Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

13 April 2017

BBQ At Ceasers Place Kundasang, Ranau

﷽

‎  
Assalamualaikum,

Entry yang yang tenggelam kini timbul..Hahahahaha, Boleh baca kat SINI tentang Ceasers Place. Selepas pendakian Gunung Kinabalu tahun lalu, kami sempat melawat beberapa tempat kat Kundasang, so pada malam terakhir kat sini kami semua da sepakat nak buat BBQ sebab keperluan semua lengkap disediakan pihak Homestay.

Selepas balik dari melawat sebahagian tempat di kundasang ( entri masih tenggelam ) kami singgah di sebuah pasar raya membeli keperluan BBQ. Buah-buahan tu kami beli kat SINI. 

Seperti sedia maklum kat Kundasang ni sejuk dia memang tahap gila-gila lagi-lagi bila da malam, so sweater memang tak tanggal la..Kami gadis-gadis hanya ikut arahan jak apa perlu di buat oleh chef kita ni.. Sebab memang fail bab masak-masak ni, kalau makan tau la.

Perkara yang kamu harus tabah kalau nak BBQ kat sini adalah menghidupkan api!!! Sangat-sanagt menguji kesabaran.. Api susah nk hidup dengan keadaan sejuk ( angin kuat ) so bertabah kamu seperti Aiman kat atas.

After 20 Minute pun api still tak hidup2.. See Aiman dari pakai sweater sampai buka sweater😂😂, tabahnya dia menghidupkan api.. Kak Aerin ( baju pink ) entah apa yang di hayalkan tu. Kak Rina pula sibuk kutip sampah-sampah ( biasalah nurse memang pembersih ) hihihi.

Da akhirnya, after 40 minute api pun dengan meganya dapat dihidupkan dengan bantuan Zaini ( baju merah ). Aiman da giveup hahahahaha.. So Zaini pun bakar la semua-semua makanan yang ada. Kami orang pompuan  tunggu nak makan je la. Best kan😝..

Taraaaaa... Tapi sayap tak siap bakar lagi.. Sebahagian jak ni ada. Gambar lain tak jumpa!! Hihihihi

Kan da kata orang perempuan ni tunggu makan je la.. Hahahahaha, time ni Unni ingat lagi, nafas semput-semput lagi masih x hilang hasil pendakian .. Kaki pun memang langkah yang terhad, sebab sakit dia memang tahap dewa ( akibat stamina x cukup tapi sibuk nak mendaki ) hahahahah.

Nak tahu detail pasal Homestay ni baca kat SINI, Unni da update last year tak silap. Memang tak rugi stay kat sini da la view lawa harga pun terbaik.. So nntikan entry seterusnya,.. Masih mencari ilham nak up yang mana lagi..

Salam Sayang : Unni Anje.

More :
  1. Keperluan Mendaki


04 April 2017

Part 2 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Part 2 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu | Hari kedua kami meneruskan pendakian, seawal jam 1.00Am Unni da bangun siapkan kelengkapan. Walaupun sesak nafas masih dirasai, sekitar jam 10 malam tadi tiba-tiba sesak nafas menyerang ,tido memang tak lena tapi semangat tu kuat di dada. Alhmdulilah dalam 12.00Am hujan da mula reda, so pendakian dapat diteruskan. Part 1 baca kat SINI.



Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Sabah

Jam 2.00Am, Unie kejutkan rakan-rakan yang lain sebab restoren Rest House da buka.Kak Rin dan Kak Rinna tak dapat menerusakan pendakian ke Puncak. So  sebmbilan orang bermakna hanya 7 orang sahaja yang akan meneruskan pendakian pagi itu.

Supper sebelum meneruskan pendakian. Makan tu bia berpada-pada sebab kali ni laluan betul-betul mencabar. Time pendakian tak dapat ambik gambar gelap sangat, disini la head lamp tu memainkan peranan. Kat sini Unni hampir tak dapat meneruskan keadaan dada menguji pagi tu mungkin sebab perubahan cuaca, tak doa dalam hati '' AKU NAK SIJIL BERWARNA, YES AKU BOLEH''.

Laban Rata 6.0KM bersamaan 3,290 Meter dari aras laut.. Tepat jam 3.00Am kami meneruskan pendakaian.

Perjalanan sepanjang ke 7.0KM kami hanya menaiki tangga, tangga seperti Ular.. Unie da semakin lelah kat sini kaki masih mampu bergerak namun keadaan gelap sejuk menyukarkan pernafasan. Namun Unie tetap gagahkah langkah..

Terasa menyesal pulak tak traning sungguh sebelum naik.. Maling gunung maklum kan kena sampai ke cheak Point Sayat-Sayat sebelum jam 5 kalau tak, tak boleh teruskan pendakian.. Hp menunjukan jam 4.02Am.. 6.5KM pun tak sampai lagi..

                       
Gambar ni di ambil semasa turun ke Laban Rata, Nampak tak kenapa unni gelar ni merupakan tangga ular??? dari Laban Rata 6.0KM ke  check point sayat-sayat 7.0KM , dalam 1KM perjalanan kamu hanya menaniki tangga ni. Seawal jam 3.00am meredah tangga ni dalam keadaan gelap, sejuk, tak tranning, nak nagis rasanya..

Tepat jam 4.58Am Unie sampai pondok sayat-sayat 7.0Km, 3,653 Meter merupakan cheak Point Sayat-Sayat.. Sempat juga sampai, Unie bersama seorang lagi pendaki India merupakan pendaki terakhir yang dapat meneruskan pendakian kepuncak, manakala pendaki yang di belakang terpaksa menghentikan pendakian mereka.

Da tak boleh cakap apa.. tudung pun da senget.. Bila nampak gambar ni Unie sendiri tak sanggup.. Tapi setiap langkah itu kenangan.. Mentari makin kelihatan. Unni merupakan pendaki yang terakhir, time ni nafas da betul-betul tak boleh tahan.. Berhenti seketika, dalam mulut hanya istifar then set mind Unie you Can do it.. Rasanya setiap 10 langkah unie akan berhenti berehat.

jam 6.20Am, hati da semakin gembira bila jampak tu.. Tu la lows peak 8.7KM, tapi kat sini tak sampai 8.0KM lagi..huhuhuhu.. Peritnya time ni..

8.0KM tepat jam 6.48Am, 3,929 Meter.. Jika diukur puncak Kinabalu adalah 8.7KM dari pondok Timpohon tapi pendakian 9.0KM kerana laluan sebenar telah ditutup akibat runtuhan yang berlaku tempoh hari, so laluan telah bertukar menjadi 9.0KM.

Malim Gunung suruh Unie bergambar kat sini.. Perasan tak gunung kat belakang tu?? Merupakan gunung kat duit RM 1 yang lama dan Duit RM100.. Ok sila cheak duit anda.. hihihi

Orang da sibuk nak turun Unie ni tak sampai-sampai lagi.. Hahahahaha. Paling best semua pendaki yang bertembung ngan Unie tak putus-putus memberi semangat. Keadaan semakin terang, dari 7.0KM hingga puncak memang bergantung kepada tali dan cengkaman kasut anda..

Gambar ni ambil dari puncak..

Sakan dorang selfie,Unie pun sampai kat sini.. dekat jak lagi nak sampai puncak.. Tapi dorang terpaksa turun sebab kena Cek Out kat Laban Rata sebelum jam 10.00Am. Hanya Kak Muli menanti Unie kat puncak.

Begini la keadaanya bila sampai kepuncak, korang kena tunggu giliran. Setiap pendaki di hadkan 20 Minit setiap sorang. Yang istimewaanya Unni tak perlu beratur tak perlu 20 minit, hahahahhahahah, memang sampai puas !!! maklum la memang time naik atas da tak orang kot, berdua jak dengan kak Mulia. Kau rasa??

Alhmdulilah dalam keadaan nafas yang tak stabil, kaki yang lemah melangkah.. Namun semangat yang membuat Unni sampai kesini.. Tepat jam 7.51Am 24 Sep 2016.. Unie berjaya menawan Puncak Kinabalu. Memang tidak terkata time ni.

Ha'a ini la sebab kenapa unni nak balas dendam yang berkacimpung dengan dunia pendakian, Unni nak tawan semula Gunung ni !!!! Unni nk view Matahari terbit, unni nak jadi orang pertama sampai ( tinggi cita-cita ku. Insyaa Allah ku gagahkan dulu stamina ini.

Kinabalu Park World Heritage. Low's Peak. Jam 7.51Am, 8.7KM dari Pondok Timpohon bersamaan 4,095.2 Meter dari aras laut. Hanya mampu berkata Alhamdulilah. Kak Muli lebih awal tiba dari Unn dan menanti kedatangan Unni then turun bersama.

Dari bertujuh menwan puncak, hanya kami berenam dapat menawan Gunung Kinabalu, salah sorang kawan kami dari Kelantan Aiman pun tak dapat sampai ke puncak.. Dalam perjalanan ke puncak dia serang kekejagan kaki, so malim gunung tak benarkan dia meneruskan pendakian. Dia dia rehatkan di Cheak Point Sayat-sayat, 7.0Km. Walaupun da berusaha namun kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Dalam perjalanan kembali ke Laban Rata, Unie memang da tak mampu nak melangkah apa lagi nak ambik gambar, semua gambar ni malim gunung yang ambik ada juga gambar dari Jef.

Begini la keadaan naik dan turun, hanya tali yang membantu sebab tu digalakan memakai Glove yang sepatutnya dan kalis air so kalau hujan, takda licin tangan tu. Time ni memang Unie da tak mampu nak bernafas dengan baik, kaki pun da semakin lemah..

Itu la Cheak Point Sayat-sayat.. Pagi tadi gelap jak so tak perasan pun view macam ni. Tepat jam 9.05Am Unie Cheak Out kat sini. Ini Check Point yang kamu kena cek in sebelum jam 5.00 Subuh kalau da lebih jangan berpeluang untuk meneruskan perjalanan.

Kembali ke Laban Rata. Sayat-sayat-Laban Rata. 1KM jak lagi, sekarang cabaran turun tangga ular pulak. Tangga ni da kena upgrade so ok la tak menyukarkan perjalanan.


Boleh pulak lepas turun, kena lalu tempat ni, kenapa benda ni muncul, kaki memang tak mampu nak naik. Hampir 10 minit nak naik padahal dekat jak. Kak Muli masih lagi stedy, Unni sampai je memang da tak mampu terus tersungkur. Keadaan nafas da ok sebab suhu dan meningkat. Rasa nak panggil Helikopte jak bawa balik. Peritnya time ni, sapa suruh belagak kan tak mau tranning !!!


Tepat jam 10.35am Unni sampai kat Laban Rata. Da lewat 35 minit untuk sarapan pagi, Sarapan pagi bermula 7.00-10.00 am, so bertabah la wahai perut. Pos Malaysia pun ada tau.. Kalah kampung Unie, kat kampung mana adaa macam ni, kalau nak pi la pejabat pos sendiri.

Sampai jak Laban Rata, team lain da menanti kami then sediakan makanan sebab restoren Laban Rata tutup jam 10.00Am. Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pondok Timpohon. Dapat gambar ni dari group wasap, abam belakang tu yang power sakan selfie. Hahahahaha.

Selamat tinggal Laban Rata..
Kat sini suhu da meningkat, so Unie pun da semakin ok. jam 11.30Am kami meneruskan perjalanan kembali ke Pondok Timpohon. Perjalanan kembali ke laban Rata, cuaca sangat cerah tak macam semalam.. Unie berjalan berseorangan. Kak Ann, Aiman, Jef dan Zai mendahului manakala Kak Muli dan Abg Nasa Dibelakang. Berjalan bersorang, jumpa plak pendaki yang baru ingin naik. Seperti menjadi lumrah orang yang turun akan memberi semangat orang yang naik. Macam tu la Unni buat.

Cabaran paling Power time ni la Unie dapat rasakan. Pondok Timpohon kelihatan namun kena meniti setinggi ini, di mana kaki yang memang tak boleh melangkah da.. Tak tau nak kata apa.. Paling parah tangga ni bila kembali ke Timpohon, rata-rata 99% pendaki akan mengeluh .. Sabar la.

Yes, I am Successful Climbers.. Alhmdulilah.. Tepat Jam 4.28PM check Out kat Timpohon.

Terima Kasih Sudi Datang Lagi. Ok tunggu pembalasan Unni untuk menawan kembali mungkin 2 atau 3 tahuan akan datang kali ni nak tunggu trail mesilau buka. Insyaa Allah '' AKU AKAN BALAS DENDAM KINABALU ''.

Hadiah kejayaan sebagai kenangan... Dan terus menjadi kenangan kerana ciptaan Allah itu indah tak semua orang boleh merasai keindahan itu. Allahamdulilah sijil berwarna seperti yang di impikan sepanjang perjalanan.

Allamadulilah dengan Izin Allah sebagai anak jati Negeri Dibawah Bayu berjaya menawan puncak Gunung tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di Negeri tercinta Sabah. Unni sudah anda bila lagi??

Dapatkan TIP, KEPERLUAN, KELENGKAPAN dan PERSEDIAAN mendaki Gunung Kinabalu kat SINI dan pengalaman pendakian PART 1 kat SINI.

Salam Sayang : Unni Anje.



03 April 2017

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu | Pengalaman pendakian Unni dan kawan-kawan tahun lalu, di sini pertama kali nya hidup unni mendaki dan kerana Kinabalu la Unni minat kepada dunia pendakian, tapi sebenarnya sebab utama minat mendaki sebab unni nak balas dendam !!! nak tau kenapa nak balas dendam?? jum baca kisah unni mendaki Gunung yang tertinggi di benua Asia.

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Sabah

23 Sep 2016 : Berita seawal 2.00 Am meresahkan kami sekumpulan apabila 3 orang dari team kami yang berasal dari Semenanjung Malaysia tidak boleh menyertai pendakian pagi itu. Seawal 6.00Am Ketua pendakian, kak Ann sudah bergegas ke Kinabalu Park itu memastikan info tersebut. 

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Then jam 7.00Am kami pun menyusul. Setelah menyusul periksa seperti yang di duga nama mereka tidak tersenarai dalam pendakian hari itu. Dalam erti kata lain ejen yang uruskan x register pun padalah full payment da bayar.. Pendek kata berlaku penipuan oleh pihak ejen.. Sebab team sabahan dan non Sabahan berlainan package.. Special Price for Sabahan.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Sementara itu, kami pun selesaikan payment Team kami then diberi tag nama setiap sorang.. Kalau benda ni tak ada jangan harap dapat mendaki.. So jaga baik-baik yerr..

Jam 9.00 Am, masih menunggu kekosongan. Sementara tu saya pergi ke Restoren Balsam Bufet untuk mengambil sarapan kami.

Jam menunjukkan jam 9.30Am tapi masih gagal mendapatkan kekosongan namun kami bertujuh terpaksa akur untuk pergi dan meninggalkan mereka bertiga ( sementara tunggu kekosongan sehingga jam 10.30 pagi ).

Pondok Timpohon Gunung Kinabalu 


Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Starting Point kami  adalah Pondok Timpohon. Pendakian Kinabalu ini mempunyai dua starting Point iaitu Pondok Timpohon dan Pondok Mersilau. Pondok Mersilau perjalanan akan bertambah 2KM tapi orang kata View memang lawa. Tapi sekarang Pondok Mersilau di tutup sementara akibat runtuhan yang berlaku dikhabarkan hampir 90% tempat tu mengalami kerosakan. Hanya Pondok Timpohon sebagai Starting Point buat masa ini.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Tepat jam 10.10 Am kami tiba di pondok Timpohon.. Setelah menunggu giliran, jam 11.00 time giliran kami di beri briefing sebelum memulakan pendakian. Lebih kurang jam 11.30 kami pun memulakan pendakian, orang lain mungkin da sampai kami pula baru ingin mula mendaki. Dugaan.

Perjalanan yang penuh cabaran kerana ditemani dengan hujan.. Alhmdulilah hujan tu rahmat. dengan bantuan Raincoat so tak masalah yang berlaku. Cuma Camera mahal tu kena jaga elok-elok.. Nasib sempat beli ni cover hp  kalis air so hujan bukan lagi masalah untuk selfie..

Dalam perjalanan ke Laban Rata 0.0KM - 6.0KM dari pondok Timpohon. Kami dinasihat kan bahawa setiap 1KM paling lewat mengambil masa 1 Jam.


Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
0.4KM  Air Terjun Carson Sepanjang perjalanan ke Laban Rata mempunyai 7 Pondok perhentian. perjalanan sehingga 4KM tidak la terlalu sukar kerana banyak menaiki tangga namun hujan yang turun mungkin mempegarui perjalanan.

Pondok kandis merupakan pondok perhentian pertama.. 1 981 Meter dari aras laut.. Merujuk perjalanan kami mengambil masa 30 minit dari Timpohon. So ada 6 pondok lagi sebelum sampai ke Laban Rata. Pondok ni sebenarnya kaki ok la nak melangkah, so unni nasihatkan tak payah nak berhenti kat sini banyak lagi pondok kat hadapan teruskan saja perjalanan perlahan-lahan.

seterusnya kamuakan bertemu dengan signabout 1.0 KM, pada ketinggian 2,039 Meter dari aras laut. Baru 1 KM , semangat makin berkobar nak bertemu Laban Rata, sebab info kawan yang dah sampai makanan kat Laban Rata sedap-sedap...

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Ini Poter [ orang-orang yang mengangkat barang-barang ke Laban Rata].. Tak dapat bayang macam dia boleh naik ke dengan beban sebanyak 30kg.. Keadaan hujan dan embun tak mengizinkan kami membuka camera.. Harap camera Hp jak la..

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Pondok Ubah Gunung Kinabalu
Maybe dalam 20 minit sampai ke pondok seterusnya. Pondok Ubah 2,095 Meter. Pondok ini dekat jak jarak dengan pondok pertama so kami pun tak rehat la sangat hanya betulkan Rain Coat, selfie then teruskan perjalanan... Hujan menghadkan kami untuk menangkpa gambar, so bersyukur apa yang ada. Camera terpaksa balut guna plastik jak sebab beg tak bawa lagipun guna plastik lagi safety. Gambar ni terang sikit, maklum la camera Iphone milik penangkap gambar. Di samping tu keluarkan kismis sebagai bekalan tenaga.

Pondok Lowii Gunung Kinabalu
NIe gambar time pendakian kat pondok Lowii yang ada.. Pondok ketiga, Pondok Lowii 2,286 Meter. Keadaan hujan betul-betul menghad kan ke SELFI an kami, sabar jak la. Time baru take time dalam 5 minit untuk rehat, walupun tak ada [ernah kali mendaki, tak ada tranning bagai namun unni takpenat pun, yang ada mau cepat sampai.. Kalau tak hujan, sah-sah unni la orang terakhir sampai sebab nak ambil gambar.

Berhampiran pondok ni ada signabout 2,455 Meter bersamaan 3.0KM dari pondok Timpohon..


Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Pondok Mempening Gunung Kinabalu
Pondok Mempening, pondok keempat, 2,518 Meter dari aras laut. Berhenti berehat bersama Jef, hanya kami dua dihadapan manakala 5 rakan yang lain tidak diketahui keberadaan mereka, maybe da sampai pondok Lowii..

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Dalam keadaan jalan licin pun relex jak brader poter tu angkat barang 20kg. Jalan licin, jalan ni da macam aliran air terjun..hihihi.. so kat sini hanya kasut yang banyak membantu, bila nak naik gunung tu pastikan guna kasut yang sepatutnya.. Bukan kasut yang kita pakai pi jogging tu..


Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Pondok Layang Gunung Kinabalu
Pondok kelima iaitu Pondok Layang. 2,702 Meter. Merupakan destinasi persingahan pilihan para pendaki, disini juga pertemuan para pendaki dari pondok timpohon dan pondok mensilau. Pondok layang mempunyai dua pondok dan satu rumah rehat. Bagi sesiapa yang tidak mampu meneruskan perjalanan ada dua pilihan tidur disini or turun kembali.

Pakai raincoat pun basah sebab embun kot tak sure la kenapa. Kami mehabiskan masa lebih kurang 20 minit kat sini.. Jef sibuk dengan camera.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Setiap Pondok akan jumpa tupai comel ni.. dekat-dekat ngn kita sebab nak minta makan.. Comel sangat.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Hanya ni hasil tangkapan jef yang menarik.. Sepanjang jalan asyik mngeluh tak dapat ambil gambar sebab hujan dan akhirnya kat pondok ni dapat jgk dia lepas gian. Da selesai kami pun meneruskan perjalanan..

Dalam perjalanan 2,745 Meter, 4.0KM dari Pondok Timpohon, korang akan Nampak benda ni?? Nampak tak rupa apa? Unni suka berjalan sambal perhati semua keadaan jalan last-last jumpa pula benda ni, tajam mata kata pak malim, hihihihi.. Kamu teka la sendiri ni apa dia.

Bila sampai kawasan ni, hati da mula ria sebab 2.0KM lagi nak sampai Laban Rata.. Tapi hati kembali resah memikirkan 3 orang lagi team yang terpaksa kami tinggalkan.. Tanya kat wasap pun senyap jak... Yang bestnya Gunung ni segala kelengkapan cukup, line telefon pun ada. So make sure cas telefon kamu sampai penuh kat laban rata nanti pun ada bekalan elektrik.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Ni kawan baru jumpa kat destinasi ni menuju ke Pondok keenam.. Tak silap mereka jalan 1 1/2 jam lebih awal dari kami dari pondok Timpohon. Kenal nama sorang tu je Raincoat biru Sharil sebab sempat bagi no hp sebab nak sent gambar. Hujan semakin lebat tiada siapa mampu mengelurkan hp or camera..

Bak kata si abg berbaju hitam.. Kita yang paling HEBAT mendaki dalam hujan lebat, dorang mana ada.. Fikir-fikir, betul juga kan.. Tanpa cabaran keseronokan tak dapat dirasai. 4KM ke Laban Rata 6KM merupakan jalan yg agak mencabar sedikit bak kata malim gunung kalau kat sini kamu da rasa tak mampu jangan harap blh sampai ke puncak.Terus cakap ok jak ni padahal dalam hati Tuhan je tau.. . hahahahaha.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Pondok Villosa Gunung Kinabalu
Pondok keenam. Pondok Villosa. berhenti seketika.. lebih kurang 1/7KM lagi sampai ke Laban Rata. Hujan pulak semakin mebasahi. Pondok kedua yang menghampiri Laban Rata dan hati semakin tak sabarnyaaa nak sampai.. Keseronokan tu hanya yang datang sini jak mampu berkata bertapa bahagianya hati ini. Syukur Allahamdulilah

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Kat sini tak jumpa lintah atau pacat, tapi jumpa ni.. comel je dia gerak-gerak.. Dalam 5.0KM dari pondok Timpohon dengan 3,001 Meter dari aras laut ( ada signabout kot ).. Tak silap Unne kat sini, kami ada telefon salah sorang rakan pendakian Kak Mainie Auntie kepada Jef. Mereka masih kat 3.5M.. Hujan lebat memang menyukar perjalanan tapi tak tau kenapa kami ni laju sangat.. Yang paling spesial kat atas ni ada line tau, lagi-lagi para penguna celcom.. So xda masalah kalau nk update status kat laman sosial.. hahahaha.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Dalam perjalanan 1KM ke Laban Rata ni, Unie memang da tak mampu nak selfie, ambik gambar je la mampu.. Mood memang ke laut time tu dengan keadaan penat dan hujan. Tuhan je la tahu.Tak nampak apa pun, kalau keadaan cuaca baik dari sini akan nampak view gunung kinabalu, tapi ni nampak embun je la. Sapa suruh pilih tarikh musim hujan kan!! Hahahahahah

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Pondok Paka Gunung Kinabalu
Pondok ketujuh merupakan pondok terakhir, Pondok Paka 3,080 Meter. Lebih kurang dalam 600 Meter akan sampai ke Laban Rata. Kat sini kami hanya betulkan baju hujan dan ingin teruskan perjalanan secepat yang mungkin, tak sabarnyaaaa...

Selepas beberapa langkah kami dengar sesuatu yang buat hati ingin melangkah cepat.. Langkah demi langkah.. Sungguh girang hatiku terlibat kelibatnya... Allhamdulilah… 

Laban Rata Gunung Kinabalu

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Laban Rata tepat jam 3.01PM kami tiba disini dengan keadaan kabus tebal dan hujan.. Kabus tebal  hampir menutupi.. Kalau la cuaca baik dari sini mesti nampak View Kinabalu.. View amat megecewakan tapi Allhamdulilah harap esok dapat view yang indah.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Hanya kabus menemani.. Tapi Putih itu suci.. ayat sedapkan hati..huhuhu.. Kalau ikutkan kat sini ada awan kapet. Tapi unni hanya mampu memandang kabus yang tebal, Ciptaan Allah yang tak semua merasai.

Oleh kerana kami yang terawal sampai so kami pun Cek in bilik then persiapkan diri untuk dinner.. Menurut kata Malim Gunung tempat makan Rest House Laban Rata ni akan tutup jam 7.00PM so sapa yang lambat sampai tu memang tak dapat makan la..

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Hanya kami-kami je yang baru sampai.. Restoren tu jam 4 baru buka.. So kami berehat seketika sebelum naik kebilik.. Tak tau la semangat apa yang bawa Unni sampai ke sini dalam lebih kurang 3 jam lebih saja 6km, tak sangkah sebenarnya maklum la pertama kali.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Rest House kami.. Bilik ni menempatkan 8 orang mempunyai 4 katil, yang paling tak henti pikir jef pun ditempatkan sebilik dengan kami, memandang dia je sorang jejaka dalam team kami.. Tabah jak, dalam hati terpikir jugak macam mana la nak tido malam ni...

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Tepat jam 5.00 kami kembali kebawah. Para pendaki dah ramai yang sampai..


Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Di sebalik tabir, mereka la yang hari-hari masak untuk para pendaki kat sini. Dimaklumkan mereka hanya turun ke bawah sebulan sekali.. Begini la demi mencari rezeki apa pun yang penting halal.

Terbukti la kata mereka, makanan kat sini memang sedap..huhuhuhuhu.. Macam-macam ada...

Dalam keasyikan makan, tiba Kak Muli dalam jam 5.10PM tak silap. Seterusnya dalam menghampiri jam 6.00PM seorang lagi tiba, Kak Ann juga merupakan kak kepada jef.6.29PM ketibaan dua sumandak ni pula.. Kak Rina dan Kak Rin.. 6 orang kesemua selamat tiba di Laban Rata dan seorang lagi Kak Mainie tak dapat meneruskan perjalanan kerana kekejangan kaki ditambah dengan keadaan hujan yang semakin lebat.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Ini Kak Mainie merupakan auntie kepada Kak Ann dan Jef, yang terpaksa menghentikan pendakian di 4.0KM di Pondok Layang.. Malam tu dia bermalam kat pondok layang yang gambar kat atas tu.. Kami dimaklumkan dia tidak bersorangan ada juga pendaki yang lain.

20 minit kemudian kami mendapat satu kejutan...

Ketibaan Mereka bertiga abg nasa, Aiman dan Zai dalam jam 6.48PM tak silap mengejutkan kami sekumpulan.. Alhmdulilah doa kami di kabulkan.. Dapat juga mereke naik selepas dugaan jam 2.00AM tadi megejutkan kami sekumpulan.. Patut la bila kami tanya kat group wasap senyap je.. Rupanya nk bagi susprise.. Maaf tak jumpa pulak gambar dorang.

Part 1 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu
Ini En.Supani Merupakan malim Gunung kami bertujuh.. Dalam keaysikan menikmati Dinner dia pun aysik bagi briefing sekali lagi untuk pendakian esok hari menuju puncak. Kami di maklumkan kena memulakan pendakian seawal jam 2.30AM pagi.. Dan restoren rest House ini akan di buka jam 1.00AM untuk supper.

Tepat jam 7.30PM kami semua kembali ke bilik, then Jef pun berpindah bilik ke bilik mereka bertiga.. Memang tak tidur malam di buatnya nanti.. Selepas menunaikan solat fardu.. Unie pun terus terlena.... Hujan masih tak berhenti, jika berlanjutan sehingga subuh pendakian kami ke puncak terpaksa dibatalkan.

Bersambung...
Part 2 ~ Menawan Puncak

Salam Sayang : Unni Anje