02 August 2018

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah | Selepas pendakian Bukit Tisop kami memutuskan untuk mandi manda di Air Terjun Madai, merupakan salah satu tempat yang menarik di Kunak Sabah yang terletak tidak jauh dari Gua Madai. Tempat ini merupakan salah satu tempat tumpuhan masyarak Kunak untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Terdapat dua tempat menarik di Madai. Antaranya ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Pengujung yang ke Madai bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi. Selain daripada berpeluang menikmati keindahan air mengalir di kedua-dua tempat ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.


Air Terjun Madai Kunak

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai terletak di Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah 10km dari Pekan Utama kunak kira-kira 15 minit perjalanan dan 89.2km dari Bandar Utama Tawau kira 1 jam 25minit perjalanan. Air Terjun ini merupakan air yang tertinggi air terjun reakasi di Bawah selian Jabatan Perhutanan Sabah dan telah di buka kepada orang ramai pada tahun 1999. 

Air Terjun ini mempunyai ketinggian 40 meter yang terletak di kawasan Hutan Simpan yang mempunyai keluasan 3,436 hektar. Pada mulanya hanya di buka untuk tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan, namun selepas di bangunkan dengan kos RM460 00, ia di buka untuk orang ramail

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Kawasan di lengkapkan pelbagai kemudahan seperti tandas awam, surau, pondok dan kantin. Pelbagai jenis floura juga ada di sini.  Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. 

Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. Namun memandangakn masa kami agak terhad, kami hanya dapat mandi manda di kawasan air Terjun.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Antara 70 orang yang mendaki Bukit Tisop, hanya geng kami sahaja yang singgah kesini. Yang lain memilih untuk meruskan perjalanan pulang kedestinasi masing-masing. Kami mnghabiskan masa di sini dalam lebih kurang jam 5 petang.

Pembayaran untuk masuk ke sini

Dewasa Warganegara Malaysia : RM5.00
Kanak-kanak Warganegara        : RM3.00
Dewasa Bukan Warganegara     : RM10.00
Kanak-kanak Bukan Warganegara : RM5.00

Namun kawasan ini agak tercemar denagn sikap manusia yang tidak bertanggunjawab dan membuang sampah merata-rata tempat. Tapi yang penting air terjun dia memang sangat cantik, walaupun kaehadiran kami air sungai agak keruh kerana hujan pagi tu tapi air sungai tetap selamat dan puas hati.

Kalau datang kunak boleh la singgah sebentar kat sini.


10 comments:

  1. Ya ampunnn rindunya ini tempat, masa dekat jarang mau ke sini bilah sudah jauh baru merindu...

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat jalan jalan tengok keindahan alam. saya suka sangat tempat tempat macamni tapi tulah belum ada rezki lagi nak pergi. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 382

    ReplyDelete
  3. Rindunya aktiviti macam ni..lama x masuk hutan or mandi air terjun.. sobs sobs..

    ReplyDelete
  4. Dah lama Tak Mandi air Sungai bersih macam ni

    Unni tumpuhan tu maksudnya apa

    ReplyDelete
  5. Mesti sejukkkkkk sangat tapi menyegarkan

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing! Very informative! Lan, curiostraveller.com

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Tenang tengok air terjun tu...

    ReplyDelete
  8. Serius cantiknya air terjun tu... rindunya nak rs air sejuk tuuu

    ReplyDelete
  9. Blog yang menarik... semoga terus berkembang... Saya ingin berbagi article tentang Menara Eiffel di Paris di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/06/paris-di-menara-eiffel.html
    Lihat juga video di youtube https://youtu.be/wxxF0VWeFGY

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^