27 July 2017

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park | Assalamualaikum, kedatangan Unni ke bumi Sandakan memberi peluang unni untuk hiking Bukit Sim-sim di Elopura Recreation Park kampung Sim-sim. Di mana Elopura merupakan nama asal Sandakan sebelum bertukar nama kepada Sandakan. So tak hairan la kalau kami datang Sandakan banyak tempat dan kedai nama Elopura.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park
Puncak Bukit Sim-sim
Elopura Recreation Park merupakan tempat rekreasi namun lebih dikenali sebagai bukit Sim-sim kerana puncaknya berada betul-betul di perkampung Sim-sim. Memang jelas satu kawasan Sim-sim jelas kelihatan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Elopura Recreation Park terletak di Taman Astana Height 5.1KM kira-kira 8 minit dari pusat Bandar Sandakan. Dimana starting point pendakian adalah di sini ( masuk kawasan perumahan ). Kami datang sini naik teksi jam RM10.00 kalau guna Grab murah sikit RM7.00 ( sebab time balik tu naik Grab ) kalau korang jumpa signboard ni so ini starting point.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Kami memulakan perjalanan agak lewat, tak silap time ni da masuk jam 11. Tu panas terik, tetapi kawasan hutan dan pokok-pokok so panas tu tak ada la terasa sangat. Nak hiking sini memang best orang yang pertama kali datang pun tak risau sesat sebab sepanjang perjalanan memang ada trail. Macam kami mana tahu jalan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Time kat sini arrr panas tu baru terasa sangat!! ambik kau nak sangat hiking tengga hari terik.. btw laluan ni memang lawa, walapaun panas tapi tenang jak. Masa kami naik semua orang da mula turun kebawah.Letih rugi naik maklumlah da dekat sebulan tak hiking lagi-lagi baru jak lepas menunaikan ibadah puasa maka makin berat la badan nak di bawa naik.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Ruginya duduk Sandakan kalau tak pernah hiking sini..Hihihihih serius lawa sangat kat sini view dia. Kalau datang petang-petang lagi best kot sebab dapat menikmati matahari nak hilang, Allahmdulilah tak sia-sia paksa kaki melangkah, time kat sini separuh perjalanan da. sikit lagi nak sampai.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Destinasi rehat pertama!!! arrr kat sini daa mula kelihatan perkampungan Sim-sim kira separa puncak da. So kami berehat kat sini dalam 30 minit !! Hahahahaha lamakan maklumlah kat kat sini azan zohor pun berkumadang. Kat pondok ni bucu masjid betul kat bawa kami. Sepanjang perjalanan kat pondok ni semua laluan santai jak, ada jurang pun jauh dari trial. So memang perjalanan yang santai.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Maka setelah puas berehat kami pun meneruskan perjalanan mencari puncak, dan bermula la rintangan, hahahahaha.. Ya sini la ''abang teksi tu pesan hati-hati ada jurang tu kat atas'' Allahmdulilah tali kat tepi memang membantu, kalau datang time hujan mesti licin, time ni panas terik so jalan so ok, tapi takut juga nak pegang camera atau handphone kena fokus dengan laluan.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Dan setelah itu terpandang tangga ini terus terimbau kenangan Hiking Gunung Kinabalu .. Hahhahahaha 'sakitnya tuh di sini' . Tengok muka adik tu, pengsan jak tidak di buatnya!!! Be positif bagi semangat dan teruskan melangkah demi langkah.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Allahamdulilah naik sini terus terpegun.. Allahuakbar cantiknya view dia, tapi ni belum sampai puncak lagi, sikit lagi nak sampai. Nampak tak pulau tu, tu la yang di panggil ''Pulau Berhala'' unni pun baru je tahu time bila tanya kat cousin. Indahkan perkampungan atas air pun jelas kelihtaan dari sini. So sampai yang duduk area dekat-dekat tu boleh la singgah.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Berjalan lagi dalam 15 minit maka terjumpa pondok kedua untuk berehat, so singgah sini kejap. rehatkan kaki yang lengguh. Kalau da jumpa pondok ni tu bermakna puncak tu depan je lagi.

Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park
Bukit Sim-sim Sandakan ~ Elopura Recreation Park

Allahuakbar, Subahanallah, Allahamdulilah tempat yang ingin dituju telah di temui. Ini la puncak Bukit Sim-sim. Sekolah, pasar perkampung, Pulau dan sebagainya semua Nampak dari tempat ni. Lagi menariknya perkampungan air kat kampong Sim-sim ni memang bersih boleh Nampak dari atas. Time. Bergambar dalam keadaan panas terik memang x mengizinkan kami untuk berlama-lama di sini.

If kamu nak dating baik dating waktu petang-petang, mesti ramai tu yang naik kat atas lagi view dia lagi cantik. Bagi pengemar hiking boleh la mencuba bukit Sim-sim Sandakan ni. Kalau ikut codinat ketinggian 1100KM Jak.


26 July 2017

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah | Selepas habis melawat Rumah Agnes Keith kami pun beralih ke sini  English Tea House & Restoren. Kawasan ini bersebelah dengan rumah Agnes House dan mempunyai reka bentuk dan pemandagan yang sangat indah.

Mula-mula ingat cousin nak bawa jalan-jalan jak kat sini sambil-sambil ambil gambar kenangan tak sangka pun kena belanja minum dan Unni pun.. Hahahahaha bab belanja ni sapa tak nak kan, laju jak lagi-lagi tempat macam ni. Class gitu!!!

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

First datang tempat macam ni memang feeling dia semacam. Iya menikmati hidagan kat sini ala di zaman Inggeris Kolonial. Konsep Tea dan Restoran ini telah diilhamkan oleh rumah Agnes Keith. Bijak juga kan. Terasa macam zaman penjajahan English pun ada. Yang pastinya tempat ini salah satu tempat yang menarik ribuan para pelancong.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah
 
View kat sini memang sangat-sangat cantik.. Suasana hijau menemani berada di sini. Pengunjung yang datang boleh memilih untuk duduk menikmati hidangan di bahagian dalam restoran atau bahagian luar. Dan memandangkan kehadiran kami petang itu cuaca amat baik so kami memilih untuk menikmati udara segar di bahagin luar.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Kalau tak nak duduk bahagian luar bahagian dalam pun tak kurang hebatnya, di mana bahgaian dalam restoran ini menampilkan seni bina orang English dan turut mempameran kan anugera-anugera yang telah di menangi oleh pihak restoren dan pengitifaran antarabangsa.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Bukan itu saja, tempat ini juga menjadi pilihan masyrakat Sandakan untuk mengadakan majlis perkhawinan dan majlis hari jadi. Dengan keadaaan tapak yang luas memang sesuai untuk aktiviti keramaian di adakan di sini.

Kot-kot ada yang nak kahwin ala-ala English tu kan boleh pilih tempat ni sebagai tempat persandingan.. Hahahahaha, tapi kita islam khawin la yang paling menyenangkan.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Setiap pelancong yang mendatangi Agnes keith House pasti singgah ke sini. rugi sangat kalau tak singgah, menurut kajian unni sepanjang menikmati hidangan kat sini rata-rata pelancong berasal dari Negara luar. Kami juga di fahamkan ada yang datang kesini semata-mata hanya nak makan kat sini.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

So nak di jadikakn cerita kami pun lepak kat sini sampai waktunya tiba..Hahahaahaha, menikmati hidangan ''Afternoon Tea ''. Sebenarnya nampak biasanya jak cuma presentation tu yang luar biasa. Nampaknya hari ni dapat jugak pengalaman merasai cara hidangan english. Kot-kot ada restoren nak lamar Unni buat review kan da tahu teknik. Hahahahahahaha.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Menu yang ditawarkan merupakan masakan tradisional Inggeris dan hidangan Asia yang hebat juga. Walaupun hakikatnya hidangan ni biasa-biasa jakdan buat sendiri pun boleh tapi cara hidangan dia memang menarik hati. Feel dia memang lain macam.. Hahahahahah so unni suggest kamu cuba la makan-makan kat sini ( walaupun mahal ) sebab pengalaman tu lagi mahal.

Bukan itu saja tempat ini juga telah diiktiraf dan Jalan-jaan cari makan pernah singgah kat sini , kiranya da masuk tv la.. ( gambar tak ambil ).

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Yang paling best kat sini semua pelayan dia baik-baik belaka. Layan jak bila kami minta tolong take pic. Buat macam-macam gimik dia relex jak dan sporting sangat. Maka kami pun berabis la WEFIE !!

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Inilah view dari tempat kami menikmati Afternoon Tea, cantik kan dihiasi dengan kehadiran laut di tepinya udara pun memang segar sebab tempat ni di keliligi dengan pepohon hijau dan latar belalakang tempat ni berasaskan ciri tradisonal English. Nak rasai sendri wajib la singga kesini.

Masuk free jak yang bayar makanan tu jak la, kepuasan kenikmatan dan pengalaman memang tak ternilai harganya.. Apa pun jangan membazir sudah. So kamu yang tak jejak lagi tempat ni singgah la kat bumi Sandakan ni.

English Tea House & Restoren Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah | Assalamualaikum, Allahmdulilah kali ini unni dapat menunaikan hajat masuk kedalam rumah Agnes Keith ni, kedatangkan kali kedua kesini. Kedatangan kali pertama dalam Sabah Roud Trip, Unni tak ada rezeki masuk disebabkan hari da malam hanya mampu bergambar kat depan jak baca kat SINI.

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

Pada Tahun 2001 Muzium Sabah telah membaikpulih rumah ini semula setelah di tinggalkan dan mengalami kerosakkan yang teruk, turut di kelilingi dengan lalang dan semak samun. 6 April 2001 kerja-kerja pembaikulihan telah di jalankan yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan Melalui Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan.

Manakala, Muzium Sabah adalah sebagai koordinator projek.  Semasa kerja-kerja dijalankan, pihak Muzium Sabah turut menjalankan kerja-kerja menggali dan mencari bahan-bahan arkeologi di tapak kawasan rumah tersebut.  Beberapa bahan arkeologi dijumpai di bahagian belakang rumah berkenaan. Siap dibaikpulih pada 16 April 2002.

14 Disember 2002 rumah ini disikan dengan perabot zaman kolonial dan telah siap sepenuhnya pada 7 Mac 2003.

Agnes Keith


Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

Agnes Keith seorang penulis wanita Amerika telah datang ke Sabah. Dia datang ke Sabah dengan belayar dari California, bukannya dengan menaiki kapal terbang. Sabah merupakan sebuah negeri di bawah bayu ( angin ). Penulis inilah yang menggelar Sabah sebagai sebuah negeri yang damai, sejuk dan tenang selembut hembusan bayu.  

Buku-bukunya memaparkan pengalaman sewaktu bermastautin di Sabah khususnya di Sandakan ini. Buku "Tanah Bellow the Wind" yang dibuat Agnes Keith terkenal pada tahun 1939, dan buku itu terus membuat Sabah terkenal hingga ke hari ini.merupakan penulis buku Land Below The Wind. 

Agnes Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.

I belivee...
While we have more that we need on this continent, and others die for then want of it, there can be no lasting peace. When we work as hard in peacetime to make this world decent to live in, as ini wartime we word to kill, the world will be decent , and the couses for which men flight will be gone
[ Three Came Home , 1946 ]

Rumah Agnes Keith

Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands. Rumah ini merupakan milik Agnes Newton Keith dan suami Harry ( Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama.

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

Rumah ini mempunyai dua tingkat di mana tingkat pertama mempamerkan ruangan makan dan ruangan tetamu manakala tingkat atas menempatkan pejabat yang digunakan Agnes menulis buku, bilik tidur dan Pameran ahli keluarga Agnes.

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Ruangan Makan

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Ruangan tetamu

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Pameran Ahli Keluarga Agnes

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Ruangan Bilik Tidur

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Ruangan pejabat ( disini la agnes meghasilakan buku-bukunya dengan mengunakan mesin taip tersebut )

Bahan Arkeologi Rumah Agnes Keith 

Antara barangan yang di jumpai oleh ahli arkeologi si sekitar kawasan rumah Agnes Keith dan di bersihkan lalu di pamerkan di dalam rumah tersebut.

Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Peti Sejuk - In cream In Jugles In Borneo ( Zoom kan utk baca artikel Penuh )
Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Barang yang di jumpai seperti Teko peti simpanan dan sebagainya
Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah
Telefon , mesin jahit. piring hitam , radio dan mesin taip yang digunakan Agnes Sekelurga.

Buku-buku Agnes Keith


Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

Antara buku yang di karang oleh Agnes yang dipamerkan di Rumah Agnes. Rumah ini telah di bina semula sebagai penghormatan Sabah memenangi anugerah penulis wanita Amerika telah datang ke Sabah. Buku "Tanah Bellow the Wind" yang dibuat Agnes Keith terkenal pada tahun 1939, dan buku itu terus membuat Sabah terkenal hingga ke hari ini.

So sapa datang sandakan tu jangan lepaskan peluang berkunjung kat sini. Bayaran masuk RM2.00 Jak sorang. Banyak lagi warisan yang perlu di jelajahi di Bumi Sandakan ni.. 
Muzium Sandakan Rumah Agnes Keith Tempat Menarik Di Sabah

18 July 2017

Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau | 16 Julai 2017  ( ahad ) bersamaan 21 syawal 1438H unni berkesempatan menghadikan diri ke Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri anjuran PAS Kawasan Tawau yang telah berlangsung dengan meriah. Majlis yang bermula 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di perkarangan medan letak kereta hadapan Pejabat PAS Kawasan Tawau Fajar. Lebih 5000 tetamu dianggarkan telah menghadiri majlis tersebut dan para tetamu telah hadir kira-kira setengah jam sebelum majlis bermula.

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau

Turut hadir ke Rumah Terbuka PAS hari ini ialah YB Hjh Muntaz Hj Md Nawi beserta suami, Puan Ilvira Mohd Dasuki Ketua pilihanraya Dewan Muslimat Pas Kelantan, dan beberapa ahli rombongan yang berada di Tawau dalam rangka lawatan tiga kawasan kebakaran serta mnyantuni mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini. 

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Credit Picture : PAS NEGERI SABAH

Ketika berucap dihadapan hadirin , Yb Hjh Muntaz Hj Md Nawi telah membaca ayat 10 surah Hujaraat yang menyatakan " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ". Sebagai peringatan semua yang hadir. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau kerana telah menjemput rombongan ke Majlis Rumah Terbuka ini tersebut. 

Yb Hjh Muntaz berkata " Kepentingan diadakan rumah terbuka adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan untuk saling kenal mengenali antara satu dengan lain" Kata beliau lagi " Ini kerana melalui acara makan-makan mudah untuk berkumpul dan mengenali antara satu dengan lain.

Salah seorang pengunjung , Jumatiah Binti Sena menyatakan majlis yang diadakan oleh PAS Tawau adalah amat baik kerana dapat berkenal-kenalan. " Saya mendapat tahu majlis ini melalui Facebook dan rakan-rakan di kampung" katanya ketika ditemu ramah wartawan portal PAS pusat dalam majlis Sambutan tersebut. 

Manakala YDP PAS Kawasan Tawau yang juga AJK PAS Pusat, Tuan Mohamad Bin Husain ketika ditemuramah mengucapkan terima kasih kepada semua ajk dan petugas yang telah bertungkus lumus memberikan komitmen 2 hari sebelum majlis bermula. " kita berpuas hati atas komitmen ajk dan petugas dalam menjayakan majlis ini". Kata beliau lagi " PAS Tawau juga berterima kasih kepada masyarakat Tawau yang telah hadir " kehadiran yang bertali arus ini sebagai tanda PAS semakin diterima di daerah Tawau. 

Pengarah program Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Tawau, Ustaz Abu Wazif Che Ali berkata kehadiran anak muda kali ini ke majlis anjuran PAS Kawasan Tawau amat ramai dan ini sebagai petanda keterbukaan dan penerimaan golongan anak muda terhadap Parti Islam Se Malaysia amat memberansangkan. " Terima kasih kepada petugas-petugas dan pengunjung-pengunjung" kata beliau ketika ditemu ramah di lokasi majlis.

Credit : www.pas.org.my

Dalam Sambuatan ini pelbagai juadah yang telah di sajikan kepada para pengunjung seperti ayam golek, Roti Canai, Satay, Bakso Cinta dan sebagainya..

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Ayam Golek
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Roti Canai
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Bakso Cinta
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Satay
Sajian memang oshem!!! Macam-macam lagi ada bubur, tapai, kuih muih, soto, aiskrim, nasi kurma ( kalau di taip semua tak muat ) hahahahahaha tengok kat SINI.. kehadiran masyarakat Tawau tanpa henti terus memeriahkan majlis

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Tempat da penuh kami buka tempat baru.. lebih bahagia..
Tahniah buat semua kakitangan dan ajk yang terlibat menjayakan Program Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau. Allahamdulilah semua berjalan dengan lancar. Belanja gambar antara AJK yang bertugas.

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Barisan Pengerusi Majlis
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Tabung Wakaf 
 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
dessert

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Makanan

 Rumah Terbuka Majlis Sambutan AidilFitri Anjuran Pas Kawasan Tawau
Minuman
Majlis tambah diserikan dengan nasyid dendangan Saudara Adam Khaleef Elyas seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Sabah, alamak gambar tak ada sebab time dia nyanyi Unni sibuk makan!! Hahahahahah..

TAHNIAH PAS KAWASAN TAWAU !!! 
SELAGI ENGKAU BERJUANG MEMPERTAHANKAN ISLAM SELAGI ITU KAMI MENJADI ASKAR MU

Sekian