22 December 2016

Bicara Pagi #22 ~ Redha



Assalamualaikum,

Pernah tak kita tidak REDHA dengan sesuatu??

Apa itu REDHA?? Redha ialah menerima sesuatu dengan rasa tenang dan ikhlas tanpa ada rasa kecewa dan tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT samaada baik atau buruk, Redha merupakan sifat MAKRIFAH serta mahabbah kita kepada Allah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.

Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain?

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..." .

Di hari pembalasan kelak kita akan meniti titian sirat dan amalan kita akan dilewatkan untuk dihisap. KENAPA??

Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang orang yang kita tak redha tu. sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Padahal ketika itu semua orang berebut-rebut nak masuk syurga dahulu.

Selalu mendengar "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" .

Tapi kita tak sedar bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga tapi diri kita sendiri. Bahkan mungkin dia lebih dulu masuk ke syurga.. SEBAB??

Sebab sesudah meminta maaf kepada kita urusan dia selesai. Tapi kita?? seribu orang kita tak redha maka tunggu la kita seribu orang itu meminta maaf.

Ketahuilah Bertaubat itu ada dua perkara!! Bertaubat kepada yang Maha Pencipta dan meminta maaf kepada orang yang kita pernah sakiti. Jika orang itu tidak memaafkan maka itu urusan dia dengan Allah. Dan ini yang bakal terjadi jika kita tak REDHA atas kesalahan orang lain.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang baik dibalas baik yang jahat di balas jahat. Allah itu ada maka biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi dan biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Salinglah kita bermanfaan dan memohon maaf seikhlasnya supaya tiada yang tertinggal sisa baki titik hitam di dalam hati. In Sha Allah.

Wallahulam.

Sekian.
 Coretan Hati

7 comments:

  1. Siapalah kita ni tanpa DIA kan
    Tapi itulah nak selaraskan hati dan mulut bukan mudah kalau tak kuat iman
    Apa lagi bab memaafkan kesalahan org kadang mulut & hati tak seiring.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar. Bkn senang nk capai tahap redha tue sebenarnya. Tp bila kita betul2 redha semua akan tenang. Yakin dgn aturanNya. Jgn lupa tambahkan nilai syukur dalam setiap yg kita ada. Saling memaafi sesama kita.

    ReplyDelete
  4. Kena dengan situasi cik renex ni. Payah rasa nak maafkan someone ni walaupun die dah minta maaf. Redha tu belum ada ag dlm diri. 😭

    "Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang."

    Suka quote ni. Nam copy yer.

    ReplyDelete
  5. In sya Allah.. Bukan mudah untuk redha atas sesuatu.. Tapi bila kita redha kerana Allah, in sya Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. in shaa Allah selalu memaafkan org walaupun dia selalu sakitkan hati kita

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^