Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven Tempat Menarik Di Sabah | Assalamualaikum, Setelah hampir tiga tahun unni craving tempat ini, Allahmdulilah Hari Malaysia ke-54 hajat unni dapat di tunaikan. Full gembira tak terkata hatini. Selepas Program terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas, kami berkesempatan singgah ke tempat ni salah satu tempat yang menarik di Sabah.
Menara Kayangan juag dikenali sebagai Tower Og Heaven ( dalam bahasa english ) ini memang menjadi tumpuhan di sini kerana merupakan satu satu tempat yang menarik di Daerah Lahad Datu. Kalau sebut pasal Lahad Datu mesti ramai yang akan takut nak datang sini, maklum lah Lahad Datu pernah menjadi tempat perintah berkurun kerana pencerobohan Sulu. Kamu tak tahu Lahad Datu ni tempat yang sangat indah dan tenang. Jauh dari kesibukan bandar, lalu lintas hanya kehijauan menemani. Indahnya Bumi Allah. Kampung-kampung lagi indah dari kemodenan.
Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven
Menara Kayangan Lahad Datu atau ''Tower Of Heaven'' terletak di Silam Lahad Datu. 26KM dari Pekan Utama Lahad Datu dan 143KM dari Bandar Tawau. Tempat ini berada betul-betul di tepi jalan, satu lalu pergi ke Kota Kinabalu. Dan disini la check point untuk ke Air Terjun Taliwas.
Satu ketika dahulu sebelum tempat ini di ambil alih oleh pihak Hutan Simpan, kawasan ini merupakan kawasan tumpuhan para perosak negara. Hahahahahah, kaki botol, kaki dadah dan seumpanya akan lepak di atas sini untuk melakukan aktiviti mereka. Sebab itu Wujudnya nama KAYANGAN.. Bila dah gembira, syok menghayal mereka seakan-akan berada di kayangan. Info orang-orang sini tapi tak sure betul atau tidak.
Untuk masuk kesini perlu bawa kereta, tapi ada juga orang-orang jogging kat sini. Jalan kat sini memang agak sempit dan agak bahaya sedikit. Dari signboard menara kayangan sampai kepuncak adalah 10KM. Kami guna myvi jak, tapi bukit dia memang tinggi. Kawan yang drive pun bergegar lutut. Tapi Allahmdulilah selamat juga sampai.
Make sure naik sini jangan laju sangat sebab keadaan jalan pun agar rosak. Parking kat atas ni sangat-sangat limit so memang di hadkan orang yang naik keatas mybe dalam 10-15 kereta jak boleh parking. So kena tunggun kereta turun dan kereta seterusnya untuk naik.
Sampai kat atas memang rasa WOW. View sangat-sangat dan sangat cantik. Kat sini ada tempat duduk di sediakan. Boleh rehat sambil menikmati pemandangan laut yang sungguh indah.. Memang tenang sangat. Kami yang lapar dari Hiking 5.5KM pun tak rasa lapar lepas tengok view kat sini. Padahal selepas hiking tadi bukan main mengadu semua kelaparan.
Pasal kisah kelaparan ni sedih betul, lepas program team kami terus bergegas untuk tunaikan solat Zohor jamak dengan Asar sebab jam menghampiri 3 petang. Lepas solat tapau da habis ( sebab ada insan mungkin kelaparan ambil 2 tapau ) husnozon saja la.. Pihak pengajur memang rasa serba salah sangat so duit kami kena refund . Hahahahahha.. Tapi percaya lapar itu hilang setelah kami sampai kesini.
View dari tempat tempat rehat.. Memang sangat cantik. Tak boleh ambil full view sebab banyak sangat pokok menghalang pandangan so kena la naik puncak menara kayangan.
Ini adalah menara yang paling tinggi if nak menikmati view full yang cantik kena la naik sini.. Naik tangga kamu banyangkan la kamu naik tangga rumah 7 tingkat, macam tu la tingginya. Kalau yang gayat tu mesti gegar kaki.. Hahahahaha. Time kat atas kamu boleh rasa menara ni macam bergoyang. Tapi jangan risau sistem keselamatan memang lengkap. Pagar besi lengkap di pasang.
Tak boleh pandang bawa sebab semua kawasan berpagar di atas macam dalam penjara tu. cuma satu ruangan untuk ambil gambar sahaja, ngam-ngam keluar kan tangan dan hp ruangan tu.
Pemandangan Dari Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven
View dari atas Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven |
View dari Kanan Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven |
View dari kiri Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven |
View Belakang Menara Kayangan Lahad Datu - Tower Of Heaven |
Memang menjanjikan kepuasan naik ke menara ini walaupun terpaksa naik tangga lebih kurang 7 tingkat. Unni pun semput juga naik sini, tak biasa sangat dengan pendakian mengunakan tangga. Udara jangan cakaplah memang nyaman. Tenang sangat tengok kebesaran Allah SWT. Allahamdulilah Subhanallah Allahuakbar. Moga kita menjadi manusia yang setiasa bersyukur dengan CiptaanNya. Bukan semua mampu dan berpeluang merasainya.
''Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir''.- Ar-ra’d ayat 3
Sungguh tak terduga sini adalah starting point untuk ke Gunung Silam!!! Ya Allah tahap craving tu makin meronta-ronta. Nasib kami perlu teruskan perjalanan kembali ke Tawau 143KM, kalau tidak memang da kena redha Gunung Ni. Trail pun nyata. Maklumlah semua first time datang sini.
Its ok ambil seru dulu bergambar-gambar. In Shaa Allah ada jodoh bertemu di Puncak Gunung Silam. Serius baru tahu kewujudan Gunung Silam ni. Kat Sabah ni terlalu banyak Gunung so susah nak kenal pasti semuanya melainkan gunung-gunung yang terkenal. Lock list Gunung Silam 2017. Hahahahaha.
Tempat ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk seperti berikut.
Malaysian (Dewasa) - RM5
Malaysian ( bawah 17) - RM3
Non-Malaysian ( dewasa ) - RM15
Non-Malaysian ( Bawah 17 ) - RM7
So kalau nak ke Kota Kinabalu atau ke Tawau, kamu akan melalui kawasan ni so boleh la singgah sini cuci-cuci mata dan rehatkan minda. Lokasi betul-betul di tepi jalan. Dont worry signboard banyak disediakan. Memang tak akan sesat. Jadikan ia destinasi wajib kamu if datang ke Sabah.
We Love Sabahan..
Subhanallah...cantik sungguh pemandangan
ReplyDeletemenarik.:)
ReplyDeleteUnni, menariklah tempat ni ...
ReplyDeleteAla, knapa la time kak pip kerja di Kunak, ndak tau tmpat ni ada, huhu...
bila la nak sampai ke sabah ni. tak pernah sampai lagi. boleh masukkan ni dalam list sabah ni
ReplyDeletecantiknya pemandangan..bila nak sampai sabah ni...huhu..salam kenal awak. jom ler ke http://cararesepi.blogspot.my. Jangan lupa tinggalkan komen tau..hmm..kalau tak kisah, masukkan lah blog saya lam bloglist awak ye...
ReplyDeletecantiknya view unnie!! echa blm sampai lagi lahad datu ni. penah pegi ke sandakan n kundasang ja masa study di kk dulu.
ReplyDelete