Showing posts with label Resepi Minuman. Show all posts
Showing posts with label Resepi Minuman. Show all posts

15 September 2017

Resepi Coconut Shake Minuman Kegemaran

Resepi Coconut Shake Minuman Kegemaran | Coconut share merupakan minuman kegemaran. Mudah, ringkas dan sedap. tiap hujung minggu kat kampung mesti buat minuman ni. Berkrim lemak manis.. Perhhhgg lazatnya. Kelazatan sesuatu, sangat terasa bila buat dengan air tangan sendiri. Rasa pun sebati memang sesuai sangat dengan tekak unni even musim hujan dan demam. Kalau musim panas memang nyaman!!! Hahahahaha

Bahan-bahan pun mudah di dapati di mana jak. Bajet pun murah tak sampai pun sepuluh ringgit. Tapi tu la kelapa susah nak cari sebab tu if balik kg jak merasa buat coconut shake ni. Buah kelapa petik jak belakang umah. Lagi-lagi guna kelapa pandan. Nyummy memang buat orang craving !!!

Coconut Shake

Resepi Coconut Shake


Bahan-bahan
  1. 1 Biji Kelapa muda ( air dan isinya )
  2. 2 sudu Gula
  3. Ais Batu
  4. Aiskrim Vanila
Cara membuatnya
  1. Ambil isi kelapa dan airnya
  2. Masukkan isi kelapa, air kelapa, gula, 2 sudu aiskrim vanila dan ais batu kemudian blend kesemuanya sehingga sebati.
  3. Hidangkan di dalam gelas atau sebagainya kemudian letakkan 2 sudu aiskrim di atasnya.
  4. Siap .
Selamat Mencuba!!


28 May 2017

Resepi Soda Herbs Minuman kesihatan Berbuka Puasa


Resepi Soda Herbs Minuman kesihatan  Berbuka Puasa | Pasti di awal-awal ramadhan ini kita agak lemah dalam menunaikan ibadah puasa. Resepi Soda Herbas minuman kesihatan ini sangat sesuai di jadikan minuman ketika berbuka puasa, kerana mampu mengembalikan kesegaran badan. Pasti nya kita menginginkan minuman yang mampu menyembalikan kesegaran badan dan baik untuk kesihatan.

Resepi Soda Herbs Minuman kesihatan  Berbuka Puasa

Bahan-bahan Soda Herbs

1. Serai 1 batang ( di tindik )
2. Laici Tin 2-3 biji
3. Air Perahan Lemon
4. Daun Mint
5. Sprite  1 tin
6. Stawbery 1 biji
7. Ais batu
8. Sedikit air.


Cara membuat Soda Herbs

1. Sedikit daun mint, air perahan lemon, air laici dalam tin sedikit, sprite di blend bersama ais.
2. Masukkan sedikit air dan bahan-bahan yang di blend tadi bersama serai yang telah di tindik.
3. Masukkan buah laici dan stawbery ( hias la ikut kesuka )

Sumber Resepi : Mie Carey

Kebaikan Soda Herbs

Minuman soda herbs ini merupakan minuman kesihatan yang mana boleh mengembalikan kesegaran kepada badan setelah berpuasa seharian. Bukan itu sahaja, minuman ini juga sesuai untuk keadaan cuaca yang panas kerana terdapat daun mint. Seperti mana yang kita ketahui mint mampu menyejukan badan. Lemon pula di gunakan untuk detox dan serai boleh membuang angin dalam badan. Laici dan Stawberi pula sebenarnya hanya di gunakan sebagai hiasan dan menambah sedikit rasa dalam minuman soda Herbs ini namun buah-buahan juga baik untuk kesihatan.

Bagi yang ingin berbuka puasa dengan minuman kesihatan boleh la mencuba minuman ini. Resepi ini juga sangat mudah kerana bahan-bahan hanya perlu di blend dan di campurkan dengan air. Penggunaan buah-buahan tin juga boleh di gantikan dengan yang lain yang bersesuaian seperti rambutan dan logan.

Namun ada sesetengga orang suka mengunakan air soda yang tersedia, ia sebenarnya bergantung kepada cita rasa masing-masing namun bahan utama serai dan lemon harus dikekalkan. Walaupun minuman ini merupakan minuman kesihatan namun tidak baik di amalkan secara beterusan.

Selamat Mencuba