06 August 2018

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingaron Tambunan sabah | Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu amat terkenal dengan keindahan hutan semulajadi yang masih terpelihara sehingga hari ini. Para peminat Gunung, pasti menjadikan sabah sebagai lokasi utama dan wajib untuk mereka kunjugi. Gunung ke-4 teringgi di Malaysia kini di Sandang oleh Gunung Kaingron  yang letak di Tambunan Sabah hasil penemuan april yang lalu.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Tertinggi di Asia Gunung Kinabalu 4,095m, Gunung Kedua tertinggi di Malaysia Gunung Trusmadi 2,642m dan Gunung ketiga tertinggi di Malaysia Gunung Tambuyukon 2,579m juga terletak di Negeri di Bawah Bayu ini. Dengan penenumuan terbaru ini Gunung Kaingaron 2,476m yang menjadikan Gunung Keempat tertinggi di Malaysia juga terletak di Sabah. Seperti yang kita sedia maklum Gunung keempat tertinggi di Malaysia merupakan Gunung Murud dengan ketinggian 2,423m yang terletak di Sarawak Bumi Kenyalang.

Gunung Kaingaron, Tambunan Sabah

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Gunung Kaingaron terletak di Banjaran Trusmadi kampung Nupakan, Tambunan  25km kira-kira 54 minit perjalanan melalui jalan kaigaran dari Pekan Utama Tambunan dan 105km dari Bandar Utama Kota Kinabalu kira-kira 2 jam 38minit perjalanan. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung ini hasil explore masyarakat setempat,  di mana mereka telah menjelajah hutan selama 7 hari 6 malam sehingga bertemu dengan Puncak Sebenar Gunung kaingaron. Gambar di atas merupakan barisan orang yang menemukan Gunung ini. Dan hanya di wakili satu orang wanita sahaja. Beliau merupakan wanita pertama yang sampai ke Gunung Kaingaron. Menurut info yang unni dapat kak tu hanya di panggil dengan gelaran "Kak Long"

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
27 April 2018 sehingga 3 Mei 2018 merupakan tarikh Kesemua mereka menjalankan XPDC membuka trek dan mencari Puncak Sebenar Gunung Kaingaron ini. Mereka membawa segala bekalan dan kelengkapan sendiri.

Berada di dalam hutan selama 7 hari memang sangat mencabar dan bekalan makanan mereka haruslah mecukupi. Berkat usaha mereka semua,  Allhamdulilah perjalanan mereka di permudahkan walaupun telah lebih 10kali bertemu dengan puncak tipu. Akhirnya mereka berjaya sampai ke puncak sebenarnya.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Para pengemar Gunung Pasti sangat teruja dengan kehadiran Gunung ini. Di mana sepanjang perjalanan ke puncak sangat menjanjikan pemandangan flaura yang sangat indah dan mempersonakan mata yang memandang. Jangan cakap la Unni sendiri rasa tak sabar nak sampai sini. Insyaa Allah dalam list.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Bukan sekadar keindahan flaura yang sangat indah. Kehadiran Fauna juga sngat unik dan memukau mata yang memandang. Ia sama seperti Gunung Trusmadi. Kalau di kaji lebih mendalam mesti terdapat seribu satu khazana yang tersembunyi di dalam hutan ni.

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Allhamdulilah setiap perjalanan mereka di mudahakan lagi-lagi dengan kehadiran Waterpoint ni. Air merupakan sumber utama untuk semua. Bekalana tenaga dan sebagainya, jadi mungkin tak ada masalah untuk orang ramai mendaki Gunung ni. 

Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Penemuan Gunung Ke-4 Tertinggi Di Malaysia, Gunung Kaingron Tambunan sabah
Puncak Gunung Kaingron 2,476m..Berapa Km perjalanan belum dapat di sahkan lagi. Di puncak korang boleh layan view yang sangat indah. Awan kapet, matahari terbit dan Kelihatan mega Gunung Kinabalu. 

Mereka amat berterima kasih kepada semua pihak yang meluluskan dan memberi permit kepada mereka semua untuk ke Gunung ini. Tahniah semua abg-abg otai dan kak Long. Kamu da buka sejarah kat Sini.

Dari info yang unni dapat Gunung ni belum lagi di buka untuk orang ramai, dan kami hanya menunggu masa untuk tiba di sini. Insyaa Allah one day. Moga Pihak yang yang bertanggungjawab luluskan permit dan membenarkan pendaki untuk menawan Gunung ini. 

Sekian info yang unni perolehi.. Semua sumber dari abg legend kita Hamengu Guntar. Moga satu hari unni dapat Tawan Gunung ni. 

Sekian, salam sayang Unni Anje

04 August 2018

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah

Air Terjun Bagahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah | Lahad Datu memang satu tempat yang amat di kenali oleh sesiapa kerana keindahan alam semulajadi yang kekal terpelihara sehingga hari ini.  Daerah ini. Di tempat ini terdapat puluhan Air Terjun yang wajib kita kunjugi antaranya adalah Air Terjun Begahak yang merupakan antara Air Terjun yang tercantik dan tempat yang menarik di Sabah. Kawasan ini merupakan lawatan kedua unni ke Lahad Datu selepas Air Terjun Taliwas.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Kawasan ini juga di gelar "THE LOST WORLD OF WATERFALL BEGAHAK" kerana keindahan air terjun dan perjalananan untuk kesini agak menarik. Seperti biasa kami geng Tawau menyertai XPDC warga Pencinta Alam Lahad Datu menerokai tempat baru baru sahaja mereka terokai. 

Air Terjun Bagahak Lahad Datu

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun ini terletak di Ladang Bagahak Lahad Datu 43.3km dari Bandar utama Lahad Datu kira-kira 47 minit perjalanan. Ini hanya kiraan Lahad Datu ke simpang pagar masuk Ladang Begahak.  Segala urusan untuk masuk kesini hendaklah melalui pihak Ladang dan sebelum masuk kenderaan akan diperiksan dan di daftarkan dalam rekod keluar masuk Ladang Begahak.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk sampai ke air terjun kami, hendaklah mengunakan kenderaan pacuan 4x4 kerana keadaan yang kurang stabil dan gerabel. Perjalananan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke starting point air terjun.  Boleh bayangkan tak, duduk belakang hilux dengan keadaan berhabuk, terhantuk-hantuk dan sempit dalam lebih kurang 2 jam lebih. Hahahhaha,  sakit jiwa pun ada juga tapi nasib semua geng, so lucu jak. 

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih, kami tiba di starting point air terjun (bukan terus sampai ok). Kali ni cabarannya adalah kami perlu hiking lagi untuk bertemu dengan air terjun. Kami berkumpul di sini sehingga semua kenderaan tiba dalam lebih kurang 10 kenderaan pacuan 4 roda yang menempatkan 9-8 penumpang.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Untuk permulaan kami tak mendaki tapi kami perlu menuruni bukit kat sini.  Macam pelik sebenarnya selalu kita mendaki baru menurun.  Ini tak kami perlu menurun dahulu untuk bertemu dengan air terjun. Apa yang bestnya kat sini terdapat dua jenis air terjun yang cantik.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Ini merupakan air terjun yang pertama lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba di sini. Rehat kejap,ambil gambar dan kami akan meneruskan perjalanan untuk tiba di air terjun seterusnya pula.  Kali ni pula kami perlu mendaki dalam lebih kurang 300m untuk bertemu dengan air terjun yang sebenarnya.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Allhamdulilah kejap jak mau sampai sini, kat sini air terjun dia memang cantik walaupun air sungai agak keruh tapi iya selamat untuk mandi manda.. Air terjun ni agak tinggi tak dapat nak ukur berapa ketinggiannya...  Kawasan air terjun ni juga agak luas dan sesuai untuk mereka-mereka yang mau datang berkelah cuma agak bahaya untuk anak-anak kecik. So kena sentiasa awasi anak anda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Di tengah air terjun ni juga terdapat sebuat terowong atau gua kecil, boleh cuba naik keatas dan bergambar. Pembentukkan alam semulajadi yabg masih tersembunyi dan tidak ramai ya mengenalinya. Mungkin di sebabkan kawasan ini merupakan kawasan laranag orang luar untuk masuk melainkan pekerja ladang. Jadi untuk masuk sini kamu hendaklah menghantar surat kebenarakan kepada pihak ladang dan patuhi setiap peraturan yang mereka tetapkan.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Dalam lebih kurang 2 jam kat air terjun kami pun balik kedestinasi masing-masing. Keadaan hujan renjai-renjai juga tidak mengizinkan kami untuk berada lama di kawasan air terjun untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Untuk masuk kesini kamu hendaklah terus berurusan dengan pihak Ladang kerana permit masuk hanya boleh di luluskan oleh pihak mereka, dan mungkin sedikit bayaran akan di kenakan dan pastikan kamu mrnggunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Air Terjun Begahak Lahad Datu, Tempat menarik Di Sabah
Banyak lagi tempat di Lahad Datu ni wajib kamu terokai seperti Gunung Silam,  Menara Kayangan dan banyak lagi la semua pemandagan yang memukau mata dan pasti nak datang lagi.

Boleh follow instagram unni kat side blog dan DM untuk sebarang pertayaan. Sekian dan salam sayang dari saya Unni Anje.


02 August 2018

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah | Selepas pendakian Bukit Tisop kami memutuskan untuk mandi manda di Air Terjun Madai, merupakan salah satu tempat yang menarik di Kunak Sabah yang terletak tidak jauh dari Gua Madai. Tempat ini merupakan salah satu tempat tumpuhan masyarak Kunak untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Terdapat dua tempat menarik di Madai. Antaranya ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Pengujung yang ke Madai bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi. Selain daripada berpeluang menikmati keindahan air mengalir di kedua-dua tempat ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.


Air Terjun Madai Kunak

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai terletak di Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah 10km dari Pekan Utama kunak kira-kira 15 minit perjalanan dan 89.2km dari Bandar Utama Tawau kira 1 jam 25minit perjalanan. Air Terjun ini merupakan air yang tertinggi air terjun reakasi di Bawah selian Jabatan Perhutanan Sabah dan telah di buka kepada orang ramai pada tahun 1999. 

Air Terjun ini mempunyai ketinggian 40 meter yang terletak di kawasan Hutan Simpan yang mempunyai keluasan 3,436 hektar. Pada mulanya hanya di buka untuk tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan, namun selepas di bangunkan dengan kos RM460 00, ia di buka untuk orang ramail

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Kawasan di lengkapkan pelbagai kemudahan seperti tandas awam, surau, pondok dan kantin. Pelbagai jenis floura juga ada di sini.  Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. 

Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama. Namun memandangakn masa kami agak terhad, kami hanya dapat mandi manda di kawasan air Terjun.

Air Terjun Madai, Kunak Tempat Menarik Di Sabah
Antara 70 orang yang mendaki Bukit Tisop, hanya geng kami sahaja yang singgah kesini. Yang lain memilih untuk meruskan perjalanan pulang kedestinasi masing-masing. Kami mnghabiskan masa di sini dalam lebih kurang jam 5 petang.

Pembayaran untuk masuk ke sini

Dewasa Warganegara Malaysia : RM5.00
Kanak-kanak Warganegara        : RM3.00
Dewasa Bukan Warganegara     : RM10.00
Kanak-kanak Bukan Warganegara : RM5.00

Namun kawasan ini agak tercemar denagn sikap manusia yang tidak bertanggunjawab dan membuang sampah merata-rata tempat. Tapi yang penting air terjun dia memang sangat cantik, walaupun kaehadiran kami air sungai agak keruh kerana hujan pagi tu tapi air sungai tetap selamat dan puas hati.

Kalau datang kunak boleh la singgah sebentar kat sini.


Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah | Satu lagi destinasi yang menarik di Tawau selepas Taman Bukit Tawau adalah Batu Bersusun Balung Cocos. Tempat ini merupakan satu kawasan yang strategik untuk mereka yang suka akan kepada keindahan dan keunikkan. Pelbagai aktiviti boleg di lakukan.

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah
Pembukaan tahun 2017, Unni dan rakan-rakan yang lain sepakat unni menjadikan Batu Bersusun ini sebagai destinasi perkemahaan. Allhamdulilah setelah beberapa kali ingin ke sini tapi ada jak yang menghalang, kali ni hajat tercapai.

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau


Batu Bersusun ini terletak di Balung Cocos 22km dari Bandar Utama Tawau kira-kira 30 minit perjalanaan. Untuk kesini kamu kena memasuki perkampungan Balung Cocos, kalau dari Bandar Tawau kamu memasuki simpang sebelah kiri , signabout macam dalam gambar. Then hanya perlu terus sampai jumpa jalan berbukit, tengah-tengah jalan berbukit adalah simpang untuk ke Batu Bersusun, simpang sebelah kiri ( ada signabout juga ). 

Masa yang paling sesuai untuk kesini adalah pada waktu pagi, namun oleh kami ingin ber Camping, so kehadiran kami agak lewat kesini. Kawasan ini di buka setiap hari namun akan ditutp sekiranya hujan. Air sungai juga bergantung dengan keadaan cuaca, kalua air sungai agak keruh ( coklat ) kalua cuaca baik air sungai agak jernih.

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah
Apa yang menariknya di sini Batu-batu ini tersusun secara semulajadi yang telah di anggarkan berusia hamper 27 ribu tahun. Keadaan batu-batu di sini kelihatan seperti di susun oleh manusia tetapi sebaliknya pembentukkannya adalah semulajadi disebabkan aliran magran selepas letusan Gunung Berapi, yang mempunyai ketinggian 1 182 meter dari paras laut. yang terletak 24km dari utara Bandar Tawau.

Batu-batu bongkah di sini berbentuk 5 segi dan 6 segi yang tersusun agak rata dan cantik. Merupakan satu-satu Batu Bersusun yang terdapat di Sabah. Kawasan ini telah di majukan, dan telah mendapat banyak sambutan dari pihak luar. Menurut pemilik Tanah di sini, satu hari nanti tempat ini bakal lebih maju agar menjadi salah satu tempat pelancongan yang bercirikan eko-pelancongan terkenal di bahagian Pantai Timur Sabah yang di kunjungi pelancong dalam dan luar Negara.

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah
Pelbagai aktiviti boleh di lakukan di sini seperti River Tubing. Segala peralatan keselamatan turut di lengkapkan. River Tubing merupakan salah satu aktiviti yang paling popular jika pengunjung datang ke sini, merupakan satu aktiviti yang tidak akan dilepaskan jika berkunjung kesini.

Bayaran untuk aktiviti ini akan di kenakakn. Serius unni da lupa berapa bayaran yang di kenakan. Tapi harga memang mampu milik tak sampai ratusan pun atau puluhan ringgit.

Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau Tempat Menarik Di Sabah
Boleh berenang suka hati, BBQ, piknik dan yang best macam kami la bertapak di sini semalaman. Kawasan tapak perkemahan juga agak terhad, mungkin hanya boleh memuatkan dalam 10 kemah sahaja, dan belakang air bersih tidak di sini kan di kawasan ini, kalau nak kena ambil dekat dengan bahagian letak kereta. Kehadiran pokok-poko di sini juga memudahkan untuk mereka yang ingin memasang Hammock.

Bayaran RM2.00 akan di kenakan kepada setiap pengunjung sama ada luar atau dalam negara dan RM4.00 untuk yang ingin berkemah disini. Untuk sebarang pertanyaan mengenaik Batu Bersusun Balung Cocos boleh berurusan terus dengan Tuan Tanah di sana Encik Arif di talian 014-8614550 , boleh juga tanya kat unni just email di Cik.unnianje@gmail.com atau follow Instagram unni kat side blog dan boleh DM kat Instagram

Kalau datang Tawau pastikan destinasi ni merupakan destinasi yang wajib kamu singgah dan menjamin keunikan yang tak pernah kamu lihat di tempat lain. Nak tahu apa lagi yang menarik di Tawau?? Jum follow Instagram dan Blog Unni..

Sekian.

01 August 2018

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak | misi mencari mood menulis yang entah hilang ke mana, hari ini Allhamdulilah ku gagahkan tangan untuk berkongsi pengalaman mendaki lagi. Hampir 7 bulan entry ni tertunggak tanpa sebab. Kali ini Unni ingin kongsi kan pengalaman mendaki Bukit Tisop Gua Madai yang terletak di Kunak Sabah.

3HB Dicember 2017 Allhamdulilah Bukit ni merupakan salah satu bukit idaman yang berjaya unni tawan kerana trail nya mengitu mencabar. Satu lagi misi akhir tahun selepas Gunung Silam. Walaupun penat Gunung masih tak hilang, kami gagahkan diri juga ke sini.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak


Bukit Tisop Gua Madai terletak di Madai Kunak 16km dari Pekan Utama Kunak kira-kira 21 minit perjalanan dan 89.2km dari Bandar Utama Tawau kira-kira 1 jam 25 minit perjalanan. Bukit Tisop ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Gua Madai yang di penuhi dengan sarang Burung Layang-layang. 

Kawasan pendakian ini merupakan kawasan tanah persedirian yang di kawal sepenuhnya oleh orang kampung sini iaitu Kaum ida'an yang di gelar pewaris. Segala hasil sarang burung adalah hak mereka SDN BHD tanpa campur tangan dari orang luar termasuk Kerajaan Malaysia.


Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Dengan penyertaan seramai lebih 70 peserta gabungan Tawau, Kunak dan Lahad Datu dengan bantuan 10 orang Guide, kami memulakan pendakian agak lewat di sebabkan factor cuaca pagi itu yang kurang mengizinkan. Kabus tebal mengiringi kami. Nampak tak gambar puncak tajam kat belakang yang di selimuti kabus, itu la puncak Bukit Tisop yang bakal kami tawan.

Lebih kurang jam 10 pagi kami pun memulakan pendakiaan walaupun keadaan masih hujan renjai-renjai. Hanya letak sepenuh perlindungan dengan Allah SWT.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Sebelum memulakan pendakian, kami melalui rumah-rumah orang kampung Ida'an. Segala urusan untuk hiking kat sini mestilah melalui orang kampung aka Pewaris kerana hanya mereka sahaja yang boleh membenarkan atau bagi permit untuk naik ke atas.

kelebihan bagi pihak kami kerana mengenali salah soraang pewaris di kampung ini yang memudahkan segala urusan kami di sini. Permit juga di kelurkan dan senarai nama akan di hantar ke Balai Polis untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Segala urusan kami telah di urus oleh Pihak Kelab Belia Kunak NT Advance kerana salah sorang STAFF mereka merupakan pewaris.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Pada permulaan pendakian kami melalui satu anak sungai dan seterusnya berjalan dalam 800m perjalanan melalui kawasan hutan dan kemudian barulah cabaran sebenarnya bermula, di mana pendakiaan dengan hanya dengan batu-batu sehingga puncak, keadaan yang agak curam seperti dalam gambar. Kat sini hanya sorang satu demi sorang memanjat so kalua kat belakang kena la beratur menunggu. Kat atas dan bawah ada guide yang besiap sedia untuk membantu.

Dan di maklumkan kat kawasan ini tidak di sedikan tali untuk berpaut, memang sepenuh bergantung dengan kaki tangan dan tenagaa kami.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Dengan ketinggian yang tidak di ketahui, tapi rasanya ini lebih tinggi dari Bukit Akar Tawau . Allhamdulilah kehadiran hujan di pagi hari memberikan kami pemandangan yang begitu indah indah. Perjalanan yang tidak mengecewakan. Untuk pengetahuan semua, untuk naik kesini pendaki di nasihatkan membawa payung lipat kerana kawasan puncak adalah kawasan lapang dan tidak mempunyai tempat berteduh melainkan Menara Trig.

Bayangkan la kamu mendaki batu-batu dalam keadaan panas terik, memang boleh jatuh pitam, namun keadaan mendung sungguh membuat kami bersyukur walaupun ada sesetengah keadaan batu yang agak licin. 

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Kat sini terlalu bnanyak batu-batu besar dan side puncak, ia amat menjanjikan gambar yang indah dan terbaik untuk semua tambah-tambah lagi dengan keadaan cuaca yang berkabus.  Cabaran hiking kat sini adalah kehadiran batu-batu tajam yang menumpang iaitu keadaan batu-batu yang tidak kukuh, pijak jak terus terjatuh ke bawah. 

Kalau sebelum ni hiking dalam hutan pijak tanah, akar rumput jsuh bebeza dengan tempat ni, pijak  batu-batu pun cuma kat Gunung Kinabalu, tapi tu batu di memang kekal tak ada pun anak-anak batu macam kat kawasan ni. Silap sikit dan tak berhati-hati memang agak berbahya untuk diri sendri dan orang di belakang kita. Dengan keadaan trail yang curam. So kamu wajib datang la sendiri dan rasa pengalaman sendiri.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Destinasi yang wajib untuk di singgah. Kawasan ni di namakan batu dinding kerana kehadiran batu yang besar seakan-akan berbentuk dinding. Kawasan ini juga merupakan separuh perjalanan sampai ke puncak. Cabaran kat sini pun hebat juga kerana kawasan ni terbelah dan untuk kesebelah kami tepaksa melangkah dengan penuh berhati-hati ( tak ada kayu jambatan di sediakan ). Kira macam kamu menyeberang longkang lebih longkang la, tapi ni tak boleh jatuh.. 

walaupun trail naik kepuncak agak curam, namun yang yang mempunyai maslaah ketinggian Gayat, Berjaya sampai kepuncak !! Semua usaha dan kesungguhan. Nak tip hilangkan takut ketinggian baca kat SINI.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Nampak tak kabus tu menemani kami sampai ke puncak. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling the best  kalua nak ambil gambar ada dua side puncak tapi tak Nampak sangat sebab kabus dan kawasan merupakan batu terakhir yang kami daki sebelum bertemu dengan puncak. sementara keadaan peak masih dipenuhi pendakia lain kami menghabiskan masa kat sini dari hujung ke hujung. 

Batu kat sini makin menakutkan salah pijak sikit terus gol masuk jurang !! Pendakian kami juga turut di sertai oleh beberapa anggota Polis. Tapi jangan sangka pihak polis ada boleh rasa selamat sebab polis pun pulak Surrender tau!! hhahahahahah.

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Allhamdulilah lebih kurang jam 12 tengah hari sampai kat sini, lebih kurang dua jam lebih tapi sebenarnya perjalanan untuk ampai ke atas tak da la sampai sejam, selfie punya pasal kan. Tak payah mention la sapa yang unni guide 10 langkah 100 gambar, tabah jak aku membebel kat belakang Selfie mengalahkan orang perempuan.. Tapi memang jeles la tengok gambar dorang tu, di nasihatkan kalau naik sini jangan layan tu penat tapi layan la bergambar sebab rugi bukan selalu dapat ke sini.

Keadaan peak agak lapang dan sempit,tidak dapat menampung 70 pendaki pada pagin tu so kena guna sistem ganti-ganti , sapa sampai dulu bergambarr dalam 10 minute dan terus turun kebawah. oleh kerana kami adalah pendaki yang terakhir dan dapat guide pun sporting, memang kami selfie sampai koma.. Kelebihan orang yang terakhir. Hahahahahaha

Bukit Tisop Gua Madai, Kunak
Untuk naik kesini mudah jak yang penting kamu sentiasa berhati-hati dan follow setiap taklimat yang guide sampaikan. Walaupun kamu da tawan GUNUNG EVERST sekalipun cabaran kat sibni jauh berbeza, lain tempat lain peraturnnya. Unni kongsikan beberapa tips untuk yang berhasrat datang ke sini.

Tip Mendaki Bukit Tisop Gua Madai


1. Wajib pakai kasut ( adidas kampung )
2. Pakai glove
3. Bawa air secukupnya
4. Bawa paying lipat.
5. Dilarang membunag sampah 
6. sila berurusan dengan pihak pewaris

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan unni Cik.unnianje@gmail.com atau Follow ig kat side blog then Dm kat Instagram. Selamat Mendaki, Sekian.