Tawau Bebika Lion Hill | Assalamualaikum, sejak-sejak join geng otai-otai hikers ni macam kaki ni makin tak mahu berhenti hiking.. Hahahahaha. maklum la selama ni cuma muslimah Hikers geng hiking itu pun sebulan sekali. Sekali jumpa pulak geng yang aktif maka kita pun jadi aktif la.
Kedatangkan kali kedua di sini yang pertama adalah Bukit Sungai Udin dan kali ni mencari puncak sebenar Bukit Singa aka Lion Hill. Misi Gabungan bersama unit outdoor lain, Allahamdulilah walaupun mendapat kecaman dari masyarakat luar sana namun Husnozon sahaja, walaupun akikatnya memang tak manis dipadang apabila seorang Niqabis melakukan program bersama lelaki, Unni ambil yang positif melakukan hobi In shaa Allah sentiasa menjaga iktilat semasa program.
Puncak Lion Hill |
Lion Hill atau bukit singa namun unni tak pernah mendengar masyrakat meyebutnya sebagai bukit singa. Untuk kali ini kami merancang untuk sampai ke puncak sebenar bebika Lion Hill sebab sebelum ini hanya sampai ke Bukit Sungai Udin.
Perjalanan kesini dari Bukit Sungai Udin mengambil masa dalam 30 minit perjalanan kaki unni la di tambah dengan sekejap-sekejap berhenti berselfi. Hahahahahaha.. Tak menyesal pun walaupun jatuh, kaki sakit namun keindahan Allah mampu mampu menhilangkan segalanya. Hihihihihi.
Lion Hill ini terletak di Bukit Sungai Udin Tawau, terletak 58.3KM dari Bandar utama Tawau kira-kira 1 jam 5 minit perjalanan. Bukit ini merupakan bukit yang paling jauh dari bandar utama Tawau. Dengan ketinggian yang tidak di ketahui. Bukit ini bersaman dengan bukit Sungai Udin. Kamu boleh memilih untuk naik melalui bukit sungai udin atau naik melalui Taman Bebika Lion Hill.
Untuk pendakian melalui Bukit Sungai Udin adalah percuma dan kalau melalui Taman Bebika Lion Hill Caj masuk adalah RM2.00 sorang. So kami memilih untuk melalui bukit sungai udin sebab view lebih menarik. Allahamdulilah seramai 67 Orang yang menyertai pendakian ini termasuk seorang kanak-kanak berumur 7 tahun. Pendaki termuda buat kali ini. So untuk trail naik ke sini kamu boelh la baca kat Bukit Sungai Udin.
Pendaki termuda yg berjaya menakluki Lion Hill pada hari ini antara 67 orang yang menyertai. Dan antara orang yang sampai awal kesini sebab budak ni jalan depan unni yang di guide oleh Abg J aka otai kami. Nama Nurul Arissa berumur 7 tahun dan berasal dari kelantan/Sarawak.. Maaf tak sempat inteview panjang-panjang cuma tahu ini jak detail adik comel ni.
Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Semua dari kehendak masing-masing, jangan biarkan perkara negatif menguasi diri. Be positif. Bahaya memang bahaya namun yakin kebergantungan sepenuhnya dengan yang maha esa.. In shaa Allah akan dipermudahkan. Salute adik Arissa..
Untuk pendakian melalui Bukit Sungai Udin adalah percuma dan kalau melalui Taman Bebika Lion Hill Caj masuk adalah RM2.00 sorang. So kami memilih untuk melalui bukit sungai udin sebab view lebih menarik. Allahamdulilah seramai 67 Orang yang menyertai pendakian ini termasuk seorang kanak-kanak berumur 7 tahun. Pendaki termuda buat kali ini. So untuk trail naik ke sini kamu boelh la baca kat Bukit Sungai Udin.
Pendaki termuda yg berjaya menakluki Lion Hill pada hari ini antara 67 orang yang menyertai. Dan antara orang yang sampai awal kesini sebab budak ni jalan depan unni yang di guide oleh Abg J aka otai kami. Nama Nurul Arissa berumur 7 tahun dan berasal dari kelantan/Sarawak.. Maaf tak sempat inteview panjang-panjang cuma tahu ini jak detail adik comel ni.
Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Semua dari kehendak masing-masing, jangan biarkan perkara negatif menguasi diri. Be positif. Bahaya memang bahaya namun yakin kebergantungan sepenuhnya dengan yang maha esa.. In shaa Allah akan dipermudahkan. Salute adik Arissa..
Allahmdulilah 6 orang mewakili muslimah hikers.. Tapi adik manis kat depan tu ( beg putih ) kena turun awal so tak sampai ke puncak Bebika Lion Hill setakad sampai sini jak la. Ini adalah tempat fav unni bergambar sebab view dia memang lawa. Kat sini masih lagi Bukit Sungai Udin.. So lepas ni kami akan melangkah ke sebelah dalam misi mencari puncak Lion Hill !!!
Maka bermula ka perjalanan kami ke Puncak Lion Hill. Cabaran pertama adalah kena melalui lalang ni yang lebih tinggi dari unni, setiap perjalanan bagai di tampar-tampar oleh lalang nasib baik ada niqab. Hihihihii, kali ni yang lain-lain tak join kami dari 67 orang hanya 10 sahaja meneruskan perjalanan yang lain-lain masih sibuk ambil gambar.
Perjalanan lalang ni mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk keluar. Amat payah sebab belum ada trial hanya tril orang di hadapan kami, kiranya kami adalah antara orang-orang yang melalui tempat ni, menurut kata adik sorang tu ramai naik melalui Bebika Lion Hill. So perjalanan kat sini sangat-sangat menewasakan. Balik-balik jatuh tersadur dengan lalang.
Seterusnya kami kan melalui satu trial kelapa sawit selepas ini, mengambil lebih kurang 5 minit untuk bertemu dengan tanda puncak Bebika Lion Hill. Di mana kawasan ini di tengah bukit sebelah kiri adalah ladang kelapa sawit dan sebelah kanan hutan bebika, dari sebelah kanan ni la mereka memulakan pendakian untuk sampai ke puncak.
Allaahmdulilah Subahanallah Allahuakabar.. Besi tiga segi kat belakang ni la penanda puncak paling tinggi Tawau Bebika Lion Hill. Maaf gambar full tiang besi ni tak ada pula. Hahahahahaha. Namun keadaan seperti tidak terjaga dan tak ramai dah sampai kesini. Kebanyakkan nya hanya singgah di Bukit Sungai Udin. Semak samun kini menular sehingga trail pun tak mampu di kenali.
Penanda aras Tawau Bebika Lion Hill, maaf unni x reti nak baca apa yang di masudkan. Mungkin ketinggina Lion Hill mungkin jugak tidak. Batu penanda aras orang kata. Batu ni betul-betul terletak di bawa tiang besi 3 segi ini.
Antara 10 orang ( 5 lelaki lagi ) yang berjaya sampai daripada 67 orang tadi. Allaahmdulilah banner Muslimah Hikers berjaya di kibarkan.Hihihihi ..Sunahananllah view kat sini memang lebih cantik dan nampak laut. Kebesaran Allah SWT yang diperlihatkan kepada hamba-hambanya. Masihkah kita tidak bersyukur dengan nikmatnya??
• Subhanallah • Alhamdulillah • • Lailahaillallah • Allahuakhbar • “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [ Q. S. Fushshilat : 53 ]
So buat peminat outdoor boleh teruskan perjalanan sampai ke sini. Walaupun perjalanan agak mencabar tapi kepuasan tetapi di rasai. Sekian.
menarik aktiviti ni, satu kepuasan bila dapat habiskan pendakian dan dapat tengok pemandangan yang cantik
ReplyDeleteCantiknya view dekat atas tu. Tp x gayat ke unni duduk dekat tepi batu tu.
ReplyDeleteseriau tgok pendaki yg paling kecik berposing kat tebing tu... anyway syabas.. sampi jugak ke puncak.. org dewasa blom tentu boleh lakukan..
ReplyDeletecantiknya permandangan ciptaan Allah... akak dh takut tinggi, ntah nape,,, dh tua kot. masa muda dulu tak pa lak...
ReplyDeletesalamm., wahh bestnyer hiking bukit singa., tawau tu bahh ;p
ReplyDeletebestnya bila la mau smpai sni huhuh
ReplyDeleteSeramnya tengok gambar di hujung batu. Tapi cantik! Pemandangan lawa sangat di puncak. Berbaloi penat mendaki kan :)
ReplyDelete