Assalamualaikum,
Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!
Akan tetapi Nabi Musa berkata, "ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"
Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab, "AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN !"
Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!
Jadilah seperti LEBAH, Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya.
Janganlah jadi seperti LALAT, Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya.
Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci.
"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..! KERANA HANYA ORANG YANG HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"
Salam singgah sini dik...semoga kita memiliki hati yang bersih.
ReplyDeletethanks a lot for this entry.. sangat membuka minda.
ReplyDeleteThanks join my GA :)
Terima kasih Unni untuk perkongsian ni...
ReplyDeleteMasyaallah hebatnya Nabi Musa memandang sesuatu tu ye UA...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus :)
ReplyDeletesungguh indah maksud tsirat bgitu juga pbandingan lebah & lalat tu =)
ReplyDeleteBagus perkongsian ini unni :)
ReplyDeletetq unni...entry ni memang membuka minda
ReplyDeletemek ade satu habit yg mane kalau mek dah tk suka orang tu, putih dia tu mek tk nampak dah. and semua orang perasan yg mek macm tu. tp klau mek tk suka je la. untuk mek tk suka tu bukan mudah jugak. haha
ReplyDelete