10 September 2017

Resepi Sambal Kemiri Makanan Penambah Selera

Resepi Sambal Kemiri Makanan Penambah Selera | Sambal kemiri merupakan makanan wajib ada di rumah Unni. Penyediaan yang sangat mudah dan senang. Kemiri juga di kenali sebagai buah keras atau dalalm bahasa english dikenali sebagai Candlenut. Bagi peminat makanan pedas pasti lada menjadi menu wajib setiap hari.

Menu ini merupakan menu dari mak Unni sendiri. Yang pastinya memberikan rasa yang sangat mengegat lidah dan selera makan yang bertambah-tambah. Sesuai di makan dengan segala bentuk makanan. Dengan ikan goreng, bakso, sup dan sebagainya.

Resepi Sambal Kemiri Makanan Penambah Selera
Sambal Kemiri

Resepi Sambal Kemiri


Bahan-bahan

1. Lada 1 genggam
2. Bawang Putih 5 ulas
3. Bawang merah 2 ulas
4. Kemiri 2 biji
5. Sedikit minyak
6. Sedikit Air
7. Garam secukupnya

Cara membuatnya

1. Lada, bawang putih, bawang merah dan kemiri di cuci terlebih dahulu kemudian tumbuk kesemua hingga lumat ( kalau malas boleh juga blande namun rasanya tidak sama seperti di tumbuk ). 
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit air tunggu sampai mendidih kemudian masukkan kesemua bahan yang di tumbuk tadi.
3. Gaul sehingga air kering, kemudian masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga lada betul-betul masak.
4. Siap untuk di hidangkan.

Nota tambahan.

1. Mak unni merupakan seorang yang suka kekalkan ciri masakkan kampung. Kalau masak di lebih galakan bahan-bahan di tumbuk jangan blende sebab akan menghasilkan rasa yang berlainan ( di tumbuk lagi sedap ) begitu juga kalau membuat kek, pengunaan mixes memang tak di galakkan.
2. Tujuan letakkan air terlebih dahulu sebelum minyak adalah bagi mengurangkan kamu bersin-bersin ketika menumis lada. Petua yang mak Unni ajarkan.
3. Pastikan tumisan lada betul-betul masak agar lada tahan lebih lama ( tidak mudah basi ) walaupun sudah 2 3 hari.

Ini la makanan wajib unni setiap hari. Wajib ada pedas. Selamat mencuba 


7 comments:

  1. Rajinnya Unni masak...Boleh kahwin sudah ni..Hihiihi..

    ReplyDelete
  2. Wah sambal kemiri ya

    tak pernah cuba lagi

    selalu makan sambal tumis dan sambal gesek je

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat berempah ya sambal ni

    Pakai buah pala lagi

    Hmm.

    ReplyDelete
  4. Resepi tradisional Sabah ke ni? Abe kie cuma reti buat sambal mangga (pauh) je. Ada entri ni di blog abam kie. Nanti boleh tukar2 resepi kan? Tq.

    ReplyDelete
  5. Asalkan pedas dan menambah perasa dalam makanan tanpa gula, garam dan minyak berlebihan

    Ibu makan je

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^