Sultan Kedah Mangkat, Kedah Berkabung bendera Separuh Tiang | 11 September 2017 bersamaan 20 Dzulhijjah 1438H ( isnin ) Perginya seorang hamba Allah, Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada usia 89 tahun jam 2.30 Pm. Sorang Sultan yang di sayangi Rakyat Kedah.
Baginda menjadi Agong untuk kali kedua pada tahun 2012 dan kali pertama pada tahun 1970. Tuanku Abdul Halim mengakhiri jawatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Disember lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V.
Berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah disambut hiba dengan seluruh negeri Kedah kini berkabung dengan bendera negeri di kibarkan separuh tiang. Dalam suasan cuaca mendung dan hujang di sekitar negeri ini, tinjauan di hadapan Masjid Zahir mendapati bendera negeri diturunkan separuh tiang berikutan berita kemangkatan baginda di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi
Innalilahi Wainnalilahi Rojiun. Moga baginda ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sesungguhnya yang mati itu pasti.
Biodata Ringkas Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim
Tuanku Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927. Pada 14 Julai 1958, Baginda menaiki takhta Kedah selepas kematian bapanya, Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda menjadi Sultan Kedah pada 20 Feb, 1959.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan kemudian pergi ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar.
Pada tahun 1952, ketika Baginda adalah Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Halim menghadiri Kolej Wadham, Oxford, London, menamatkan pengajian sains sosial dan pentadbiran awam.
Tuanku Abdul Halim berkahwin Tuanku Hajah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac 1956, dan mereka diberkati dengan tiga puteri, Tunku Soraya, Tunku Salina dan Tunku Puteri Intan Safinaz. Tunku Salina sudah meninggal dunia.
Sultanah Bahiyah meninggal dunia pada tahun 2003. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Che Puan Hajah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diisytiharkan Sultanah Kedah baru pada 9 Januari 2004, dengan gelaran Tuanku Sultanah Hajah Haminah.

Dengan kemangkatan Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah Darul Aman Tan Sri Osman Aroff telah mengistiarkan pada hari selasa iaitu 12 September 2017 Masihi bersamaan 21 Dzulhijjag 1438H adalah cuti Pelepasan AM untuk seluruh negeri Kedah Darul Aman, KECUALI UNTUK PEPERIKSAAN UPSR YANG AKAN BERJALAN SEPERTI BIASA.
Salam Takziah buat keluarga Baginda dan seluruh rakyat Kedah
Alfatihah..
ReplyDeleteInsyallah di tempatkan di kalangan orang2 beriman..salam takziah & al-fatihah..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun. Semoga dicucuri ke atas rohnya.
ReplyDeleteKalau budak upsr macam biasa, cikgu pun tak cuti
ReplyDeleteHehe
Patah tumbuh hilang berganti
ReplyDeleteKisah orang dan kisah kita bagaimana penamatnya