16 November 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE ~ Day 3 - Appreation Post (Artist)

Ok Day 3 Appreation Post ( Artis ) nampaknya ni kelemahan Unni !! cerita tentang artis erkk?? Hantam la labu .. So sini Unni cerita tentang sorang artis ni. Artis yang tak pernah ditelan zaman sampai hari ini. Siapa dia?? dia adalah '' SENIMAN AGUNG NEGARA ''
Appreation Post ( Artis )
Allahyarham P.Ramlee.. Mesti kamu tahu kan. Seorang seniman Negara. Di mana kan ku cari ganti?? P.Ramlee di hati. Jum Unni cerita serba sebi pasal Allahyarham.
Biodata Ringkas
Nama Sebenar : Tan Sri Datur Amar Dr. P. Ramlee ( dilahirkan sebagai Teuku Zakaria Bin Tueku Nyah Puteh )
Nama Lain : Ramli Puteh
Tarikh Lahir : 22 Mac 1929
Meninggal Dunia : 29 Mei 1973 ( 44 Tahun ) di Hospital Kuala Lumpur
Sebab Kematian : Serangan Jantung di kebumikan di pusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Asal : Pulau Pinang
Kerjaya : Penyanyi, Pelakon, Pengarah, Pemuzik dan Penulis
Pendidikan : Sekolah Melayu Kampung Jawa, Francis Light English School, Japanese Navy School ( Kaigun Gakko ) dan Penang Free School.


Kelahiran daripada pasangan Teuku Nyah Puteh Bin Tueku Karim dan Che Mah Hussien selepas Ktutbah pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Mendapat gelaran Ramlee daripada Neneknya Ibu kepada Ibunya kerana kesukarnya memanggil Tueku Zakaria.

Filem pertama beliau adalah Chinta dimana P.Ramlee memegang watak sebagai penjahat dan nyanyian latar ( 1948 ) dan lakonan terakhirnya adalah Laksamana Do Re Mi (1972 ) manakala lagu dan lirik terakhir ialah Air Mata di Kuala Lumpur ( 1973 ).

P.Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Junaidah Daeng Harris dikurniakan 2 anak ( 1950-1954), kedua Noorizan Mohd Noor seorang kerabat Diraja ( 1955 - 1961 ) dan isteri terakhirny Saloma (1961 hingga pemergian beliau )

Telah menghasilkan 401 buah lagu dan 66 Buah Filem sepanjang hayat. Filem yang terkenal Bujang Lapok, Antara Dua Darjat, Labu dan Labi, Tiga Abdul, Panggilan Pulau, Madu Tiga dan Hang Tua.

P.Ramlee banyak terima anugera tapi yang sedihnya penerimaan anugerah tu semua time dia da meninggal dunia so Unni malas nak ulas. Seniman Negara yang tiada ganti, percaya atau tidak kita da tengok filem dia hampir 100x tak penah jemu, dri kecik sampai da besar ni still layan kan!!

Kenapa kita tak pernah bosan dengan Filem-filem P.Ramlee?? Dulu masa Unni ada dengar satu santapan Pagi kat radio, mengupas Tentang Al-Quran, walaupun berkali kita mebaca Al-Quran kita tak kan pernah bosan!! Kenapa kita tak penah bosan dengan filem-filem P,Ramlee kerana dimegaitkan unsur Al-quran. Unni tak pandai nak ulas sangat, apa pun kamu dengar lagu-lagu P.ramlee then kamu dengar alunan nyanyian dia mirip ke tak macam alunan Al-quran. lebih kurang macam tu la. Wallahulam.

Laptop Ni penuh Filem-filem dia. Paling best '' NUJUM PAK BELALANG ''.. Belalang buat kan bapak kopi, aik kita mana ada kopi bapak, janji hitam sudahlah !!! hahahahah.

P/S : Bab artis fail sikit, so Unni share apa yang tahu jak.

Sumber : Wikepidia

sekian.

Salam Sayang : Unni Anje



7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE 
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |


10 comments:

  1. Allahyarham P.Ramlee ni memang legend laa. Serius cerita yang allahyarham berlakon memang tak jemu walau ditonton berulang kali.

    ReplyDelete
  2. Wah, terharu saya baca. Suka tengok cerita dan dengar lagu-lagu allahyarham. Semua menusuk kalbu dan memberi pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. Banyak yang mdidik jauh beza dgn filem skg!!

      Delete
  3. Suka P.ramlee, karya beliau tidak kosong semata menghibur, tapi sarat dengan unsur critism pada golongan atasan dan prngajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. smua unsur dia bgi.. legend la.. very like him

      Delete
  4. Aa. Dia dpt semua anugerah bile dia dh meninggal. Tp best man win kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya.. banyk anugera dia terima sampai anurga di raja!! tp selepas beliau xda :( so sad..

      Delete
  5. suka tgk cite p.ramlee..x kan jemu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup dgn filem2 dia dr telanjang2 lari2 smpai kita da besar pnjg still tak jemu

      Delete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^