23 August 2017

Resepi Ayam Kari Tanpa Santan

Resepi Ayam Kari Tanpa Santan | Assalamualaikum, sapa sini malas masak tapi nak makan sedap? ada tak geng unni macam tu? makan sedap tak semestinya kena makan kat luar. Boleh je makan sedap dengan kerja yang mudah tak payah nak susah. So macam resepi unni ni la Ayam Kari Tanpa Santan but still rasa sama dengan yang biasa ( guna santan ).

Lepas ni tak perlu lagi susah-susah nak beli santan atau nak perah santan dengan menu unni ni semudah ABC je. Nak tahu rahsianya??? jum follow resepi unni ni. Denagan 2 langkah mudah!! Masak dan nikmati...

Resepi Ayam Kari Tanpa Santan
Ayam Kari Tanpa Santan

Resepi Ayam Kari Tanpa Santan


Bahan-bahan

1. Premix kari daging 5 sudu
2. Ayam 1/2kg - di potong ikut kesukaan.
3. Kentang 3 biji - potong dadu
4. Daun kari 6 keping
5. Bawang Putih 3 ulas - di tumbuk
6. Bawang Merah 5 ulas - di tumbuk

Cara membuatnya

1. Bawang merah dan putih di tumbuk selumatnya kemudian tumis bersama daun kari sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan premix kari daging dan gaul sehingga sebati hingga mendidih.
3. Masukkan ayam ( pastikan ayam da cuci bersih-bersih tau ) dan gaul sehingga ayam masak, masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan kentang dan gaul sehingga ayam dan kentang betul-betul masak.
5. Siap untuk di hidangankan!!

Nota Tambahan.

1. Kalau kamu nak letak santan boleh jak guna santan. Susu cair pun boleh ( sebagai penganti santan ).  Ada member unni cakap letak santan rasa dia sedap sangat.
2. Kalau nak yang simple just guna 3 bahan ayam, serbuk kari dan kentang. Rasa still sedap.

Mudahkan?? mesti ramai yang pelik macam mana apa rasa kan. Sebenarnya unni guna serbuk kari daging daripada amyway. Serbuk kari yang sangat memudahkan para wanita di dapur. Sebenarnya bila guna serbuk kari ni tak perlu kot guna daun kari, bawang sebab dalam serbuk ni semua bahan dah ada just unni bosan terlalu mudah pulak jadinya.

Resepi Ayam Kari Tanpa Santan
Premix kari daging Amyway
Resepi Tradisi Lengkap . Mengunakan serbuk Yogurt tanpa santan dan bahan pengawet. Mudah dan ringkas. Merupakan serbuk rempah. Nama je serbuk daging tapi masak apa-apa pun jenis masakan boleh je. Satu kotak ada 3 package. 1 package unni selalu guna sampai 3 4 kali masakan. Berapa banyak tu ikut suka kamu jak. Harga RM18.80 agak mahal tapi berbaloi.

Unni bukan promote produk tapi berkongsi kesedapan dan kesenagan bersama. Hahahahaha

Selamat mencuba

7 comments:

  1. Semalam baru wat kari ayam tapi pakai santan. Nti try wat cara unni lak. 😊

    ReplyDelete
  2. Pernah try yang tak pakai santan, sedap jugaa.... hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah simple sangat karinya ni UA. Tak banyak bahan. Hakak selalunya kalau masak kari letak halia dan rempah 3 sekawan tu (kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga) disamping rempah kari.

    Tapi kalau tak de, boleh aje....rempah tu pun dah masuk semuanya kan...

    ReplyDelete
  4. rajinnyaaa.. rasanya lebih sihat tanpa santan. sedapp tgk

    ReplyDelete
  5. kdg2 ju pun masak ni tanpa santan bila santan abis stok tp craving mau mkn ayam kari xD

    ReplyDelete
  6. Sihat menu tanpa santan ni..

    Unni, napeee blog comeyyyyyy sangattt!!!! pengsan*

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^