Hiking Bukit Panchang Bersama Pejuang Kanser Zaki Bijak | Penghujung ogos yang lalu, Unni menutup tirai bulan ogos dengan hiking di Puncak Bukit sambil merdeka di Puncak Bukit Panchang. HICAM Tawau ( hiking & camping ) telah membuka penyertaan untuk masyarakat tampil memberi semangat dan hiking bersama seorang pejuang kanser yang telah memulakkan pengembaraan jelajah Borneo di Tawau.
Kami bukan nak tumpang ''Glamour '' tapi kami nak tumpang semangat yang ada dengan abg zaki ni kalau boleh nak minta semangat tu. Biar kami semua tak putus asa dengan dunia.
Kami bukan nak tumpang ''Glamour '' tapi kami nak tumpang semangat yang ada dengan abg zaki ni kalau boleh nak minta semangat tu. Biar kami semua tak putus asa dengan dunia.
Allahamdulilah perancagan Allah SWT sungguh indah di mana unni bersama sahabat lain dipertemukan dengan seorang insan seribu dalam satu Pejuang Kanser yang mengembara dengan Mesej '' Kanser Bukan Tiket Untuk Mati '' . Baca kat sini Pejuang Kanser Jelajah Borneo dengan RM1. Nak tengok kisah perjalanan abg zaki boleh la Follow Facebook abg zaki Bijak.
Pertemuaan pertama bersama abg Zaki ini memang Nampak macam orang yang sihat walafiat malah lebih dari kita yang sihat. Dengan semangat dan kecekalan yang tinggi abg zaki berani mencabar diri jelajah borneo hanya dengan bekalan RM1. Allahuakbar hanya Allah yang mengetahui di sebalik seribu satu penderitaan abg zaki.
Kami berkumpul di Lobby Bukit Pancang seawall jam 6.00AM dan dan tepat jam 7.00 AM kami akan memulakan pendakian. Allahmdulilah pada pagi itu cuaca amat menyebelahi kami semua. '' Muslimah hikers'' dan Hiking & Camping Tawau HICAM bersama Zaki Bijak Menuju Puncak dan merdeka di puncak Bukit.
Memandangkan Bukit Panchang merupakan bukit umum dan kesemua adalah para hikers yang biasa, maka kami meneruskan perjalanan selepasa bacaan doa tanpa sebarang taklimat perjalanan. Semangat yang berkobar-kobar kerana dua perkara pertama sebab bersama seorang yang amat kami kagumi abg zaki dan ingin megibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di Puncak Bukit Panchang sempena Hari Kemerdekaan Ke-60.
Kisah hiking Unni paling sedih kat sini. Mungkin di sebab kan '' OVER EXCITED '' ambi ko baru separuh jalan dan semput. Tetiba rasa give up nak teruskan sampai ke atas. rasa semput, mual nak pintam semua ada.. Mula-mula kami mendahului kawan-kawan lain namun hampir 50% perjalanan kaki seperti tak mampu melangkah lagi, tu akibatnya over sangat. Sarapan pun tidak. Dalam rasa give up nak teruskan perjalanan abg zaki yang di iringi abg L ( tepi kiri ) pun mendahuli kami dan sempat singgah bergambar. Padang dia terus bisik kat Hati '' Ya Allah lemahnya aku Ya Allah '' dan ku gagahkan kami melangkah. Jejak abg zaki dan abg L pun lesap.
Baru Unni sedar kehebatan bukan pada diri kita, kekukatan bukan pada diri kita, kemampuan juga bukan pada diri kita. Namun kehebatan, kekuatan dan kemampuan sebenarnya adalah pada kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Buktinya seorang Pesakit Kanser Tahap 3 Mampu mendaki 1.8KM mendahului orang-orang yang sihat walafiat dan tegar hiking. Bukan memuji tapi itu la realitinya. Letakkan Allah yang pertama nescaya kamu akan Berjaya dunia akhirat.
Allahamdulilah, Subhanallah, Allahuakbar, Laillahaillah dengan izin Allah SWT . Sampai jugak kepuncak. Walaupun mengambil masa hamper 1 jam untuk sampai. Sebelum jam 8.00AM kami semua tiba di puncak dan tiba la masa mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah. Tak Lupa juga bendera negeri kelahiran Abg Zaki Pahang Darul Makmur . Btw Unni pun terus lupa asal usul, Bendera sabah letak tepi semangat pegang bendera Pahang, Maklumlah jarang-jarang jumpa. Hahahaha.
Sampai Puncak adalah satu kepuasan bagai seorang hikers. Puncak adalah kemenangan. Sakit bukan penghalang untuk segalanya, sakit bukan bermakna kematiaan. Namun sakit itu adalah ujian dari Allah SWT. In shaa Allah. Sesungguhnya Ujian itu tanda Allah sayang kepada Hamba-hambaNya.

Muslimah Hikers hanya berlima kali ini, memangkan yang lain terpaksa berkerja ( tapi untung la gaji double-double ) hahahahaha. Dan mereka tinggalkan pesanan buat abg Zaki bijak
'' Be Strong, Allah With Us '' - Murni ( Tudung Hitam dari kiri )
'' Bangkit dan terus berjuang!!!! teruskan perjalanan dan tambahkan semangat. Doa kami mengiringi '' - Nana
'' Bangkit dan terus berjuang!!!! teruskan perjalanan dan tambahkan semangat. Doa kami mengiringi '' - Nana
''Doa, usaha dan Tawakal In shaa Allah meraih kejayaan!! Teruskan melangkah walaupun terpaksa merangkak, pasti akan merasai nikmatNya jika tidak di dunia pasti akhirat menanti.. Allah sentiasa bersama. Moga sentiasa dalam jagaan Allah SWT ''- Unni
Sabda Rasulullah SAW,
"Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata; kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki. sesungguhnya 'kalau' itu membuka peluang syaitan bertindak". HR Muslim
''Walau apa sekalipun yang terjadi, bangkitlah dan tetap semangat! Dunia zaman sekarang tiada siapa yang sudi menghulurkan kekuatan melainkan diri kita sendiri. Ayuh bangkit dan tetap semangat! Allah ada dan sentiasa ada dengan kita '' - Juju ( sebelah amira )
''Kepada abg zaki bijak, semoga terus kuat dalam mengharungi segalanya. Anda memberikan inspirasi kepadd kami untuk terus melangkah dengan positif setiap hari '' - Amira ( Tudung Kuning dari kanan )

Ada jodoh ketemu lagi.. Moga dipermudhkan segalanya.. Hiking, kawan baru dan kenikmatan iaitu la para hikers. Its Me Hikers Tegar yang lemah.
wow... interesting xtvt
ReplyDeletewah..terbaik Unni...utk Zaki Bijak semoga dia sembuh dan dipermudahkan segala urusannya
ReplyDeleteLawanya semua gambar ni.. Terbaik #cancerbukantiketuntukmati
ReplyDeletebawa bah sy p bukuit pancang,... X penah naik lg :p
ReplyDelete