08 August 2017

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau | Dalam menyertai geng otai-otai hikers Tawau buat kali pertamanya, meyahut cabaran 2 hill 1 day, tapi tak adalah ambil masa sehari before zohor kat sabah ni kami da masing-masing balik ke rumah. Ingin menimbah ilmu lebih bersama geng-geng otai, In shaa Allah nanti di Pratik kan bersama Team Muslimah hikers Unni.

Maklumlah kami budak baru nak up so memang perlukan orang-orang yang berpegalaman dalam bab-bab hutan. Banyak lagi perlu dipelajari dan diguna pakai. Pahit itu kenangan  Manis iu anugerah. Yang pahit itu la mengajar kita menjadi manis.

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau

Destinasi kali ini terletak di Batu 6 Tinagat iaitu Bukit 38 dan Bukit Panchang. Allahamdulilah kami berempat dari team muslimah hikers ( dari kiri Mila, Mira, Umie dan Unni ) meyertai. Kejayaan yang amat besar buat kami. Mula-mula tu agak kekoh tapi Allahamdulilah selesa ber hiking bersama team otai-otai ni.

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau

Seawal jam 6 pagi kami berkumpul di Lobby Bukit Panchang Lorong 10 sambil menanti kehadiran hikers lain. Namun kami akan memulakan pendakaian di Bukit 38 dan berakhir di Bukit Panchang. Maksudnya naik dari Bukit 38 dan turun dari Bukit Panchang. Kedua bukit bersebelah sahaja.

Ketika semua para hikers da tiba, so berganjak ke lobby Bukit 38 Lorong 38, mengunakan dua kereta sahaja, kereta lain parking kat lobby panchang ( detail ni unni terangkan ). Dalam sekitar jam 6.30 kami memula pendakian.

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau
Puncak Bukit 38
Destinasi pertama Bukit 38 Tinagat, Allahamdulilah berjaya di tawan dalam sekitar jam 8 lebih sampai kesini.. Boleh baca kat SINI perjalanan ke Bukit 38. Dengan wajah kegembiraan dan bersyukur menemani kami semua. So habiskan lebih kurang 30 minit kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Panchang.

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau
Puncak Bukit 38
Aktiviti kat sini adalah masak-masak.. Siap ada bawa gas tu. Dan menikmati Teh panas !!! Best kan lepas berhujan sampai ke sini. Tapi kan memandangakan kami sibuk selfie ( teruja boleh sampai sini ) tak merasa pun teh panas dan masakan yang dorang masak..Hahahahahaha. Biar lapar janji dapat gambar cantik ( sila follow Instagram Unni_Anje ) Hahahahahah.

Lepas da siap selfie-selfie, makan-makan dan minum-minum, dalam sekitar jam 9 lebih kami meneruskan perjalana ke Bukit seterusnya Bukit Panchang. Hari tu tebaca dalam group ada yang kata jarak dari Bukit 38 kepuncak Bukit Panchang 2.5KM kalau tak silap. Pengiraan mengunakan jam canggih tu ( entah apa nama ).

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau
Puncak Bukit Panchang
 Destinasi Kedua Bukit Panchang. Allahamdulilah time kat sini Hujan da mulai reda. sekitar jam 11 sampai kat sini. Banyak kan karung. Itu adalah hasil tinggalan masyarakat kurang bertamadun yang telah sampai kat sini. So kami sampai kat sini bukan sekadar suka-suka nak hiking tapi bawa misi sedikit.

Nampak View kat sini memang tak sama macam Unni naik setahun yang lalu, Signboard pun da hilang entah kemana ( ganas orang-orang yang hilangkan ) tapi kita buat apa yang mampu la, mejaga keindahan selagi mampu dan moga manusia-manusia yang kurang bertamadun ni di beri hidayah untuk kembali kejalan yang benar.

2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau
Puncak Bukit Panchang
Misi membawa turun tinggalan orang-orang yang kurang bertamadun.. Hahahahahha, ayat agak kejam tapi itu la realiti kita hari ini, membuang sampah merata-rata tempat.. Tempah indah pun jadi teruk. So di ketuai oleh Abg J aka Cikgu Eza ( seluar askar ). Kami pun membersihkan sekitar kawasan dan membawa sampah turun kebawah. Dapat la hasil 6 karung sampah.

Bukan saja team kami yang memunggut sampah team yang yang ada semasa kehadiran kami juga turut membantu membersihkan kawasan sekitar. Walapun ramai yang kurang tamadun tu, ada lagi yang bertamaduan. Bak kata orang-orang ''APA YANG PENTING KERJASAMA''



2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau

Sekitar jam 12 lebih kami semua sampai di Lobby Bukit Panchang.. Masa untuk mebali ke markas masing-masing. Allahamdulilah perjalanan melebihi 3500M pada hari itu dipermudahkan walaupun hujan. Happy sangat Pengalaman baru, beriadah, kawan baru dan beramal. Semua ada. In shaa Allah next aktiviti bersama mereka kami akan follow.

Lepas ni kena up lagi KM.. Kalau kat Taman Bukit Tawau 3.3KM, kali ni melebihi 3.5KM , in shaa Allah nak try 5KM.. hahahahahah. misi tranning sebelum menawan Gunung Kinabalu. Unni tak nak jadi orang terakhir da sebab nak sampai sebelum subuh menikmati matahari terbit. Boleh baca pengalaman Unni mendaki kinabalu kat SINI akibat kurang stamina. So kali ni memang kasi fit-fit tu kaki.In shaa Allah di mudahkan

Sekian.




6 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar dari Maznee & selamat hari khamis sis Unni anje

    Wow jauh benar pergi mendaki

    Dapat hirup udara segar

    Dapat sampai ke puncak mesti dapat satu kepuasa yang tak terucap dengan kata kata

    Tahniah

    Semoga semakin banyak bermusafir, semakin yakin kita dengan kebesaran Allah swt

    Bukankah Allah swt jadikan akal untuk kita berfikir

    ReplyDelete
  2. indahnya pemandangan tu unni..nampak sejuk je..kan best sis irda ni leh join gang hikers muslimah unni..hehe

    ReplyDelete
  3. Huaaa lamanya tak hiking. Ena rindu hiking! Berkarat agaknya sendi2 ni. Memang penat tapi bila dah sampai kat puncak, Fuhhh!

    ReplyDelete
  4. Wow hebatnya dapat panjat 2 Bukit dlm sehari.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak join aktiviti memanjat-manjat macam ni...bestkan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^