Home » All posts
09 August 2017
08 August 2017
2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau
2 Hill 1 Day ~ Bukit 38 Tinagat dan Bukit Panchang Tinagat Tawau | Dalam menyertai geng otai-otai hikers Tawau buat kali pertamanya, meyahut cabaran 2 hill 1 day, tapi tak adalah ambil masa sehari before zohor kat sabah ni kami da masing-masing balik ke rumah. Ingin menimbah ilmu lebih bersama geng-geng otai, In shaa Allah nanti di Pratik kan bersama Team Muslimah hikers Unni.
Maklumlah kami budak baru nak up so memang perlukan orang-orang yang berpegalaman dalam bab-bab hutan. Banyak lagi perlu dipelajari dan diguna pakai. Pahit itu kenangan Manis iu anugerah. Yang pahit itu la mengajar kita menjadi manis.
Maklumlah kami budak baru nak up so memang perlukan orang-orang yang berpegalaman dalam bab-bab hutan. Banyak lagi perlu dipelajari dan diguna pakai. Pahit itu kenangan Manis iu anugerah. Yang pahit itu la mengajar kita menjadi manis.
Destinasi kali ini terletak di Batu 6 Tinagat iaitu Bukit 38 dan Bukit Panchang. Allahamdulilah kami berempat dari team muslimah hikers ( dari kiri Mila, Mira, Umie dan Unni ) meyertai. Kejayaan yang amat besar buat kami. Mula-mula tu agak kekoh tapi Allahamdulilah selesa ber hiking bersama team otai-otai ni.
Seawal jam 6 pagi kami berkumpul di Lobby Bukit Panchang Lorong 10 sambil menanti kehadiran hikers lain. Namun kami akan memulakan pendakaian di Bukit 38 dan berakhir di Bukit Panchang. Maksudnya naik dari Bukit 38 dan turun dari Bukit Panchang. Kedua bukit bersebelah sahaja.
Ketika semua para hikers da tiba, so berganjak ke lobby Bukit 38 Lorong 38, mengunakan dua kereta sahaja, kereta lain parking kat lobby panchang ( detail ni unni terangkan ). Dalam sekitar jam 6.30 kami memula pendakian.
![]() |
| Puncak Bukit 38 |
Destinasi pertama Bukit 38 Tinagat, Allahamdulilah berjaya di tawan dalam sekitar jam 8 lebih sampai kesini.. Boleh baca kat SINI perjalanan ke Bukit 38. Dengan wajah kegembiraan dan bersyukur menemani kami semua. So habiskan lebih kurang 30 minit kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Panchang.
![]() |
| Puncak Bukit 38 |
Aktiviti kat sini adalah masak-masak.. Siap ada bawa gas tu. Dan menikmati Teh panas !!! Best kan lepas berhujan sampai ke sini. Tapi kan memandangakan kami sibuk selfie ( teruja boleh sampai sini ) tak merasa pun teh panas dan masakan yang dorang masak..Hahahahahaha. Biar lapar janji dapat gambar cantik ( sila follow Instagram Unni_Anje ) Hahahahahah.
Lepas da siap selfie-selfie, makan-makan dan minum-minum, dalam sekitar jam 9 lebih kami meneruskan perjalana ke Bukit seterusnya Bukit Panchang. Hari tu tebaca dalam group ada yang kata jarak dari Bukit 38 kepuncak Bukit Panchang 2.5KM kalau tak silap. Pengiraan mengunakan jam canggih tu ( entah apa nama ).
![]() |
| Puncak Bukit Panchang |
Nampak View kat sini memang tak sama macam Unni naik setahun yang lalu, Signboard pun da hilang entah kemana ( ganas orang-orang yang hilangkan ) tapi kita buat apa yang mampu la, mejaga keindahan selagi mampu dan moga manusia-manusia yang kurang bertamadun ni di beri hidayah untuk kembali kejalan yang benar.
![]() |
| Puncak Bukit Panchang |
Bukan saja team kami yang memunggut sampah team yang yang ada semasa kehadiran kami juga turut membantu membersihkan kawasan sekitar. Walapun ramai yang kurang tamadun tu, ada lagi yang bertamaduan. Bak kata orang-orang ''APA YANG PENTING KERJASAMA''
Sekitar jam 12 lebih kami semua sampai di Lobby Bukit Panchang.. Masa untuk mebali ke markas masing-masing. Allahamdulilah perjalanan melebihi 3500M pada hari itu dipermudahkan walaupun hujan. Happy sangat Pengalaman baru, beriadah, kawan baru dan beramal. Semua ada. In shaa Allah next aktiviti bersama mereka kami akan follow.
Lepas ni kena up lagi KM.. Kalau kat Taman Bukit Tawau 3.3KM, kali ni melebihi 3.5KM , in shaa Allah nak try 5KM.. hahahahahah. misi tranning sebelum menawan Gunung Kinabalu. Unni tak nak jadi orang terakhir da sebab nak sampai sebelum subuh menikmati matahari terbit. Boleh baca pengalaman Unni mendaki kinabalu kat SINI akibat kurang stamina. So kali ni memang kasi fit-fit tu kaki.In shaa Allah di mudahkan
Sekian.
Bukit 38 Tinagat, Tawau
Bukit 38 Tinagat, Tawau | Assalamualaikum, Allahamdulilah misi menyertai geng otai-otai hikers di Tawau ter tecapai. Dengan misi kali ini adalah 1 Day 2 Hill Berjaya di laksanakan dengan jayanya selepas menawan puncak Bukit 38 Tinagat ni kami meneruskan ke Bukit Panchang, Bukit bersebelahan jak. Kalau sebelum ini unni bersama geng Muslimah Hikers Tawau Unni dengan Misi 1 Hill 1 Month.
Untuk kali ini adalah pengalaman pertama Unni hiking dalam keadaan hujan .Allahamdulilah satu lagi rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya. Sebelum ini di anugerakan cuaca elok tapi kali ini ujian kesabaran sedikit diberikan namun pengalaman itu mahal.
Bukit 38 terletak di Batu 6 Tinagat, menurut sumber bukit ni dinamakan Bukit 38 kerana ia terletak di lorong 38 Tinagat Batu 6. 11 KM kira-kira 12 minit perjalanan dari Bandar utama Tawau. Starting point berasa di Padang Sasar Batu 6 Tinagat Tawau, so kalau nampak signboard Padang sasar masuk jak simpang sampai penghujung jalan.
Ni adik amira.. Sekarang salah sorang dari Team Unni, muslimah hikers.. Adik ni salah sorang peminat blog Unni gitu ( perasan kejap ) hihihihi. Dia siap email Unni ucap terima kasih sebab blog unni banyak membantu dia hiking dan banyak bertanya tentang tempat hiking kat Tawau ni. Lepaas tu terus offer la join team Muslimah hikers, Allahamdulilah hiking pertama bersama Amira. Cantik moleh orangnya..
Lama-lama kabus pun semakin berterbangan Allahamdulilah so boleh la menikmati view yang sangat-sangat indah Allahuakbar... Subahanallah pengalaman yang baru yang tak boleh di lupakan, tambahan pula jarang melakukan aktiviti dengan kaum Adam ni, Allahamdulilah selesa program bersama mereka, walaupun banyak berguran tapi mereka antara kaum-kaum adam yang sangat menghormati kaum Hawa terutama kaum-kaum muslimah. Bukan nak puji lebih-lebih tapi itulah hakikatnya pertama kali selesa berprogram bersama kaum Adam.
Buat kamu peminat outdoor jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hiking dalam hujan, keadaan semak samun, keadaan berduri dan seumpanya. Itu la cabaran yang kamu perlu lalui dan nikmati bukan mengeluh tapi bersyukur. So jadikan Bukit 38 Tinagat, Tawau ini sebagai destinasi kamu seterusnya.
Sekian..
Starting Point bermula dengan ladang kelapa sawit..Seawal jam 6 lebih kami telah memulakan pendakian dan cuaca masih menyebelahi kami. If kamu nak hiking kat sini dan tak tahu jalan ( make sure pakai la Guide ) Kamu just follow pokok yang bertanda merah dan pokok yang di ikat-ikat tali. Pokok-pokok tu adalah trail yang kamu harus follow. Ikut jak sampai penghujung In shaa Allah tak sesat. Dengan izin Allah.
Trail perjalanan memang sangat-sangat mencabar kerana di temani dengan duri-duri tajam dan kehijuan semula jadi. Kiri kanan atas bawah semua duri dan kurang trail mendatar. Keadaan kat sini kami mulai di hadiri dengan hujan renyai-renyai. Trail kat sini tak da jalan mendatar dalam lebih kurang 30 Minit jalan menaik dan duri-duri tajam. Bintang seperti ular pun kena hati-hati juga.
Naik atas dengan trail berduri, jalan yang licin. Segala macam stail di keluarkan so make sure if nak mencuba hiking kat sini pastikan stamina kuat , jangan mudah meyerah dan kuatkan mental untuk mencari puncak. Merangkak, melompat memanjat semua Unni rasai time hiking kat sini. Allahamdulilah berkat abam-abam dan kakak-kakak otai memudahkan perjalanan. Tak kisah la duri ka apa yang penting kat sini PACAT tak ada. Hahahahaha.
Hujan itu rahmat bukan penghalang.. Jika cuaca baik itu anugera. So perjalanan tetap di teruskan, tiada alasan Untuk berjaya. Sampai kat sini baru la jumpa jalan mendatar sedikit.Keadaan hujang sangat menhadkan pengambilan gambar kalau tak mesti penuh gambar-gambar trail yang unni nak ambil. Tak belanja gambar, cerita bab trail pun kamu semua bayangkan jak la.. Yang penting pengang kiri duri pegang kanan duri. Atas duri jatuh pun duri.. Hahahaahahaha.
Sangat-sangat di galakan pemakaian glove dan kasut hiking yang sesuai. Kalau ada tongkat hiking lagi best. Sebenarnya Unni ada baw tapi segan bila tengok semua x bawa so simpan dalam kereta. Malu punya pasal. Ambik ko. Hahahahaha, Tongkat tu sebenarnya amat membantu kaki lagi-lagi untuk trail yang licin.
Ni kak Amy salah sorang daripada geng-geng otai yang Unni ingt nama..Hihihihihihi. Bila jumpa No 38 ni makna boleh la kamu boleh melakar senyuman di bibir sebab puncak da semakin menghampiri. tulisan ni juga salah satu tanda trail so if jumpa no 38 that means kamu kejalan yang benar ( tidak sesat ). Begitu juga dengaan tanda-tanda di pokok lain di tanda sama warna ( merah ) dengan No 38 ni.
Kat sini kamu kena berjalan di celah-celah batu, sebelah batu sebelah jurang duri-duri dan akar kayu. Dengan penuh hati-hati. Lagi-lagi keadaan hujan memang mencabar batu pun licin. Tapi Allahamdulilah semua di mudahkan.
Cabaran terakhir semasa naik ke puncak. Kena panjat batu ni, tapi jangan risau tali da di sediakan pun. Pic ni unni dapat dari wasap group. macam ni la keadaan nya memang agak susah. Walaupun ada tali tapi tetap perlukan pertolongan orang atas. Sebab tu Unni kata hiking kat sini semua di alami, panjat merangkak, jalan itik .. hahahaha kira mencabar la. Cabaran yang memberi seribu datu kenangan dan pengalaman.
Allahamdulilah Subahanallah Allahuakbar dengan izin Allah Berjaya menawan satu lagi bukit di Tawau, Bukit 38.. Kemenangan yang begitu bermakna buat Unni dan rakan yang lain. Ketibaan kami keadaan puncak di seliputi kabus so memang tak nampak apa maklumlah hujan kan. Bayang-bayang bukit sebelah sahaja kelihatan. Tapi view tetap cantik.
Sebenarnya tujuan Unni join hiking kali ni ada untuk tengok-tengok jalan dan nak guide kononnya team muslimah hikers, tapi nampaknya impian nak guide tu simpan jak la.. HAHAHAHAHAHA. Keadaan Trail memang tak mengizikan Unni untuk guide lagi keselamat memang tak dapat jaminan.
Lama-lama kabus pun semakin berterbangan Allahamdulilah so boleh la menikmati view yang sangat-sangat indah Allahuakbar... Subahanallah pengalaman yang baru yang tak boleh di lupakan, tambahan pula jarang melakukan aktiviti dengan kaum Adam ni, Allahamdulilah selesa program bersama mereka, walaupun banyak berguran tapi mereka antara kaum-kaum adam yang sangat menghormati kaum Hawa terutama kaum-kaum muslimah. Bukan nak puji lebih-lebih tapi itulah hakikatnya pertama kali selesa berprogram bersama kaum Adam.
Buat kamu peminat outdoor jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hiking dalam hujan, keadaan semak samun, keadaan berduri dan seumpanya. Itu la cabaran yang kamu perlu lalui dan nikmati bukan mengeluh tapi bersyukur. So jadikan Bukit 38 Tinagat, Tawau ini sebagai destinasi kamu seterusnya.
Sekian..
03 August 2017
Aku Pendosa Tanpa Noktah
Aku Pendosa Tanpa Noktah
Diri ini,
tidaklah sebaik yang
engkau ungkapkan,
tidak jua seburuk yang
engkau fikirkan.
Aku hanya seorang pendosa
yang sedang bermujahadah,
yang sedang ingikan Allah di hati,
yang sedang mengejar redha Allah.
Aku malu,
saat aku di anggap baik,
saat aku di anggap soleha,
saat aku di anggap suci.
Sungguh aku malu,
saat aku sebar dakwah,
saat aku buat amal kebaikkan,
orang-orang memuji aku setinggi langit.
Hakikatnya,
aku hanya insan sederhana,
aku hanya seorang pendosa,
seorang pendosa tanpa noktah,
hanya Allah sahaja menutup aibku.
Allahu sungguh aku malu Ya Allah
Aku hanya pendosa,
yang sedang berhijrah,
yang sedang bermusafir,
yang sedang mengejar hidayah,
Maka,
tegurlah aku bukan menghukum
sayangilah aku bukan menfitnah
maafkanlah aku bukan membenci
mudahkanlah aku bukan menyusahkan
Bantulah aku,
kerana aku masih lemah
kerana aku masih terleka
kerana aku masih jauh
Aku pendosa tanpa noktah,
dulu kini dan selamanya,
namun aku ingin kesyurga
Part : | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
Kisah Tentang Aku
01 August 2017
Tips Mencegah Gigitan Pacat
Tips Mencegah Gigitan Pacat | Assalamualaikum, hari ni unni nak share pasal tips nak cegah dari gigitan pacat ni. Penangan Hiking kat Taman Bukit Tawau di mana kami semua di serang Pacat. Ada member bagi tips tabur garam kat kasut tapi langsung tak berkesan .. Hahahahahaha, memang tak sempat kaji pasal pacat ni di sebabkan masa yang sangat-sangat terhad.
In Shaa Allah moga beberapa tips ni berguna. Tips ini adalah hasil kajian dari Gerbang Gunung dan pengalaman unni sendiri semasa hiking di ''Lubuk Pacat'' . Mungkin banyak lagi aktiviti OUTDOOR di luar sana yang banyak berhadapan dengan binatang bijak ni, mampu masuk kedalam pakaian tanpa di sedari.
![]() |
| Tips Mencegah Gigitan Pacat |
Tips Mencegah Gigitan Pacat
1. Pakaian
- Patikan memakai kasut bertutup.
- Pastikan memakai stoking yang panjang kalau boleh pakai jenis cotton elakkan memakai stoking bola kerana stoking bola mempunyai rongga-rongga di mana pacat mampu menyelit masuk kedalam.
- Jangan pakai pakaian y berwarna gelap seperti hitam.
- Kalau boleh pakai Seluar tight panjang dan masukkan dalam stoking sebab pacat tak mampu menembusi fabrik kain yang di perbuat dari Tight.
- Kalau boleh beli stoking pacat untuk tambah keselamatan.
2. Perlindungan Tambahan.
- Gunakan tembakau. Kami cadangakan pemakaian tembakau kerana pacat tak suka dengan bau tembakau. Caranya rendam stoking dengan air tembakau kemudian jemur. Bau tembakau akan melekat pada stoking.
- Guna Sabun cap 666 ke 999 tu, dalam kotak hijau ( biasa ada di kedai mamak ). Caranya Lumur kat kasut dan seluar, pacat tak mampu singga atau melekat.
3. Semasa Trekking
- Elakakn berjalan di kawasan yang banyak daun-daun kerana ia merupaka habitat pacat.
- Jalan sepantas yang mampu agar pacat tak sempat nak melekat.
- Jaga jarak anda bersama hikers lain merujuk kajian semasa pacat mengesan mangsa ia hanya mapu melekat pada mangsa ke3 dan seterusnya ( maksunya kalau dia menghidu orang berisan pertama tapi ia hanya mampu singgah di barisan orang ketiga dan seterusnya )
- Kalau berhenti rehat pilih kawasan yang lapang. Jauhi kawasan berdaun-daun.
4. Semasa serangan
- Sediakan Spary insect repellent - spary je pacat apabila di gigit so pacat akan jatuh denagn sendiri. Benda ni memang asas bila masuk kawasan hutan.
- Air tembakau tembakau juga mampu menjatuhkan pacat juga boleh di sembur di kawasan yang berdaun trail.
Berikut adalah antara tips yang mungkin membantu dari serangan pacat namun ia hanya sekadar tip dan tiada jaminan untuk tidak mendapat gigitan pacat. Sebijak-bijak manusia mungkin pacat lagi bijak. hanya satu jaminan agar tidak di gigit pacat ''JANGAN MASUK HUTAN'' ... hahahahahaha
Moga bermanfaat
Sekian.




















