Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts

14 September 2017

Lebih 20 orang Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Lebih 20 orang  Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah | ALLAHUAKBAR pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergian lebih 20 pelajar tahfiz yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Hujung.

Innalillahhi Wainnalillahhi Rojiun.. dengan kesayuan hati hanya doa yang mampu kita lakukan. Unni sempat melihat gambar-gambar mangsa yang rentung dalam keadaan masing bedekatan dan berhimpit, dalam kata lain mungkin masing-masing dalam ketakutan.

Sesungguh mati itu pasti dan memberi peringakatan kepada semua, Cukup kematian menjadi peringatan kepada kita semua.

Lebih 20 orang  Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Menurut laporan Berita Harian hari ini di Kuala Lumpur lebih 20 pelajar dan tenaga pelajar maut dan 3 orang lagi dalam keadaan kritikal dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Hujung pagi tadi. 3 orang lagi kini di rawat di Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

Lebih 20 orang  Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Pihak Bomba dan Penyelamat berkata kejadiaan kebakaran bermula dari jam 5.10 pagi tadi yang bermula di atas bagunan. Kini Pihak Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Jika orang syahid dalam dalam medan peperangan dalam mengangkat senjata namun meraka syahid dalam menimbah ilmu Allah.In shaa Allah dengan izinNya. Moga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Moga kelurga mangsa tabah dan redha dengan kehendakNya. Sesungguhnya ujian itu tanda sayang. Allahuakbar Allah Maha Besar.

Al- Fatihah.. Innalillahhi Wainnalillahhi Rojiun




11 September 2017

Sultan Kedah Mangkat, Kedah Berkabung bendera Separuh Tiang

Sultan Kedah Mangkat, Kedah Berkabung bendera Separuh Tiang | 11 September 2017 bersamaan 20 Dzulhijjah 1438H ( isnin ) Perginya seorang hamba Allah, Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada usia 89 tahun jam 2.30 Pm. Sorang Sultan yang di sayangi Rakyat Kedah.

Baginda menjadi Agong untuk kali kedua pada tahun 2012 dan kali pertama pada tahun 1970. Tuanku Abdul Halim mengakhiri jawatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Disember lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V.

Berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah disambut hiba dengan seluruh negeri Kedah kini berkabung dengan bendera negeri di kibarkan separuh tiang.  Dalam suasan cuaca mendung dan hujang di sekitar negeri ini, tinjauan di hadapan Masjid Zahir mendapati bendera negeri diturunkan separuh tiang berikutan berita kemangkatan baginda di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi

Innalilahi Wainnalilahi Rojiun. Moga baginda ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sesungguhnya yang mati itu pasti.


Biodata Ringkas Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim


Tuanku Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927. Pada 14 Julai 1958, Baginda menaiki takhta Kedah selepas kematian bapanya, Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda menjadi Sultan Kedah pada 20 Feb, 1959.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan kemudian pergi ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar.

Pada tahun 1952, ketika Baginda adalah Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Halim menghadiri Kolej Wadham, Oxford, London, menamatkan pengajian sains sosial dan pentadbiran awam.

Tuanku Abdul Halim berkahwin Tuanku Hajah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac 1956, dan mereka diberkati dengan tiga puteri, Tunku Soraya, Tunku Salina dan Tunku Puteri Intan Safinaz. Tunku Salina sudah meninggal dunia.

Sultanah Bahiyah meninggal dunia pada tahun 2003. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Che Puan Hajah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diisytiharkan Sultanah Kedah baru pada 9 Januari 2004, dengan gelaran Tuanku Sultanah Hajah Haminah.

Dengan kemangkatan Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah  Darul Aman Tan Sri Osman Aroff telah mengistiarkan pada hari selasa iaitu 12 September 2017 Masihi bersamaan 21 Dzulhijjag 1438H adalah cuti Pelepasan AM untuk seluruh negeri Kedah Darul Aman, KECUALI UNTUK PEPERIKSAAN UPSR YANG AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA.

Salam Takziah buat keluarga Baginda dan seluruh rakyat Kedah


05 September 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com






25 August 2017

Nasi Lemak Percuma Tiap Hari Jumaat

Nasi Lemak Percuma Tiap Hari Jumaat | Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. Justeru itu, ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah sambil beribadah pada hari Jumaat seperti apa yang dilakukan oleh Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah, Sabak Bernam yang bersedekah nasi lemak setiap hari Jumaat.

Program yang baru dilaksanakan pada Jumaat lepas dibuat di hadapan Masjid Maasumiah untuk penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar. Malah, puluhan bungkus nasi lemak percuma itu habis dalam tempoh yang singkat selepas diletakkan pada pukul 7.30 pagi.

Nasi Lemak Percuma Tiap Hari Jumaat

AJK masjid, Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32 tahun, berkata bahawa program itu bertujuan untuk membantu orang yang tidak berkemampuan serta penduduk setempat yang tidak sempat bersarapan kerana terpaksa mula kerja awal.

“Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan tuntutan solat berjemaah,” katanya.

“Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak kerana ia berada di laluan utama penduduk,” sambungnya.

Menurutnya, pihak masjid turut berbesar hati jika ada pihak yang sudi menyumbang ikhlas untuk menyokong program berkenaan.

“Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Semoga pihak yang menganjurkan program murni ini diberikan rezeki luas supaya dapat membantu lebih ramai yang memerlukan melalui program sebegini.

Sumber : vitdaily.com