02 December 2016

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah
Wahai si penuntut ilmu,

Berkorbanlah.

1 ) Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah.

2 ) Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah.

3 ) Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah.

4 ) Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah.

5 ) Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah.

6 ) Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah.

7 ) Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah.

8 ) Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah.

9 ) Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah.
InsyaAllah di situ adanya kekuatan

Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang.

Tubuh pasti PENAT,
mata pasti LETIH,
tapi insyaAllah jiwa pasti TENANG.

Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang


01 December 2016

Pageview November


Hai..

Night semua, macam mana page one December 2016?? Moga lebih baik dari sbelumnya, selalunya jam macam ni mesti Unni tengah mencari idea nak up entry CABARAN 30 HARI BLOGGING, tapi cabaran da habis, ada apa-apa tag tak nak buat?? Hihihi. So malam ni Unni just nak share tentang  Pageview November blog Unni.

Fenomena Pertama Kali Jutaan Burung Unnaturally Di Pantai Ras Alkhaima (UAE) mejadi pilihan di mana mencecah 1K pageview, selepas dua hari bersiaran. Bestnya bila Nampak pageview macam ni kan. Sebelum ni pageview Unni setiap entry tak sampai 50 pun.

Pageview November
Hakikatnya Unni kena terima KENYATAAN Facebook amat membantu, Unni tak bebeapa suka kat Faceebook, entah la kenapa sebelum kenal blog lagi memang tak suka. Sekarang up Facebook link-link blog jak. Then Unni join banyak group-group Blog kat facebook.

Kawan ada recoment masuk satu group Blog tu, dia kata kat sana mana tau boleh membantu Unni dalam blog. tiga bulan request tak kena approve2 ( padahal group tu aktif jak ), time tu follower sorang jak, hahahahaha so sad!! lepas tu berfikir2 tak pa la, sekarang berkat usaha sendiri Unni dapat KAMU SEMUA. Pengajaran pada diri sendiri jangan suka bergantung kepada orang lain!!

Pageview November
Dengan 154 entry sikit lagi mencecah 5 angkah pageview!! Hihihihi.. Thanks sangat buat readers dan Follower Unni sudi singgah sini. Thanks buat semua yang sudi kongsi ilmu.

Sekian.

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIEND

Hai semua, selamat datang kebulan terakhir tahun 2016, moga sebelum datang 2017 kita semua da capai kehendak 2016, so sebelum berakhirnya 2016 Unni nak ajak kamu kamu dan kamu semua join, END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENS.

End year mini GA atas persetujuan 16 SPONSER Klik SINI. GA boleh di katakan besar besaran dan hadiah pun power-power, mana tahu kamu ada rezeki kan.. Jum meriahkan GA Mellya and Friends.

Klik Banner tuk Join. Mudah jak nak join, gigih kan jari tu untuk follow sponser tau.. Hadiah?? haa mari klik SINI kalau nak tahu..

Lets support to support.. Good luck Alls..

Assalamualaikum December

Assalamualaikum December

Welcome December, bulan terakhir datang kembali. 31 hari lagi maka 2016 akan melaburkan tirai dan 2017 membuka tirai baru. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua, Please Be Good. 

Kita dah hampiri garisan penamat 2016. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dalam apa pun yg kita usahakan. Apa yang diusahakan akan kita dapat bersandarkan niat.

1 ) Jika niat nak duit, kita akan dapat duit.

2 ) Jika niat nak bantu mak ayah, kita akan dapat lakukannya insyaaallah beserta pahala.

3 ) Jika niat nak nama dan naik pentas, kita akan dapat setakat itu jak.

4 ) Jika niat nak banyakkan duit untuk infaq dan sedekah, nescaya Allah permudahkan dan diiringi pahala.

Apapun jangan lupa DOA.

Antara doa yang bagus utk kita amal 👇

Assalamualaikum December doa
Maksud doa 

Ya Allah rahmatMu ku pinta
Jangan engkau biarkan aku bersendirian
Perbaiki untukku urusan hidupku semuanya
Tidak ada tuhan selain Engkau.

Assalamualaikum December

Bicara Pagi #9 ~ Jadilah Seperti Burung

JADILAH SEPERTI BURUNG

1. Bangun Awal Pagi

  • Burung bangun awal pagi. Bila bangun dari tidurnya, burung tadi berkicauan dengan riang dan kecoh. barat memanggil keluarga dan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama bangun bagi mencari rezeki.

2. Terbang Melawan Graviti dan Keluar Dari Sarangnya

  • Graviti sifatnya adalah menarik kita ke bawah. Bila waktu pagi, terasa malas nak bangun.. Seperti katil kita sungguh berat tarikan gravitinya.
  • Orang-orang di sekeliling kita sungguh banyaknya yang tak mahu kita jadi seorang yang extra ordinary, dan mereka lebih suka menarik kita untuk jadi sama macam mereka, dan menarik kita untuk jatuh ke bawah.
  • Orang di sekeliling kita adakalanya tak suka lihat kita lebih berjaya dan lebih sukses berbanding diri mereka.
  • Kita kena keluar dari sarang kita. Keluarlah kita dari rumah kita, kerana setiap hari yang kita bakal lalui pastinya menjanjikan pengalaman-pengalaman baru yang hebat dan berbeza-beza.

3. Bergerak ke hadapan dengan yakin tanpa ragu

  • Yakinlah bahawa di hadapan kita menanti rezeki tuhan yang maha luas tersedia untuk kita.
  • Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita nak kutip rezeki-rezeki tersebut, atau kita lebih cenderung untuk biarkan segalanya berlalu begitu sahaja tanpa ada siapa yang ambil peduli.