02 December 2016

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah

Bicara Pagi #10 ~ Berkorbanlah
Wahai si penuntut ilmu,

Berkorbanlah.

1 ) Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah.

2 ) Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah.

3 ) Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah.

4 ) Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah.

5 ) Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah.

6 ) Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah.

7 ) Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah.

8 ) Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah.

9 ) Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah.
InsyaAllah di situ adanya kekuatan

Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang.

Tubuh pasti PENAT,
mata pasti LETIH,
tapi insyaAllah jiwa pasti TENANG.

Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang


6 comments:

  1. Sangat benar! Hidup sentiasa perlukan pengorbanan untuk melangkah lebih maju. Kalau tidak, stay kat tempat yang sama sajalah sepanjang masa.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg bagus. Peringatan utk diri sendiri.
    bajetciputselerabesar.blogspot.my/?m=0

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus. Dibaca pula waktu pagi.

    ReplyDelete
  4. kebanyakkannya berkorban tu la yg susahkan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^