06 October 2017

Resepi Roti Jala Paling Mudah Dan Ringkas

Resepi Roti Jala Paling Mudah Dan Ringkas | Roti jala merupakan salah satu makanan kegemaran unni. paling kegemaran makan dengan kari ayam. Boleh tengok Resepi Kari Ayam Tanpa Kari kat SINI. Cecah dengan kari ayam memang terbaik, ada juga kata sedap juga cecah gulai tapi unni tak pernah merasa lagi.

Seperti kebiasaan masjid kampung Unni akan mengadakan sedikit jamuan makan malam setelah selesai  bacaan Surah Yassin setiap malam jumaat.  Penduduk kampong sekitar sini akan menghnatar sedikit juadah ke Masjid untuk santapan orang-orang masjid. Maka terhasil la resepi roti jalan yang paling mudah dan ringkas di sediakan. Bajet pun murah.

Resepi Roti Jala


Resepi Roti Jala Paling Mudah Dan Ringkas
Resepi Roti Jala Paling Mudah Dan Ringkas


Bahan-bahan
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 3 cawan santan ( boleh ganti dengan susu segar )
  3. 2 1/2 sudu besar minyak
  4. 1 biji telur
  5. Garam secukupnya
  6. Sedikit pewarna kuning

Cara Membuatnya
  1. Satukan semua adunan di atas, kacau sehingga sebati. Kalau nak mudah blende sahaja.
  2. Tapis aduan tadi bagi memastikan tiada ketulan.
  3. Masukkan adunan kedalam acuan ( acuan khas roti jala ), kalau adunan putus-putus letakkan sedikit air dan kacau sehingga sebati . Pastikan adunan tidak putus-putus jika di masukkan kedalam acuan.
  4. Bakar atau jala aduan tadi di atas kuali non stick, boleh juga guna kuali biasa namun pastikan tidak melekat.
  5. Biarkan seketika, bila dah masak terus angkat tanpa di tebalikan, kemudian gulung ikut suka.
  6. Siap untuk di hidangkan.
Mudah kan. Bagi yang allergic telur boleh je tak payah letak telur sebab telur tu optional saja tapi rasa tetap sama. Di nikmati bersama kari ayam !! Hidangan yang boleh di masak di mana sahaja seperti majlis berbuka puasa, majlis hari jadi, rumah terbuka dan sebagainya kerana resepi ni roti jala kekal lembut walapun seharian telah di hidangkan.

Selamat mencuba semua

15 comments:

  1. Salam singgah sini dik Unni...sedapnya makan cecah dengan kuah kari kan...

    ReplyDelete
  2. mudahnyaaa..tp gee x pernah buat..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Betul-betul sedap ni.. masa bulan ramadhan ja selalu makan :(

    ReplyDelete
  5. Cikla pernah mkn tp tak pernah buat sendiri. Bila baca resepi yg unni share ni mcm senang jugak buatnya. Nnti nak try buat sendiri lah.

    ReplyDelete
  6. suka makan roti jala ni tp malas nak buat hihi.... buatnya lempeng cepat sikit siap

    ReplyDelete
  7. unnie ! thanks sebab mudah giler sebenarnya hahahaa. nanti kalau sempat mek nak buat la bila birthday amani nanti. pin this entry :)

    ReplyDelete
  8. Selama ini buat roti jala tak pernah guna susu atau santan. Roti jala jadi lembut ke guna bahan di atas?😉

    ReplyDelete
  9. sedapnya, lama takbuat roti jala, buat makan petang sedap ni

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^