03 August 2017

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Aku Pendosa Tanpa Noktah

     
Diri ini,
tidaklah sebaik yang
engkau ungkapkan,
tidak jua seburuk yang
engkau fikirkan.

Aku hanya seorang pendosa
yang sedang bermujahadah,
yang sedang ingikan Allah di hati,
yang sedang mengejar redha Allah.

Aku malu,
saat aku di anggap baik,
saat aku di anggap soleha,
saat aku di anggap suci.

Sungguh aku malu,
saat aku sebar dakwah,
saat aku buat amal kebaikkan,
orang-orang memuji aku setinggi langit.

Hakikatnya,
aku hanya insan sederhana,
aku hanya seorang pendosa,
seorang pendosa tanpa noktah,
hanya Allah sahaja menutup aibku.

Allahu sungguh aku malu Ya Allah

Aku hanya pendosa,
yang sedang berhijrah,
yang sedang bermusafir,
yang sedang mengejar hidayah,

Maka,
tegurlah aku bukan menghukum
sayangilah aku bukan menfitnah
maafkanlah aku bukan membenci
mudahkanlah aku bukan menyusahkan

Bantulah aku,
kerana aku masih lemah
kerana aku masih terleka
kerana aku masih jauh

Aku pendosa tanpa noktah,
dulu kini dan selamanya,
namun aku ingin kesyurga

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 |

Kisah Tentang Aku

10 comments:

  1. Unni, semoga kita semua berada di jalan untuk ke syurga ..
    doakan mrs pip juga ya Unni ...

    ReplyDelete
  2. Ku juga seorang pendosa...moga Allah terima taubatku....Aamin

    ReplyDelete
  3. Bukan semua pendosa tanpa noktah... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Setiap hari berazam nk berbuat kebaikan tp setiap hari juga tetap membuat dosa. Sedih rasanya tp Allah Maha Pengampun. Jgn terus mengalah. Cekalkan niat dan teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  5. Jika kita tahu diri kita ini bagaimana...
    mari la kita sama² perbaiki diri dan menuju jalan ke syurga..>InsyaÁllah

    ReplyDelete
  6. wahh template baru dah...

    kak ekin tag unni kat giveaway >>>>https://cikash.blogspot.com/2017/08/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html

    ReplyDelete
  7. Sebagai manusia biasa memang selaut dosa rasanya.. semoga Allah mengampunkan dosa Kita semua

    ReplyDelete
  8. moga allah ampunkan dosa kita semua.. aaminn

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. Sangat sebak bila membaca.. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. Amin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^