17 December 2016

Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Assalamualaikum,

Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....

1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :

Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.

2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.

Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda

3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :

Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”

Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

- HR Hakim

5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk  ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

- HR At-Thabrani

6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

 - HR At-Thabrani

unni anje

15 comments:

  1. Banyak betul kebaikan solat sunat dhuha 😍 memang rugi tak buat

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah unni info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Banyaknya kelebhan dhuha nie..
    TAPI ramai yang tak buat termasuklah AM sendiri..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. Hebatnya dhuha.
    Sama2lah kita mengejarnya.

    ReplyDelete
  5. hebatnya solat dhuha.. sebab org susah nak buat. sekali buat besar pahalanya..

    ReplyDelete
  6. ada a few people yang lya kenal tak pernah tinggal dhuha, alhamdulillah boleh nampak rezeki tu melimpah. hope kita pon boleh jadi macam tu.
    nice info, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian.singgah balas kunjungan :)

    ReplyDelete
  8. nak rezeki murah amal solat dhuha..jangan pulak terus tido lepas subuh..huhu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih krn mengingatkan ttg dhuha

    ReplyDelete
  10. subhanallah, banyak peluang Allah sediakan untuk kita kumpul pahala

    ReplyDelete
  11. perkongsian yg bermanfaat :) moga istiqamah. insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Allah je memahami hambaNya. oleh itu, rebut la peluang time dia memberi ini :)

    ReplyDelete
  13. terima kasih syg...akk sejak keje bahagian sales alhamdulilah ada buat dhuha,kadang2 ada juga tak buat,alhamdulilah rezeki ALLAH xputus2

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^