18 September 2017

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54 | Sempena Hari Malaysia ke-54 iaitu 16 September 2017 unni bersama geng Muslimah Hikers berkesempatan unutk menyertai program yang telah di anjurkan oleh Hikers Lahad Datu. Merupakan program pertama Muslimah Hikers ke Tempat orang. Iya lah biasanya hanya hiking di Bukit-bukit Tawau.

Hanya di sertai seramai 6 orang. Bilangan yang menyertai bukan penghalang untuk kami meneruskan misi ini. Walaupun mengambil masa 2 jam lebih untuk drive kesana. Guna Mayvi je kami sumbat 6 orang!! Allahamdulilah kehadiran kami di sambut baik oleh hikers Lahad Datu.

Baru-baru ini pada Hari Kemerdekaan Ke-60 Tawau telah membuat anjuran Merdeka Di Puncak Bukit Sempena Bulan Kemerdekaan ke-60 yang telah di adakah di Bukit Pachang. Kali ini Hari Malaysia Pula merdeka di Dalam Hutan Taliwas !!! Hihihihihi

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Mizma Appehdullah  ( tudung kuning ) Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam. Dalam ucapan beliau berkata :

''Kepada adik-adik untuk menerokai Lahad Datu bukan sahaja dgn kudrat dan pandangan mata, mereka mesti melihat dgn matahati yANg tajam agar menjadi belia yang berperanan di atas pentas pembangunan Lahad Datu''. 

''Belia yang dinamik adalah harapan inti kepada kekuatan Lahad Datu untuk terus menjadi sebuah daerah yg bersaing dan maju dgn kualiti Tinggi warganya''

''Belia Lahad Datu harus punya keterampilan dan keyakinan serta berakhlak mulia sebagai cerminan kepada Lahad Datu d masa depan, Kita buktikan kepada Masyarakat luar bahawa Lahad Datu ini aman bukan seperti yang mereka war-warkan''.

''Bahawa Muslimah bukan sahaja di masjid atau acara-acara keagaman, hari ini terbukti mereka adalah lasak. Mereaka adalah package yang seimbangkan dunia dan akhirat''.

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Penganjur  Program Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas
Barisan Para penganjur program bersama Puan Mizma Perasmi program kali ini. Terbaik hikers Ld ni. Memang sporting. Kami di sambut dengan baik, siap suruh kami open List untuk dorang datang Tawau pulak. Yang Tudung oren tu merupakan ketua Program kali ini Cik Fea.

Unni tak ingat sangat nama dorang semua. Yang ingat Kasim ( No2 dari kiri ), Aya ( No3 dari kiri ), Fea ( no6 dari kiri ) dan Lee ( no2 dari kanan ). Maafkan hamba, ingatan kurang sikit bab ingt nama orang ni.

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Telah disertai seramai 117 Para Hikers termasuk pasukan sukarelawan PDRM, IPD dan Ranger Perhutanan Taliwas. Bukan sahaja hikers Lahad Datu dan Tawau yang hadir, namun mendapat sambutan oleh hikers Sandakan. Pengalaman, kenikmatan dan sabahat.

Program kali ini mereka buat kelainan sikit, di mana para hikers akan diagi-agikan kepada kumpulan-kumpulan kecil seramai 10 orang, wajib ada lelaki. Yang akan di ketuai oleh PDRM, IPD dan Para Penganjur. Manakala Ranger akan bertanggunjawab menjaga semua para peserta di mana meraka akan berada di setiap bahagian, bahagian hadapan, tengah dan belakang.

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Allahmdulilah berjaya !!! 5.5KM dengan jayaanya. Kenangan Lahad Datu. Walaupun hanya sekeping kertas namun seribu satu kenangan manis dan pahit kat sini. Btw Apa pun yang kita lakukan niat kerana Allah SWT . Jaga batas pergaulan dan tunaikan yang wajib, In shaa Allah apa yang kita lakukan tak sia-sia.

Trail ke air terjun ni nanti unni update yer ..

Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Hutan Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Kami anak jati Sabahan !!! We Love Sabah.. Negeri yang Indah Aman dan Makmur .. Negeri Dibawah Bayu!!!

Selamat Hari Malaysia Ke-54


4 comments:

  1. Bestnya tgk unni aktif hiking sana sini. Bila lah kak ana nk g hiking pula ni

    ReplyDelete
  2. di sabah memang banyak tempat menarik. saya tau sebab saya dulu kerap ke sabah.

    thanks kongsi maklumat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^