Showing posts with label Penghulu segala Hari. Show all posts
Showing posts with label Penghulu segala Hari. Show all posts

30 December 2016

Salam Jumaat terakhir 2016



Assalamualaikum,

Hai kamu semua!!Unni back.... Rindunya kat kamu kamu dan kamu. Proses bom akan kembali sesama Unni Anje Lama sangat tak jenguk blog kesayangan korang. Salam penghulu segala hari dan salam jumaat terakhir tahun 2016.

Moga semua dalam keadaan sihat walafiat dan mulakan hidup yang lebih baik. Ubah cara kehidupan dengan lebih baik. Allahuakbar hanya tinggal 1 malam sahaja untuk kita melangkah ke alam 2017. Dan hari ini merupakan jumaat yang terakhir. 

Tahun ini mesti banyak kenangan yang Allah berikan samaada suka dan duka. Namun semua yang berlaku pasti ada Hikmah. Sebaik perancangan adalah perancangan Allah.

Ingat lah saat kita di uji itu merupakan Nikmat dari Allah atau pun Kifarah dari Allah, teruskan berusaha ISTIQAMAH kejalan Allah. Moga tahun seterusnya kita akan terus berserah pada maha ESA..

Jum amalakan Sunnah Jumaat.
sumber Google
Salam persaudaraan buat rakan-rakan blogger yang Unni sayangi.. TERIMA KASIH atas bantuan kamu semua dalam membantu Unni dalam dunia Blogger. Moga persahabatan terus terjalin walapun hanya sekadar ALAM MAYA dan Maaf andai ada salah silap dalam MENAIP.

LOVE you alls..

Coretan Hati


02 December 2016

Penghulu Segala Hari ~ Sombong

Penghulu Segala Hari ~ Sombong

Salam Penghulu Segala hari, Jumaat pertama December 2016, Alhmdulilah masih diberikan nafas sehingga hari. Moga kita dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Dan moga kita di jauhkan dari sifat SOMBONG !! Dua minggu yang lalu Unni berkesempatan menghadirkan diri ke Usrah yang mengupas tentang MELEBUR TAKBUR baca kat SINI.

SOMBONG ?? Apa yang kita faham tentang sombong? mesti masing-masing ada pendapat. Bila jalan-jalan then senyum kat seseorang, tapi orang tu tak bagi respon mesti terdetik kat Hati, Err SOMBONGNYA!! kan kan kan.. Like me!! Hahahahaha.

SOMBONG dalam DEFINISI  Islam menbawa dua maksud :

  1. Tolak Kebenaran
  2. Meremehkan orang lain.
Tolak Kebenaran : kita boleh lihat dari zaman Nabi Adam AS. Di mana Iblis di halau dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam yang diciptakan melalui tanah padahal Iblis diciptakan melalui api.

"Iblis tidak sujud kepada Adam kerana bagi Iblis hanya kepada Tuhan saja dia boleh sujud. Iblis tidak mau sujud kepada apapun kecuali hanya kepada Tuhan saja!" surat Al A'raf ayat 12.


Meremehkan Orang lain : Di mana sesorang yang ada kelebihan berbanding orang lain. Sebagai contoh mempunyai rupa yang cantik, selalu meperlekekan orang-orang yang hodoh.

7 Faktor - faktor yang menyebabkan SOMBONG

1 ) Amal Ibadah
2 ) Ilmu Pengetahuan
3 ) Keturunan
4 ) Rupa Paras
5 ) Harta
6 ) Pangkat / Kuasa
7 ) Pengaruh Kuat

4 Cara Melebur SOMBONG

1 ) Banyak kan Istifar / zikir
2 ) Mengusap Anak Yatim
3 ) Tengok orang lebih bawa
4 ) Faktor berkawan

Sedikit perkongsian yang ada mengenai sifat SOMBONG. Hindari la sifar sombong dalam diri dan ahli keluarga. Sesungguhnya Dosa Pertama yang dihisap adalah SOMBONG. Wallahualam.


25 November 2016

Penghulu segala hari ~ 4 Jenis Pasangan Di Dunia

http://unnianje.blogspot.com/2016/11/penghulu-segala-hari-4-jenis-pasangan.html
http://unnianje.blogspot.com/2016/11/penghulu-segala-hari-4-jenis-pasangan.html
4 Couple

Kata Hazrat Maulana Ahmat Lat ada 4 PASANGAN di dunia ini

1 ) Rasulullah SAW dan Ummul Mukinin Sayyidatina Khadijah r.ha ( kedua-duanya masuk syurga )

2 ) Nabi Nuh AS dan isterinya ( Nabi Nuh sahaja masuk syurga dan isterinya masuk neraka )

3 ) Hazrat Asiah AS dan Firaun ( Asiah kesyurga Firaun menjadi raja di neraka )

4 ) Abu Lahab dan isterinya ( dua-dua ke neraka )

kemudian maulana bertanya yang mana satukan pasangan kita :

Dunia ialah tempat kita siapkan bekkalan amalan untuk bahagia selamanya di sana. Apa erti kita ke syurga jika pasangan yang bersama dan menemani kita serta berkhimat untuk kita menuju ke neraka.

Moga Allah  menjadikan kita seperti pasangan Rasulullah SAW dan Ummul Mukinin Sayyidatina Khadijah r.ha yang bersama-sama susah senang di dunia dan bahagia di syurga.

Allah Humma Aameen.



18 November 2016

Mawar Berduri


Mawar Berduri

Wanita Soleha ibarat mawar berduri
kelihatan cantik dan lembut
Namun bila didekati lelaki ajnabi
Durinya menjadi perisai untuk
Memelihara diri.

Wahai muslimah tersayang
jangan kau tumpukan duri-durimu
hanya kerana ingin didekati insan
bernama Lelaki
Kerana lelaki yang soleh hanya
akan memilih mawar-mawar
yang tajam durinya

Bukan Mawar berduri Yang Biasa.

~ Semoga kita lah mawar bertuah itu ~


Salam Sayang : Unni Anje




11 November 2016

Penghulu Segala Hari #2 ~ Gossiping

Ketika Aku dinaikkan ke Langit, aku melewati suatu,

KAUM YANG MEMILIKI KUKU-KUKU DARI TEMBAGA LALU MEREKA MELUKAI ( mencakar ) WAJAH MEREKA DAN DADA MEREKA

Aku bertanya : '' Siapakah mereka wahai Jibri? ''

Jibril menjawab : MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG MEMAKAN DAGING MANUSIA ( mengumpat ) DAN MEREKA MENGINJAK-GINJAK ( menjatuhkan ) KEHORMATAN MANUSIA.

[ HR Ahmad ( 3/223 ), Abu Daud Dawud (4879) ]

Salam Sayang : Unni Anje