29 August 2017

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias | Tawau, 25 Ogos 2017 ( Jumaat ), Allahmdulilah warga Tawau sekali lagi berpeluang mendengar majlis ilmu secara langsung bersama Penceramah terkenal YBHG. Dato Ustaz Kazim Elias di Padang Bandaran Majlis Perbandaran Tawau pada jam 8.00PM-10.00PM.

Dengan Izin Allah, Unni sendiri terpilih sebagai insan-insan yang duduk di dalam Taman Raudah, berkesempatan mendengar ceramah Ustza Kazim Buat kali pertama. Allahuakbar indahnya maljlis lmu. Malam itu juga Allahamdulilah cuaca amat meyebelahi para penuntut ilmu.

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias

Allahmdulilah dengan penyampaian ilmu yang banyak menghibukan warga Tawau. Dengan mengupas topic Utamakan Cinta Allah dari segalanya. Dalam ceramahnya '' Nombor satu sayang pada ibu bapa Cinta pada ibu bapa, letakkan kecintaan kita, tak salah tapi jangan sampai cinta pada ibu bapa mempertikaikan hukum Allah SWT '' Wallahualam.

Allahuakbar walaupun kesihatan kurang baik namun Ustza kazim gigih dan semangat dalam ceramahnya. Moga Allah SWT sentiasa melindungi beliau. Di maklukan ini adalah kali kedua kedatangan Ustaz Kazim ke Bandar Tawau dan sangat-sangat berbeza dari sebelum ( badan agak kurus ).

Dalam ceramah beliau juga sempat berkongsi kepada warga Tawau tentang penyakit yang di hidapi sekarang. Dimana setiap hari beliau wajib menyuntik sendiri insulin kebadan. Pagi sekali malam sekali. Allahu sakit itu penghapus dosa moga Allah sentiasa memberkati usia beliau dan kita. Moga sentiasa dalam jagaan Allah SWT.

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias

Pada malam itu Padang Bandaran, Majlis Perbandaran Tawau dipenuhi dengan Masyrakat Tawau tak kira la orang tua, remaja dewasa semua golongan umur turut hadir mendengar ilmu.. Allahukabar orang Tawau memang cintaikan Ilmu. Ada yang anak masih bayi Istiqamah betul bawa anak-anak mereka kesini . Makcik-makcik yang tak mampu duduk bersila sanggup datang dengan kerusinya. Masya Allah bila Allah memilih apa pun keadaan pasti akan terpilih. Dengan IzinNya.

Unni sendiri tak dapat membuat anggaran berapa tetamu yang hadir pada masa itu keadaan orang-orang Tawau sangat sesak dan jalan raya jem teruk dan sangat-sangat teruk.  Warga Tawau amat menghargai kehadiran YBHG Dato Kazim Elias walaupun keadaan beliau jelas kelihatan lesu namun ceramah nya amat menusuk dan menghiburkan warga Tawau. Moga beliau tak jemu untuk hadir ke Tawau dengan Ilmunya yang tak pernah di ragui. In shaa Allah.

Forum Perdana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 Bersama Dato Ustaz Kazim Elias

Majlis di akhiri dengan selawat ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa yang di pimpin sendri Oleh Ustaz Kazim dan di iringi oleh tetamu jemputan.Mungkin di sebabkan kesihatan yang kurang baik, selepas bacaan doa Ustaz Kazim terus meninggalkan majlis tanpa beramah mesra dengan warga Tawau.

Tapi Allahmdulilah sesiapa sahaja di hadapan beliau semasa bergerak ke kenderaan beliau akan beramah dengan baik, Unni pun masa tu berada di hadapan melihat Ustaz ( Ya Allah mulianya Hambamu ini, datang dari jauh, orang yang di kenali namun tak pernah sombong dengan apa yang dia miliki ).

So batalkan niat nak ada gamabr bersama ustaz OK.. In shaa Allah ada jodoh jumpa lagi.


6 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi dari Maznee sis unni anje

    Dato ni masih aktif walau sebelum ni pernah kata nak bersara

    ReplyDelete
  2. Selamat hari koperasi unni anje

    unni kerja koperasi ke?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. sambutan yang baik dikalangan masyarakat stempat =D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....
    Majlis ilmu kalau ramai yg hadir..
    seronok kan...

    ReplyDelete
  5. Pernah hadiri jgk majlis ustaz ni.selalu tgok kt tv.bila dgr live lagi best.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^