18 July 2017

Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau | 16 Julai 2017  ( ahad ) bersamaan 21 syawal 1438H unni berkesempatan menghadikan diri ke Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri anjuran PAS Kawasan Tawau yang telah berlangsung dengan meriah. Majlis yang bermula 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di perkarangan medan letak kereta hadapan Pejabat PAS Kawasan Tawau Fajar. Lebih 5000 tetamu dianggarkan telah menghadiri majlis tersebut dan para tetamu telah hadir kira-kira setengah jam sebelum majlis bermula.

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

Turut hadir ke Rumah Terbuka PAS hari ini ialah YB Hjh Muntaz Hj Md Nawi beserta suami, Puan Ilvira Mohd Dasuki Ketua pilihanraya Dewan Muslimat Pas Kelantan, dan beberapa ahli rombongan yang berada di Tawau dalam rangka lawatan tiga kawasan kebakaran serta mnyantuni mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini. 

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Credit Picture : PAS NEGERI SABAH

Ketika berucap dihadapan hadirin , Yb Hjh Muntaz Hj Md Nawi telah membaca ayat 10 surah Hujaraat yang menyatakan " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ". Sebagai peringatan semua yang hadir. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau kerana telah menjemput rombongan ke Majlis Rumah Terbuka ini tersebut. 

Yb Hjh Muntaz berkata " Kepentingan diadakan rumah terbuka adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan untuk saling kenal mengenali antara satu dengan lain" Kata beliau lagi " Ini kerana melalui acara makan-makan mudah untuk berkumpul dan mengenali antara satu dengan lain.

Salah seorang pengunjung , Jumatiah Binti Sena menyatakan majlis yang diadakan oleh PAS Tawau adalah amat baik kerana dapat berkenal-kenalan. " Saya mendapat tahu majlis ini melalui Facebook dan rakan-rakan di kampung" katanya ketika ditemu ramah wartawan portal PAS pusat dalam majlis Sambutan tersebut. 

Manakala YDP PAS Kawasan Tawau yang juga AJK PAS Pusat, Tuan Mohamad Bin Husain ketika ditemuramah mengucapkan terima kasih kepada semua ajk dan petugas yang telah bertungkus lumus memberikan komitmen 2 hari sebelum majlis bermula. " kita berpuas hati atas komitmen ajk dan petugas dalam menjayakan majlis ini". Kata beliau lagi " PAS Tawau juga berterima kasih kepada masyarakat Tawau yang telah hadir " kehadiran yang bertali arus ini sebagai tanda PAS semakin diterima di daerah Tawau. 

Pengarah program Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Tawau, Ustaz Abu Wazif Che Ali berkata kehadiran anak muda kali ini ke majlis anjuran PAS Kawasan Tawau amat ramai dan ini sebagai petanda keterbukaan dan penerimaan golongan anak muda terhadap Parti Islam Se Malaysia amat memberansangkan. " Terima kasih kepada petugas-petugas dan pengunjung-pengunjung" kata beliau ketika ditemu ramah di lokasi majlis.

Credit : www.pas.org.my

Dalam Sambuatan ini pelbagai juadah yang telah di sajikan kepada para pengunjung seperti ayam golek, Roti Canai, Satay, Bakso Cinta dan sebagainya..

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Ayam Golek
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Roti Canai
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Bakso Cinta
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Satay
Sajian memang oshem!!! Macam-macam lagi ada bubur, tapai, kuih muih, soto, aiskrim, nasi kurma ( kalau di taip semua tak muat ) hahahahahaha tengok kat SINI.. kehadiran masyarakat Tawau tanpa henti terus memeriahkan majlis

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Tempat da penuh kami buka tempat baru.. lebih bahagia..
Tahniah buat semua kakitangan dan ajk yang terlibat menjayakan Program Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau. Allahamdulilah semua berjalan dengan lancar. Belanja gambar antara AJK yang bertugas.

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Barisan Pengerusi Majlis
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Tabung Wakaf 
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
dessert

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Makanan

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Minuman
Majlis tambah diserikan dengan nasyid dendangan Saudara Adam Khaleef Elyas seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Sabah, alamak gambar tak ada sebab time dia nyanyi Unni sibuk makan!! Hahahahahah..

TAHNIAH PAS KAWASAN TAWAU !!! 
SELAGI ENGKAU BERJUANG MEMPERTAHANKAN ISLAM SELAGI ITU KAMI MENJADI ASKAR MU

Sekian


11 comments:

  1. Sedapnya.. Ada mcm2 makanan. Makan bersimpuh lg best kan

    ReplyDelete
  2. Sana sini ada jemputan rumah terbuka

    Boleh bersilaturahim dan jumpa kawan kawan

    ReplyDelete
  3. Wahhhh banyaknya makanan...tempat baru tu lagi selesa sebab tak serabut dengan orang lain...hihi

    ReplyDelete
  4. Meriah betul suasana hari raya... =)

    ReplyDelete
  5. Meriahnya.... Kat tempat saya tak ada orang buat rumah terbuka ke... terliur tengok makanan raya... dah rasa rindu pulak.. huhu

    ReplyDelete
  6. Meriahhh tgok. Sronok boleb brkumpul ramai2 mcm ni. 😘

    ReplyDelete
  7. wahhh...Meriah nya Uni.. mcm2 makanan ya..klu kebetulan di Tawau masa ni, kompom kakak pigi jugak..haha

    ReplyDelete
  8. hmmm...yummy ....akak bw sini....

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^