02 November 2016

Giveaway Come Back By Liza Izaara

http://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.my/2016/10/come-back-by-liza-izaara.html

Jum berGA lagi.. Kali ni GA dating dari Liza Izaara untuk meraikan ''Come Back'' liza kedunia blogger, hampir 2 tahun menyepikan diri dari dunia blog.

Hasil BW semalam jumpa GA ni, yang ni paling senang nak buat semudah ABC juga tapi lagi mudah!! just Klik, follow then komen.. senang tak. Korang tak perlu pun buat Entry sebab dalam syarat tak pulak tulis . Just Klik Banner or sini.

Jum ucapkan '' Come Back'' kat liza.. Support to support..

Salam Sayang

Unni Anje

Note : Contest ini akan berakhir bila-bila masa sahaja.
Pemenang akan dipilih secara rawak dan
hanya seorang sahaja pemenang yang akan dipilih. 
Kalau contest ni meriah lain kali kita buat contest
 dengan hadiah yang best-best lagi ya

All Comments Hide


Moring..!!

Arr masalah baru muncul!!! Kalau hari tu gambar blog error kali ni komen-komen manis korang pulak hide.. hahahaha. Tengok tak gambar tu, kalau dulu ada 16 komen sekarang da 0.

1 komen tu testimoni Unni pagi2 ni [awal pagi meroyan minta pinjam email orang]

Tapi bukan sebab Unni delet tau, mungkin di sebabkan sebelum ni Unni aktifkan comment Google+ sebab tu bila orang komen Unni tak dapat notification kat email. Sekarang baru komen blog kot memang la 0 sebab da unactive comment Google+.

Sedih juga tengok blog tak komen, tapi Alhmdulilah masalah selesai, now orang komen Unni akan dapat notification terus ke email!! Thanks buat semua yang banyak bantu Unni dalam dunia Blogger..

Jasamu dikenang, moga sentiasa dimurahkan rezeki.. Tu je Unni nak meroyan pagi-pagi ni. hahahaha

Salam Sayang

Unni Anje

01 November 2016

Header Comel by Cik Mai



Malam semua..

Kalau minggu lalu Unni dapat template baru yang comel, so hari ni dapat header yang comel plak, kali ni dari Noor Maizan atau lebih dikenali dengan Cik Mai. Kata nya simple je, tapi suka sangat!! Sekali gus jadi cop kat gambar Blog. Da guna kat entry ini.

Setelah 5 kali bertukar header yang entah apa2.. Akhirnya!!!

Agaknya mai perasan kot Unni aysik tukar header..



Ini la Header2 Unni yang entah apa2!! serius memang buta seni Unni ni,jangan ckp seni IT pun sesangat la lemah..


Header asal dr template lama, then guna seketika template baru
Header kedua
Header ketiga
Header keempat

Header kelima

ok done!! hahahahaha Nampak tak buta seni kat situ .. 100% jauh beza dengan mai buat kan.. Alhmdulilah masi ada yang sudi share kebijaksanaan dengan kita. Syukur selalu.. Sayang Mai .

Salam Sayang

Unni Anje

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha


Bismillah..

Harap kali ni link ni menjadi, sebab Unni da buat sampai 6 kali asyik error tak tau kenapa link tak boleh buka. Siap dpt pesanan dr Owner GA.. Tabah la hati..

Korang suka tak bibir yang ohsem?? menawan dan tertawan?? secara free!!! Sebuah lip berharga RM55., macam mana nak dapat secara free benda  mahal tu?? korang kenal la join GA Hanis Zulikha ni. Buat kaum ADAM boleh hadiah kat orang yang tersayang..

Macam mana nak join?? senang jak.. semudah ABC dan sesedap kicap ABC. Klik, Follow then Entry!! ABC x? Boleh klik banner kat atas untuk maklumat lebih lanjut atau klik sini..

Kalau rezeki tak kemana kan.. tak menang pun tak pa, yang penting kita support sesama kawan dan tambah kenalan sesama blogger.. JOIN tau..

Instagram : Unni_Anje << Boleh Follow kalau sudi 
" Random Kindness "
Random kindness!! Bila pikir apa la kebaikan random ni penah Unni buat, tapi ada alkisah yang Unni tak blh lupa sampai hari ni.. Kisah 4 tahun lalu masa Unni masi belajar.

Kisahnya bermula, One day tu Class petang cancle. so habis je class waktu pagi Unni terus balik rumah sewa. Kolej Unni dengan terminal bas balik umah jalan kaki jak dalam 10 minit kot. Dalam perjalanan hampir tiba ke terminal bas berselisih dengan sorang pakcik dalam lingkugan 60an, jalan pun da bongkok.

Pakcik tu bawa barang banyak sangat2, jalan pun macam tak larat, time tu pulak cuaca panas sgt2..maklumlah tengahari kan. Dalam hati ni Ya Allah, keciannya.. Dengan Auto Unni kejar pakcik tu then tanya nak kemana?? Pakcik tu jawab nak balik Umah [Umah dia berdekatan area kolej Unni],dengan slamba badak Unni ambik barang dia, then ckp mari saya tolong,then bagi dia pakai payung. Pakcik tu kata, ndak pa la nak jauh lagi ni takkan anak nak patah balik. Unni just senyum dan bawa barang dia.

Bayangkan la dalam perjalanan 10 minute pun nak berapa kali dia berhenti sebab tak larat da nak jalan, ini kan dengan barang yang banyak. Sampai Unni bawa sembang pun dia tak mampu. Ikut ingatan Unni barang tu macam barang mentah, ikan mentah.

Sampai jak area kolej, pakcik tu kata umah pakcik kat belakang tu da, lepas tu dia siap tadah tangan, Moga Allah murahkan rezeki kat anak. Terharu masa tu.. Dalam Hati amin ya Rabbal. Then Unni bagi barang2 dia dan suruh dia pakai payung tu.

Lepas tu macam tu jak la. berjalan kembali keterminal dengan panas tanpa payung da. Btw alhmdulilah rezeki sentiasa di murahkan. Bila dpt sesuatu rezeki mesti ingat kat pakcik. Entah kenapa. Ok, sekian..

Salam Sayang

Unni Anje


Giveaway tamat: 13 NOVEMBER 2016 
Pemilihan pemenang: 14 NOVEMBER 2016 sehingga 18 NOVEMBER 2016 
Pengumuman pemenang: 19 NOVEMBER 2016

 **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**






Welcome november ~ Minyak dah Naik !!!



Moring November..

Selamat datang ke bulan kenaikan minyak.. Hihihi.. Jangan kata minyak keteta jak naik! minyak masak pun naik tau..Start 1 November 2016.,kadar minyak di Negara kita da naik bajet 2017 kot. Ok la tu semua naik, BR1M naik, minyak naik , basic gaji naik dan harap2 gaji Unni pun naik juga tahun depan.. Hahahaha

Syukur Alhmdulilah la jgk sebab kos sara hidup kat Sabah ni rendah sikit lagi2 kat Tawau ni. Tapi orang-orang KL tu yang tak tau nak cakap apa, sebab Unni penah tinggal sana, memang tau sangat kos hidup kat sana.

Subsidi bagi minyak masak telah dilupuskan, tapi harga bagi 1 paket [1kg] dikekalkan RM2.50. Senarai Kadar Harga Minyak makan mula 1 November 2016




Yang ni pula kadar harga kenaikan minya kereta naik RM0.15..


Apa pun rezeki milik Allah. Moga kita semua dilimpahkan rezeki yang baik dan halal.. Syukur selalu.. jangan susah hati k, semua yang berlaku ada hikmah...

Madah pagi ini, moga kita semua beroleh kebaikkan bersama..



Salam Sayang

Unni Anje