekalan air memang tidak disediakan so if nak naik keatas pastikan kamu membawa air yang cukup untuk digunakan. Air untuk memasak, ambil wuduk, membuang dan terutamanya air untuk di minum. Sorang satu bawa lebih 2L air. Paling penting berjimat dan jangan membazir.

Kami seramai 10 muslimah hikers dan bersama 4 orang Guide memulakan memulakan perjalanan dengan bacaan doa yang dipimpian oleh salah sorang Guide kami Abg Azlee jejaka berbaju pink. 2 guide lagi akan datang lewat dari masa yang kami tetapkan.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Mengambil masa lebih kurang sejam lebih kami tiba di tapak untuk mendirikan kemah. Sampai jak yang wanita-wanita mengambil nafas berrehat sebentar manakala abang guide memasang kemah, cari kayu api dan menghidupkan api. Tanpa jadual tugasan masing-masing buat tanpa arahan memang terbaik. Tak ada yang jadi boss dan tak ada yang jadi kuli. Apa yang penting kerjasama.

Hanya mengambil lebih kurang 20 minit segalanya telah siap di pasang, kemah siap, api siap dan bahan makanan ready untuk di masak.


Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Kami hanya memansang dua kemah dan memasang kanvas kerana mengikut cuaca sebelum kami naik kesini cuaca seakan-akan menandakan hari nak hujan. Kanvas ni akan melindungi kemah. Orang-orang yang pakar camping mesti tahu, sebab unni pertama kali bercamping . Dulu-dulu selalu la time masa muda mudi kat zaman sekolah menengah. Mana pernah nak ambil tahu pasal semua ni, tapi pengalaman pertama ni banyak bagi ilmu baru. Allahamdulilah.

Al-kisah kat sini salah sorang Guide kami demam ( dalam kemah hijau ). Memang demam masa nak naik kat sini namun dia tetap hadirkan diri agar tidak menghampa kan kami. Terharu sangat, nasib tak jadi apa-apa kat sini, kebetulan salah sorang dari kami merupakan staff klinik. So bekalan ubat diberikan . Allahmdulilah dia hanya memerlukan rehat.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

               Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat TawauPengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Santapan makan malam kami, nasi tu unni masak siap-siap dari rumah masukkan dalam tapau padat-padat. Masak 2kg jak Allahmdulilah cukup menampung 16 orang siap ada lebih lagi. banyak sangat makanan tapi nasi juga jadi pilihan.

Minuman wajib ada. Teh sebagai peneman yang setia. Tak minum teh pun kat atas layan juga. Memang nyaman. Setelah siap pasang kemah, cari kayu api dan hidupkan kayu api. Kami pun berehat sambil menikmati makan malam sebelum naik ke Puncak Bukit Panchang. Tapak kemah bukan la di puncak Bukit Panchang sebab kat puncak angin agak kuat dan agak berbahaya untuk mendirikan kemah tambahan pula kawasan puncak agak sempit untuk tapak perkemahan.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Selepas tu kami naik ke puncak panchang. Dekat jak tak sampai 5 minit pun sampai kat atas. Kat sini memang view sangat-sangat cantik. Kat sini kami jumpa juga geng lain yang sedang bercamping sama. Boleh rujuk gambar pertama. Pemandangan memang sangat indah.

Kami hanya menghabiskan lebih kurang 30 minit kat sini seterusnya sambung di tapak perkemahan sembang-sembang. Patutnya waktu tidur namun majoriti dari kami semua berjaga sehingga pagi. Memang tak kering gusi. Paling best juga kat sini tak sejuk pun, kami akan kekal dengan pakaian tanpa memakai jacket walaupun ada stanby. Cerita punya cerita tak sedar pun jam 4.00 so kami hanya merebahkan badan seketika sebab esok kami nak meneruskan perjalanan ke Bukit Lipan. Wajib rehat seketika.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Allahmdulilah apapun yang kita lakuan kewajiban sebangai umat islam mestilah di utamakan. Masuk je azan Subuh kami menunaikan solat Subuh berjemaah. Penat-penat pun solat wajib di utamakan , kalau sebab bercamping kamu penat dan tak larat nak solat di nasihatkan lepas ni duduk rumah jak tak payah bercamping biar mampu solat. Hahahahha.

Selepas menunaikan solat kami mengemas sedikit barang-barang camping. Selepas tu kami kembali kepuncak untuk menikmati keindahan alam di pagi hari. Buat kali pertamanya dan hajat yang terpendam sekian lama. Sebelum jam 5.30 pagi kamu wajib berada di puncak agar tidak terlepas pemandangan yang indah.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau
Bukit Panchang Tinagat Tawau
Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau
Bukit Panchang Tinagat Tawau


Salah satu sebab kena ingin bercamping di sini. Menikmati matahari terbit Sunrise.

'' Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Q.S. Az-Zumar : 5


Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau
Bukit Panchang Tinagat Tawau

Allahuakbar, Subhanallah, Allahmdulillah dengan izin Allah SWT kami dapat menikamti terbitnya matahari, merupakan pengalaman pertama unni menyaksikan sendiri matahari terbit dari Barat. 

Menghabiskan lebih kurang sejam kat sini menanti kehadiran matahari terbit. Tepat jam 6.30 pagi kamu kembali ke tapak perkemahan untuk membersihkan tapak kemah.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Kembali ketapak kemah bersihkan kemah dan sarapan pagi. Sementara yang lain sibuk bersihkan tapak perkemahan manakala yang lain sediakan sarapan pagi. Lepas bersihkan segalanya kami akan meneruskan perjalanan ke Bukit Lipan yang hanya mengambil masa kurang dari 1 jam dari tapak perkemahan ini.

Pastikan tak tinggal secebis sampah pun ok.

Pengalaman Hiking & Camping Di Bukit Panchang  Tinagat Tawau

Ini la abang-abng guide kami. Allahamdulilah semua baik-baik belaka dan single-single. Hahahahha, abang berbaju hijau tu la yang demam. tengok muka pun tahu. Hahahahhaha. Allahamdulilah malam yang begitu indah dengan jenaka mereka semua.

Lepas ni kami akan kembali bersama. Sebab dorang jak guide harapan Nusa dan Bangsa. Kalau nak datang Tawau hiking ka camping ka, nak minta Guide muka dorang juga la kamu akan jumpa.

Tip Hiking & Camping Di Bukit Panchang


1. Pastikan bawa bekalan aiar secukupnya dan lebih.
2. Bekalan makanan.
3. Kain kanvas dan kemah sangat penting di sediakan.
4. Peralatan asas tali, parang mancit wajib ada.
5. Naik selepas wakti isyak sebab kalau kat atas da nnati semua malas nak solat.
6. Kayu api boleh car sekeliling kawasan so tak perlu sediakan.
7. Semasa naik jalan sentiasa berkumpulan.
8. Jangan tegur segala benda-benda pelik kat sini. Buat tak tahu sahaja
9. Head lamp/lampu sulu wajib di bawa.

Sekian, jadikan Bukit Panchang sebagai detinasi Hiking kamu semua.


4 comments:

  1. seronokkknyaaa unnieeee. uyul pn lama da tak hiking. last 2012.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  2. Mesti seroonokkan gader gader dgn kengkawan mcm ni. Esok dah kawen dah susah nak camping gini UA kecuali kawen dengan suami yg minat dia pun sama bercamping jugak hihi...

    Tak susah ke nak buang air kat sana tu UA

    ReplyDelete
  3. allahu, besar sungguh keindahan yang allah cipta tu unnie. thanks sebab kongsi dengan kami kat blog. mcm mek mungkin masih tidak berpeluang untuk naik sndiri dan tgk sunrise.

    ReplyDelete
  4. Its an incredible joy perusing your post.Its brimming with data I am searching for and I want to post a remark that "The substance of your post is marvelous" Great work. Important and famous people from throughout history born on this day. Search thousands of historical, noteworthy and Celebrity birthdays in our archives.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^