Showing posts with label Air Terjun Sabah. Show all posts
Showing posts with label Air Terjun Sabah. Show all posts

04 August 2018

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah | Lahad Datu memang satu tempat yang amat di kenali oleh sesiapa kerana keindahan alam semulajadi yang kekal terpelihara sehingga hari ini.  Daerah ini. Di tempat ini terdapat puluhan Air Terjun yang wajib kita kunjugi antaranya adalah Air Terjun Begahak yang merupakan antara Air Terjun yang tercantik dan tempat yang menarik di Sabah. Kawasan ini merupakan lawatan kedua unni ke Lahad Datu selepas Air Terjun Taliwas.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Kawasan ini juga di gelar "THE LOST WORLD OF WATERFALL BEGAHAK" kerana keindahan air terjun dan perjalananan untuk kesini agak menarik. Seperti biasa kami geng Tawau menyertai XPDC warga Pencinta Alam Lahad Datu menerokai tempat baru baru sahaja mereka terokai. 

Air Terjun Bagahak Lahad Datu

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun ini terletak di Ladang Bagahak Lahad Datu 43.3km dari Bandar utama Lahad Datu kira-kira 47 minit perjalanan. Ini hanya kiraan Lahad Datu ke simpang pagar masuk Ladang Begahak.  Segala urusan untuk masuk kesini hendaklah melalui pihak Ladang dan sebelum masuk kenderaan akan diperiksan dan di daftarkan dalam rekod keluar masuk Ladang Begahak.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk sampai ke air terjun kami, hendaklah mengunakan kenderaan pacuan 4x4 kerana keadaan yang kurang stabil dan gerabel. Perjalananan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke starting point air terjun.  Boleh bayangkan tak, duduk belakang hilux dengan keadaan berhabuk, terhantuk-hantuk dan sempit dalam lebih kurang 2 jam lebih. Hahahhaha,  sakit jiwa pun ada juga tapi nasib semua geng, so lucu jak. 

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih, kami tiba di starting point air terjun (bukan terus sampai ok). Kali ni cabarannya adalah kami perlu hiking lagi untuk bertemu dengan air terjun. Kami berkumpul di sini sehingga semua kenderaan tiba dalam lebih kurang 10 kenderaan pacuan 4 roda yang menempatkan 9-8 penumpang.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk permulaan kami tak mendaki tapi kami perlu menuruni bukit kat sini.  Macam pelik sebenarnya selalu kita mendaki baru menurun.  Ini tak kami perlu menurun dahulu untuk bertemu dengan air terjun. Apa yang bestnya kat sini terdapat dua jenis air terjun yang cantik.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Ini merupakan air terjun yang pertama lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba di sini. Rehat kejap,ambil gambar dan kami akan meneruskan perjalanan untuk tiba di air terjun seterusnya pula.  Kali ni pula kami perlu mendaki dalam lebih kurang 300m untuk bertemu dengan air terjun yang sebenarnya.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Allhamdulilah kejap jak mau sampai sini, kat sini air terjun dia memang cantik walaupun air sungai agak keruh tapi iya selamat untuk mandi manda.. Air terjun ni agak tinggi tak dapat nak ukur berapa ketinggiannya...  Kawasan air terjun ni juga agak luas dan sesuai untuk mereka-mereka yang mau datang berkelah cuma agak bahaya untuk anak-anak kecik. So kena sentiasa awasi anak anda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Di tengah air terjun ni juga terdapat sebuat terowong atau gua kecil, boleh cuba naik keatas dan bergambar. Pembentukkan alam semulajadi yabg masih tersembunyi dan tidak ramai ya mengenalinya. Mungkin di sebabkan kawasan ini merupakan kawasan laranag orang luar untuk masuk melainkan pekerja ladang. Jadi untuk masuk sini kamu hendaklah menghantar surat kebenarakan kepada pihak ladang dan patuhi setiap peraturan yang mereka tetapkan.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Dalam lebih kurang 2 jam kat air terjun kami pun balik kedestinasi masing-masing. Keadaan hujan renjai-renjai juga tidak mengizinkan kami untuk berada lama di kawasan air terjun untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Untuk masuk kesini kamu hendaklah terus berurusan dengan pihak Ladang kerana permit masuk hanya boleh di luluskan oleh pihak mereka, dan mungkin sedikit bayaran akan di kenakan dan pastikan kamu mrnggunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Banyak lagi tempat di Lahad Datu ni wajib kamu terokai seperti Gunung SilamMenara Kayangan dan banyak lagi la semua pemandagan yang memukau mata dan pasti nak datang lagi.

Boleh follow instagram unni kat side blog dan DM untuk sebarang pertayaan. Sekian dan salam sayang dari saya Unni Anje.


02 August 2018

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah | Selepas pendakian Bukit Tisop kami memutuskan untuk mandi manda di Air Terjun Madai, merupakan salah satu tempat yang menarik di Kunak Sabah yang terletak tidak jauh dari Gua Madai. Tempat ini merupakan salah satu tempat tumpuhan masyarak Kunak untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Terdapat dua tempat menarik di Madai. Antaranya ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Pengujung yang ke Madai bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi. Selain daripada berpeluang menikmati keindahan air mengalir di kedua-dua tempat ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.


Air Terjun Madai Kunak

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai terletak di Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah 10km dari Pekan Utama kunak kira-kira 15 minit perjalanan dan 89.2km dari Bandar Utama Tawau kira 1 jam 25minit perjalanan. Air Terjun ini merupakan air yang tertinggi air terjun reakasi di Bawah selian Jabatan Perhutanan Sabah dan telah di buka kepada orang ramai pada tahun 1999. 

Air Terjun ini mempunyai ketinggian 40 meter yang terletak di kawasan Hutan Simpan yang mempunyai keluasan 3,436 hektar. Pada mulanya hanya di buka untuk tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan, namun selepas di bangunkan dengan kos RM460 00, ia di buka untuk orang ramail

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Kawasan di lengkapkan pelbagai kemudahan seperti tandas awam, surau, pondok dan kantin. Pelbagai jenis floura juga ada di sini.  Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. 

Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. Namun memandangakn masa kami agak terhad, kami hanya dapat mandi manda di kawasan air Terjun.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Antara 70 orang yang mendaki Bukit Tisop, hanya geng kami sahaja yang singgah kesini. Yang lain memilih untuk meruskan perjalanan pulang kedestinasi masing-masing. Kami mnghabiskan masa di sini dalam lebih kurang jam 5 petang.

Pembayaran untuk masuk ke sini

Dewasa Warganegara Malaysia : RM5.00
Kanak-kanak Warganegara        : RM3.00
Dewasa Bukan Warganegara     : RM10.00
Kanak-kanak Bukan Warganegara : RM5.00

Namun kawasan ini agak tercemar denagn sikap manusia yang tidak bertanggunjawab dan membuang sampah merata-rata tempat. Tapi yang penting air terjun dia memang sangat cantik, walaupun kaehadiran kami air sungai agak keruh kerana hujan pagi tu tapi air sungai tetap selamat dan puas hati.

Kalau datang kunak boleh la singgah sebentar kat sini.