15 September 2017

Perginya Permata keluarga

Perginya permata keluarga | Hari Raya Aidiladha di mana orang ramai menyambutnya dengan hati gembira, bermaaf-maafan dan kunjung-kunjungan, namun tidak buat kami sekelurga. Pagi raya mendengar tagisannya yang begitu sagu membuat kami semua resah. Hari ini sungguh aku rindu tangisan itu..

Allahuakbar sungguh kematian ini sangat menyentuh jiwa. Tagisan sebagai penawar. Mati itu pasti, cukup la kematian menjadi peringkatan kepada kita semua. Di kejar ke Hospital Tawau selepas solat raya Aidiladha dan selepas solat jumaat kami kehilangannya.Allahuakbar hanya Allah yang mampu memahami.

 Perginya permata keluarga

Genap 11 bulan dia pergi meninggalakn kami semua. Muhammad Danish Asraf Bin Achmad Lamong di lahirkan 1 Oktober 2016 ( 1 Muharram 1438H ) dan di jemput ilahi pada 1 September 2017 ( Aidiladha 1438H ), merupakan anak ke dua abg sulung Unni. Raya di kunjungi jiran-jiran tetangga, tapi bukan untuk beraya tapi untuk menziarahi dan ucapan tahziah.

5 Tahun Lalu, Semasa Unni masih belajar semester tiga ( dalam meduduki Mid sem) Unni di kejutkan dengan berita pemergiaan seorang Insan yang aku sayang.. AYAH... Aidiladha 1438H di mana orang tengah berhari raya, sekali lagi Unni di kejutkan dengan pemergiaan anak buah..Allahukabar tiada yang mampu ku ucapkan di hari raya. Ya Allah dugaan kehilangan orang-orang yang di sayangi sungguh memeritkan.


 Perginya permata keluarga

Moga Allah redhakan kelurga kami.. Gelap 11 bulan tahun depan nak ulang tahun yang ke satu tahun .. Namun Allah lebih meyayanginya... Di hari Jumaat barakah Allah menjemputmu sayang.. Tunggu kami kat syurga sayang. Moga Allah kuatkan abang dan kakak ipar Unni dalam menghadapi ujian. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Tenanglah dikau di sana anak auntie.. Anak syurga. Sungguh kami merindui tagisan mu dan tawamu. Doakan kami bersama mu di syurga. Amin amin ya rabbal.

Inna lillahi wainna ilaihi rhojiun.. Al-Fatihah.
Muhammad Danish Asraf 11 Bulan.

6 comments:

  1. Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi ...

    ReplyDelete
  2. Alfatihah...semoga Unni dan keluarga tabah menghadapi kehilangan..insyaallah arwah menanti di syurga...

    ReplyDelete
  3. Innalillah. Semoga uni dan keluarga tabah

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainna ilahirojiun...salam takziah unni dan kluarga

    ReplyDelete
  5. Great blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere? A design like yours with a few simple tweeks would really make my blog stand out. Please let me know where you got your theme. Thanks a lot
    24k gold serum rawalpindi

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^