23 September 2017

Bukit Akar Tinagat Tawau

Bukit Akar Tinagat Tawau | Assalamualaikum, entry yang kubur kini terupdate, di sebabkan masa yang begitu padat. Tak tahu la apa yang padat sangat ni, hihihihihi.. Hiking Bukit Akar Kinabutan merupakan misi Ogos buat 1 Hill 1 Month bagi muslimah hikers. Allahmdulilah misi ogos unlock !!! Destinasi kali ini adalah bukit ini yang memang sangat-sangat mencabar stamina dan minda.

Bukit ini merupakan Bukit ke 5 buat muslimah Hikers. Moga misi kami tahun ini berjalan terlaksana dengan jayanya.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Bukit Akar diberi gelaran oleh para hikers Tawau kerana laluannya yang mempunyai akar-akar yang besar. Misi ke Bukit Akar ini kami mempunyai tiga misi iaitu mencari bangkai kapal terbang Jepun, Air sungai yang jenih berwarna putih dan Puncak Bukit Akar. Semua ada di dalam Hutan Bukit akar ni.

Perjalanan mengikut kiraan laluan kami adalah 7.2KM dari starting point dan kembali ke starting point. 

Bukit Akar Tinagat Tawau

Bukit Akar Tawau terletak di Tinagat 10KM dari bandar Tawau lebih kurang 15 minit perjalanan, masuk simpang batu 6 Jalan Apas Tawau dan jalan terus sampai jumpa Tokong ini ( belakang pic kami ). Tokong ini merupakan starting point untuk naik ke Bukit Akar. Para hikers di nasihati untuk naik kesini ditemani orlah hikers yang betul-betul tahu jalan sebab trail kurang nyata.

Di hadiri seramai 15 muslimah Hikers dan 5 orang Guide. Pada perancangan awal kami akan memulakan pendakian tepat jam 6.30 namun sesuatu yang tidak terduga berlaku di mana van yang kami sewa mogok di tengah jalan, makan mengambil sedikit masa. maklumlah kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. Tepat jam 8.00 pagi kami memulakan pendakian setelah taklimat oleh guide kami. Guide di ketuai oleh Abg Jenal ( Baju hijau di kiri )

Bukit Akar Tinagat Tawau
Batu Buaya Bukit Akar Tinagat Tawau
Perjalanan pada mulanya agak santai dan kebanyakakn jalan yang mendatar. Rezeki kami sebab keadaan baik pagi tu so jalan agak kurang licin. Tempat kami bergambar ni merupakan Batu Buaya. Betul bentuknya seakan-akan bentuk Buaya. Lengkap kepala, badan dan ekor. Keadaan batu pun seperti bersisik buaya. Subahanallah tiada yang mampu kita ragukan dengan ciptaanNya.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Check Poiny pertama kami berhenti. Bukit akar merupakan satu bukit yang terletak di dalam hutan. Baru-baru ini adalah 6 remaja di jumpai sesat kat hutan ni. Sesat bukan sebab apa, sebab diri sendiri yang berlagak hero dan heroin. Rasa nak marah pulak.. HAHAHAHAHAH.. Itu la akibatnya tak nak mendengar nasihat lepas tu menyushakan semua orang.

Naik bukit dalam hutan tanpa kelengkapan hiking, lepas tu naik time petang-petang pulak tu. Ada pendaki suruh mereka turun tapi mereka tak hendakan, malam memang la tak nampak apa pun.. Nasib la pihak Bomba berjaya jumpa dorang kalau tak.. Emmmm. Sebab tu kalau masuk hutan kena hormati peraturan dan dengar cakap!! Stress pulak.. 

Masuk Hutan wajib ikut peraturan. Jangan berlagak hebat if dalam hutan ok.. Letakkan bergantungan sepenuhnya dengan Allah SWT.. In shaa Allah.. Opss kat sini banyak akar panjang dari atas yang terjuntai-juntai so boleh main macam tarzan-tarzan tu. Kami sempat juga cuma gambar di rahsiakan. Hihihihii

Bukit Akar Tinagat Tawau

Sebenarnya tempat ini yang membuat unni tak sabar naik ke Bukit Akar. Ini bukan sebarangan besi ok, ini merupakan Bangkai Kapal Terbang Tentera Jepun. Buat masa ini pihak arkib dalam proses membawa balik bangkai ni. Allahmdulilah kami berpeluang datang sebelum pihak arkib datang kesini.

Untuk laluan kesini adalah di rahsiakan oleh Abg Guide kami ( orang yang menjumpai bangkai ini ).kami pun tak boleh hafal laluan kesini. Allahmdulilah team kami dipercayai untuk datang kesini.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Selepas ke trail Bangkai Kapal Terbang kami pun meneruskan perjalanan kepuncak. Cabaran pertama yang kami hadapi adalah laluan ini. Di mana keadaan memang agak curam dan kami hanya bergantung sepenuhnya dengan tali. Its ok atas bawa ada abg Gudie menjaga kami. Kat sini sorang demi sorang kena turun dengan dua bantuan tali yang disediakan.

Kat sini kami agak lama menanti kerana bertembung dengan team lain iaitu adik-adik dari Pusat Tuisyen Akedemik Tawau dalam lingkungan 30 orang so dalam 10 minit kami memberi laluan kepada mereka memulakan perjalanan dalam masa menanti kami pun membuat sedikit pengisia tentang apa di rasai sepanjang perjalanan sampai kesini.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Ini lah sebabnya kenapa Bukit Ini di namakan bukit akar. Banyak akar-akar besar disini. cuba perhatikan gambar ini, satu laluan ( lorong kecil ) untuk laluan kepuncak. Hanya berpaut pada akar-akar yang ada. Semua akar-akar besar tau. Satu lorong yang hanya cukup untuk 1 orang.

Kat sini memang akan guna kekuatan dan kemahiran memanjat kamu, ada juga tali di sediakan.Nasib la kecil-kecil dulu jaguh panjat pokok so besar-besar ni memang tak ada masalah.

Bukit Akar Tinagat Tawau

View dari pandangan atas. Hanya satu lorong kecil. Gunakan sepenuh tenaga dan kehebatan memanjat kat sini. Ada abang Guide menanti9 di kawasan ni. Buat yang tak mampu, guide akan tarik dengan sepenuh hati. Sebab tu perlukan orang yang berpegalaman.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Allahmdulilah dengan izin Allah SWT kami semua berjaya sampai kesini. Dengan kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke -60 Tahun. Jam 12.20 kami sampai kesini dan kedengan azan Zohor kami berada di puncak. Keadaan jangan cakap lah memang panas tahap dewa. Kami hanya mengambil beberapa minit untuk berehat dan mengambil gambar sebelum meneruskan perjalanan kembalik ke starting point pagi tadi.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Bukit Akar Unlock untuk misi 1 Hill 1 Month For Ogos yang membawa tema jalur Gemilang !!! kamii tak ramai tapi kami ada. Tiada perkara yang mustahil untuk di kecami hanya Usaha, doa dan tawakal yang menemani.Walaupun kami di pandang serong sesetengah masyarakat kerana membawa nama Muslimah. Muslimah bukan sekadar tahu tentang agama tetapi harus tahu tentang dunia. Seimbangkan dunia dan akhirat yang utama dan lebihkan akhirat.

Bukit Akar di tulis pada puncak batu Bukit Akar. No signboard kerana ada segelintir masyarakat Tawau ni kurang bertamanduan sikit. Kejap je signabout boleh hilang macam kisah Bukit Panchang da dua kali dorang jadikan signboard tu jadi kayu api. Sabar jak la.

Bukit Akar Tinagat Tawau

View yang paling indah di bukit akar, laut tetap kelihatan walaupun di temani pokok-pokok besar. Subhanallah indahnya ciptaan Allah SWT. Tiada nikmat yang mampu kita dustakan. Setelah selesai sesi bergambar kami pun meneruskan perjalanan turun kebawa tepat jam 12.40PM.

Kali ini kami turun mengunakan laluan yang berlainan yang mencabar jugak la sepanjang.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Sebenarnya laluan untuk turun mempunyai dua laluan, satu laluan mudah dan kedua laluan mencabar so kami memilih laluan mencabar. Hihihihihihi. Laluan mencabar ini akan menuruni jalan curam sepanjang 2KM tanpa jalan mendatar.

Pegalaman kali ini memang memberi unni saribu satu pengalaman. Untuk sekian kalinya unni tewas di bukit akar. Akibat silap diri sendiri. Kamu di nasihatkan kamu beli kasut BADEL sila jahit terlebih dahulu sebelum memakainya. Jangan jadi macam kes Unni tapak kasut tertanggal . Memang jalan agak licin. Dalam pendakian ini kasut amat memainkan peranan penting dalam pendakian kita. Sebab tu kita di galakan memakai kasut yang bersesuaian.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Tara !! antara kenapa kami memilih laluan yang susah kerana sungai ni.. Air sungai ni sangat jernih tetapi warna putih susu yang cair. Jarang dapat temgok air sungai warna macam ni, bukan jarang tapi tak pernah langsung pun.. Hihihihihi.

Bukit Akar Tinagat Tawau

Tips Mendaki Bukit Akar Tinagat


  1. Bawa guide yang betul-betul berpagalaman
  2. Bawa bekalan air dan makanan
  3. Pastikan kamu naik pada waktu siang da turun sebelum waktu gelap
  4. Pakai kasut yang bersesuaian.
  5. Hormati peraturan hutan. Jangan buat bising, buang sampah sesuka hati dan teriak-teriak.
  6. Jalan sentiasa dalam berpasukan.
Selamat mendaki semua.




3 comments:

  1. mesti best kan kat sana..ramai kawan kt sabah tp xbkesempatan nk p sana lg..teringin nak pegi..

    ReplyDelete
  2. best la unni. batu buaya, bangkai kapal terbang, air sungai macam susu....ajaib sungguh SubhanAllah!

    ReplyDelete
  3. Salam unni, terima kasih kerana post yang sangat informative. Unni boleh share contact number guide? Bercadang untuk hike next month.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^