02 December 2016

Penghulu Segala Hari ~ Sombong

Penghulu Segala Hari ~ Sombong

Salam Penghulu Segala hari, Jumaat pertama December 2016, Alhmdulilah masih diberikan nafas sehingga hari. Moga kita dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Dan moga kita di jauhkan dari sifat SOMBONG !! Dua minggu yang lalu Unni berkesempatan menghadirkan diri ke Usrah yang mengupas tentang MELEBUR TAKBUR baca kat SINI.

SOMBONG ?? Apa yang kita faham tentang sombong? mesti masing-masing ada pendapat. Bila jalan-jalan then senyum kat seseorang, tapi orang tu tak bagi respon mesti terdetik kat Hati, Err SOMBONGNYA!! kan kan kan.. Like me!! Hahahahaha.

SOMBONG dalam DEFINISI  Islam menbawa dua maksud :

  1. Tolak Kebenaran
  2. Meremehkan orang lain.
Tolak Kebenaran : kita boleh lihat dari zaman Nabi Adam AS. Di mana Iblis di halau dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam yang diciptakan melalui tanah padahal Iblis diciptakan melalui api.

"Iblis tidak sujud kepada Adam kerana bagi Iblis hanya kepada Tuhan saja dia boleh sujud. Iblis tidak mau sujud kepada apapun kecuali hanya kepada Tuhan saja!" surat Al A'raf ayat 12.


Meremehkan Orang lain : Di mana sesorang yang ada kelebihan berbanding orang lain. Sebagai contoh mempunyai rupa yang cantik, selalu meperlekekan orang-orang yang hodoh.

7 Faktor - faktor yang menyebabkan SOMBONG

1 ) Amal Ibadah
2 ) Ilmu Pengetahuan
3 ) Keturunan
4 ) Rupa Paras
5 ) Harta
6 ) Pangkat / Kuasa
7 ) Pengaruh Kuat

4 Cara Melebur SOMBONG

1 ) Banyak kan Istifar / zikir
2 ) Mengusap Anak Yatim
3 ) Tengok orang lebih bawa
4 ) Faktor berkawan

Sedikit perkongsian yang ada mengenai sifat SOMBONG. Hindari la sifar sombong dalam diri dan ahli keluarga. Sesungguhnya Dosa Pertama yang dihisap adalah SOMBONG. Wallahualam.


2 comments:

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^