12 December 2016

Salam Maulidur Rasul 1438H

Salam Maulidur Rasul 1438H



Assalamualaikum,

Allahmdulilah hari ini 12 Rabiul Awal 1438H bersamaan 12 Dicember 2016 merupakan hari kelahiran Kekasih Allah yang Agung dan Idola buat semua Umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jugA jatuh pada hari Isnin iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25),  Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada Hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Sambutan Maulidur Rasul tidak asing lagi buat seluruh umat Islam di Dunia, setiap tahun Umat islam akan berarak sambil selawat ke atas Junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W bagi memperingati perjuangan Baginda dan tanda sayangnya umat islam kepada kekasih Allah. Namun bukan hanya pada hari tersebut tetapi pada setiap waktu, setiap detik dan setiap langkah.

Dalam Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia ( JAKIM ) tema pada tahun ini adalah '' Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.''

Jum kita tingkatkan amalan Sunnah- Sunnah Rasullulah, walaupun hanya sebahagian . Mulakan kanan dalam setiap perbuatan ( kecuali masuk kedalam tandas ), banyak kan istighfar, kurang berkata-kata dalam berbicara dan banyak kan lah selawat ke atas Nabi.

'' Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.'' [Al-Ahzab: 56]

Moga kita ditempatkan bersama-sama Golongan Nabi Muhammad S.A.W di padang Masyar kelak .. Amin Ya Rabbal.

Salam Maulidur Rasul 1438 Bersama hari Isnin 12 Dicember 2016

Sekian


12 comments:

  1. kasihkan nabi perlulah ikuti semua sunnahnya terutama iman dan akhlaknya

    ReplyDelete
  2. salam mailudurrasul..
    thank you for sharing sirah nabi

    ReplyDelete
  3. Semoga diberi peluang menemui baginda nanti...Salam Maulidur Rasul Unni.

    ReplyDelete
  4. Salam maulidur rasul unni :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul Unni..
    Perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul :) tahun ni tak sempat join mane mane perarakan. insyaAllah selawat setiap hari sampai pada rasul and dapat syafaatnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^