19 August 2017

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau | Cerita hiking lagi. 18 Ogos 2017 sekali lagi hiking bersama geng otai gitu. Konon nya da rancang minggu ni nak rehat hiking nak fokus dengan kursus ahad nanti namun tewas .. So jadi TER hiking pulak petang-petang. Balik kerja terus hiking dengan Jubah-jubah tu. Allahamdulilah masih diberi kudrat.

Kali ini Unni bersama 5 lagi muslimah hikers menyertai misi TER hiking ni. Ter la sangat kan. Tapi sebenarnya hiking ini tak adalah di rancang sangat pun, just main ajak-ajak ayam gitu jak, tak sangka pulak mereka semua on dan nak pigi, so kami pun on jak la..

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Kualiti gambar yang sangat mengecewakan hati.. hahahahha.. bertabah la wahai cik hati, namun keindahan yang begitu.. Subhanallah hanya rasa syukur ke hadrat Ilahi masih memilih kami untuk menikmatinya. Allahuakbar. Dengan jubah tak halangan untuk melakukan aktiviti lasak, walaupun orang kata apa janji kita masih di landasan yang benar dan masih jaga batas-batas sebagai wanita muslimah. Jaga adab, jaga batas dan jaga aurat. In shaa Allah selagi nyawa di kandung badan

Bukit Middle ini terletak di Kampung Tanjung Batu darat Tawau, Lokasi adalah di  sekolah agama rakyat Al-Falah. Jalan masuk ke Taman Ria 6. Guna waze jak lah.. Sekolah Agama Al-Falaq. In shaa Allah tak sesat. semua kan di hujung jari. Memandagkan kami hiking adalah jumaat Barakallah so kami da menetapkan tema nak naik sini baju kurung dan seumpamanya. Tapi geng lelaki buang tepi.

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Geng adik-adik sekolah, mereka memulakan hiking lebih awal dari kami so kami di belakang sikit. Dalam janji 4.30 nak hiking tapi team kami terlewat sejam lebih di sebabkan perkara-perkara yang tidak dapat di elakkan . So yang lain-lain memulakan pendakian dulu then tunggu kami di puncak sana.

Jalan sini tak adalah yang mencabar sangat pun , cuma santai-santai saja so itu la yang megizinkan kami bebas berpakaian nak pakai selipar pun boleh jak. Asal boleh la. 

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Kecuali semak samun yang makin meliar. rumput yang lebih tinggi dari Unni !! Jalan pun macam kisah kat Lion Hill bagai di tampar-tampar rumput tapi sini boleh lagi la sbb kiri kanan masih nampak jalan kalau lion hill semua tak nampak melainkan semnak samun.

Kami tiba di lokasi yang di janjikan jam 6, lari dari time sebenar. Geng lain da menanti di puncak, macam biasa la guide kami Abg J di iringi dan Abg A ( azle ) dan Ardi setia menanti kedatangan kami walaupun lewat sangat. Allahamdulilah dan terima kasih abang-abang sekali ( moga mereka baca blog Unni ). 

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Subhanallah.. Cantikan view dari sini, nampak laut dan kawasan perkampunag tangjung batu darat. Depan sekali ini adik blogger juga Amira Arbain boleh la singgah-singgah blog dia nanti tau. Sebenarnya untuk sampai kepuncak ada dua jalan, satu jalan biasa ( dekat ) satu jalan jauh. Tapi Abg A bawa jalan jauh sebabnya jalan dekat tu di penuhi dengan tebuan.. Hahahahaha, janji sampaikan tapi keselamata penting juga.

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Tepat azan magrib kami tiba di puncak, yang lain-lain sudah siap menanti. Sampai jak terus dapat sajian bubur durian !!! Tapi maaf bukan kegemaran unni so kawan-kawan lain menikmati hidagan Bubur durian. Unggul api pun ada. selepas menjamu bubur durian kami pun memulakan la sesi mengambil gambar yang cantik-cantik.

Rasanya menyesal sebab tak bawa camera sebab view sangat-sangat cantik. Maybe perlu naik lagi kan. Kena la datang awal sikit biar masa ambil gamabr lebih panjang dan puas hati.

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Hidagan bubur durian. Sapa bawa naik pun unni tak tahu sebab dorang naik lebih awal dari kami.

Bukit Middle Tanjung Batu, Tawau

Sampai la gelap di sini. View malam di hiasi lampu-lampu di perkampungan Tanjung Batu Darat. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar. Puji-pujian ke hadrat Ilahi. Allahamdulilah kali ini bukan setakad geng unni jak berjubah, adik-adik kita pun guna baju sekolah balik sekolah terus hiking!! Bestkan.. yang lelaki tu tak payah nak cakap la. Akak baju pink ( mommy ) tu lagi power dari kami, kalau kami berjubah di haaaa ambik kau kebaya ok!! so tiada alasan dalam sesuatu yang ada mahu atau tidak sahaja.

Ini la view malam kat Bukit Middle. Next time kami datang lagi ya!! Di mana ada bukit di situ ada kami. Sebelum jam 7 kami da turun ke bawah dan terus menunaikan solat Fardu magrib dan isyak.

Sekian

6 comments:

  1. sronoknya hiking. unnie teruskan aktiviti mcm ni, bile dah kawen ade komitmen ank, lmbt pulak bleh hiking cam ni

    ReplyDelete
  2. jelesnyaa tngok uni slalu hikingg.. nak jgakkk :( hehe

    ReplyDelete
  3. Jeles lah tgk unni selalu g hiking ni. View semua lawa2. Mesti hilang semua rasa penat bila tgk view dr atas tu kan.

    ReplyDelete
  4. kagumnya yg bwk naik bubur durian tu hiking.. penuh lak tu nampak cam x tumpah..

    ReplyDelete
  5. SERIES 1st time ju tgk hiking pakai baju skola xD mmg santai tmpt pendakian ni, wah favouritte ni bubur durian ! =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^