30 December 2016

Salam Jumaat terakhir 2016



Assalamualaikum,

Hai kamu semua!!Unni back.... Rindunya kat kamu kamu dan kamu. Proses bom akan kembali sesama Unni Anje Lama sangat tak jenguk blog kesayangan korang. Salam penghulu segala hari dan salam jumaat terakhir tahun 2016.

Moga semua dalam keadaan sihat walafiat dan mulakan hidup yang lebih baik. Ubah cara kehidupan dengan lebih baik. Allahuakbar hanya tinggal 1 malam sahaja untuk kita melangkah ke alam 2017. Dan hari ini merupakan jumaat yang terakhir. 

Tahun ini mesti banyak kenangan yang Allah berikan samaada suka dan duka. Namun semua yang berlaku pasti ada Hikmah. Sebaik perancangan adalah perancangan Allah.

Ingat lah saat kita di uji itu merupakan Nikmat dari Allah atau pun Kifarah dari Allah, teruskan berusaha ISTIQAMAH kejalan Allah. Moga tahun seterusnya kita akan terus berserah pada maha ESA..

Jum amalakan Sunnah Jumaat.
sumber Google
Salam persaudaraan buat rakan-rakan blogger yang Unni sayangi.. TERIMA KASIH atas bantuan kamu semua dalam membantu Unni dalam dunia Blogger. Moga persahabatan terus terjalin walapun hanya sekadar ALAM MAYA dan Maaf andai ada salah silap dalam MENAIP.

LOVE you alls..

Coretan Hati


ISTIQAMAH

﷽‎

                               
Assalamualaikum

Adakah kita ISTIQAMAH dalam hidup ini??Kita selalu mendengar kata ISTIQOMAH,

Apakah itu Istiqomah ?

Istiqomah adalah berpendirian yang teguh di atas jalan yang lurusberpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan yang terbaik dan tidak berubah dan berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam surah Hud ayat 112 Allah SWT berfirman:

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (Q.S Hud :112 ).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 30 :

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 

"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Q.S Fushshilat 30)

Dalam hadith, Rasulullah SAW bersabda: Abu amr, (ada yang menyebutnya Abu Amrah) Sufyan bin Abdillah ra. Berkata kepada Rasulullah,

 "Wahai Rasulullah, katakana kepadaku perkataan tentang islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!" Beliau bersabda, 'Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamahlah". (HR. Imam Muslim)

Dari Aisyah r.aha. bertanya kepada Nabi : Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :

''Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya''. (HR. Bukhari)
PELIHARA lah 10 perkara ini. Moga kita adalah hamba-hamba yang terus Istiqamah

1. Menjaga lisan agar tidak mengatakan keburukan kepada orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 12

''Janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengatakan buruk) kepada yang lain''.

2. Menghindari prasangka buruk

Firman Allah SWT  dalam surah Al-hujarat ayat12

''Hindarilah umumnya prasangka buruk terhadap sesama umat Islam, sebab prasangka buruk termasuk / di antara perbuatan dosa".

3. Menghindarkan diri daripada menghina/mencela orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-hujarat ayat 11
 
''Janganlah suatu kaum menghina kaum lainnya, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina''.

4. Membatasi pandangan mata/memejamkan pandangan mata dari hal-hal yang dilarang.

Firman Allah SWT dalam surah  An-Nur ayat 30

''serukanlah kepada orang-orang yang mukmin lelaki supaya merendahkan matanya dari melihat yang terlarang''.

5. Bercakap yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah  Al-An’am ayat 152

''Dan apabila kamu berkata, maka berlaku adillah/benar''.

6. Menginfaqkan harta fisabilillah/membelanjakan hartanya pada keperluan agama.

Firman Allah SWT dalam surah AlBaqarah ayat 267

"Belanjakanlah yang baik-baik dari harta yang diusahakan olehmu.”

7. Tidak bersikap berlebih-lebihan.

Firman Allah SWT  dalam surah QS. Al-Isra’ : 26

"Janganlah kamu berlaku terlalu boros''.

8. Tidak suka menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri.

Firman Allah SWT dalam surah QS.Qashash ayat 83

''Itulah kampung akhirat, Kami jadikan buat orang-orang yang tidak menuntut keluhuran di bumi/di dunia, dan tidak pula berbuat binasa. Akibat yang baik bagi orang-orang bertakwa''.

9. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 238

''Peliharalah semua solat dan solat yang pilihan/Ashar. Tegakkanlah semata kerana Allah dan mematuhiNya.''

10. Istiqmah pada ajaran Ahlus-Sunnah wal-jama’ah.

Firman Allah SWT dalam surahAl-An’am ayat 153

''Bahwasanya inilah jalanKu yang lurus, untuk itu turutilah jalanKu itu, dan janganlah kalian turuti jalan-jalan lainnya, nanti kamu berantakan/berpisah-pisah dari jalanNya''.

Istiqamah hingga kemenangan.

Wallahualam.. 

Moga bermanfaat



24 December 2016

Melaksanakan Tugasan Dunia

Melaksanakan Tugasan Dunia



Assalamualaikum semua,

Maaf la da susah sangat nak berkunjung ke blog kesayangan kamu semua, Unni akhir-akhir sangat sibuk kira-kira nak bayar duit kat Najib!! Hahahaha... Maklumlah hujung tahun. Tahun ni kira tahun pertama Unni handle semua ni tu yang serabut sikit. Tahun lalu ada Senior lagi, sekarang kena jadi senior la pulak😭😭.

Thanks buat you alls yang sudi singgah sini dan yang sudi tag Unni untuk join mana-mana GA/ Segmen. Allahmdulilah boleh terjoin. Yang sedih nya tak sempat baca entry kamu semua. Mana yang Unni tak sempat BW maaf tau.

Melaksanankan tugasan dunia tapi moga kita tak lupa tugasan akhirat. Moga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah agar sentiasa ingat pada maha PENCIPTA.

Hope kamu semua terus menulis dan memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu takkan pernah hilang dan takkan pernah putus. Ilmu juga yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.. Wallahualam.

Will back BOM Blog kamu.

Sekian.

Coretan Hati

23 December 2016

Bicara Pagi #23 ~ Zikir



Assalamualaikum,

Laailaha illallah. Sudahkah kita berzikir hari ini??

Apa itu Zikir?

Zikir merupakan bahasa arab yang membawa maksud INGAT dalam bahasa melayu. Siapa yang kita perlu ingat?? Tentunya ingat kepada Allah. Ingat Allah!! KuasaNya, kebesaranNya, nikmatNya,PenglihataNya, pendengaranNya, nikmatNya, nerakaNya, syurgaNya dan segala apa yang hubung kait dengan Allah itu la di katakan zikir.

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sesungguhnya orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat." Al-A'laa 14-15

Zikir ini luas dan kelebihan yang banyak. Ia mampu menghidupkan hati yang gelap, ia mampu menenaNgkan AMARAH, ia mampu menjauhkan kita dari sifat yang keji, ia mampu menjauhkan kita dari api neraka dan ia mampu membawa kita ke syurga.

Sesungguhnya Ingat la kita kepada Allah nercaya Allah akan ingat kepada kita. Dalam FirmanNYA.

"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau. Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."

Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat". 

Kisah Nabi Ibrahim AS walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. KENAPA?? kerana Baginda berzikir (ingat) kepada Allah.

Kisah Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat. KENAPA?? kerana Baginda sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.

Itulah  rahsia zikir yang terlalu besar nikmatnya sehingga mampu memberi kelebihan kepada seseorang. Mampukah kita sentiasa ingat (zikir) kepada Allah?? 

Berzikirlah merupakan tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.

"Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya."

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Sekian.
Coretan Hati

22 December 2016

Bicara Pagi #22 ~ Redha



Assalamualaikum,

Pernah tak kita tidak REDHA dengan sesuatu??

Apa itu REDHA?? Redha ialah menerima sesuatu dengan rasa tenang dan ikhlas tanpa ada rasa kecewa dan tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT samaada baik atau buruk, Redha merupakan sifat MAKRIFAH serta mahabbah kita kepada Allah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.

Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain?

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..." .

Di hari pembalasan kelak kita akan meniti titian sirat dan amalan kita akan dilewatkan untuk dihisap. KENAPA??

Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang orang yang kita tak redha tu. sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Padahal ketika itu semua orang berebut-rebut nak masuk syurga dahulu.

Selalu mendengar "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" .

Tapi kita tak sedar bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga tapi diri kita sendiri. Bahkan mungkin dia lebih dulu masuk ke syurga.. SEBAB??

Sebab sesudah meminta maaf kepada kita urusan dia selesai. Tapi kita?? seribu orang kita tak redha maka tunggu la kita seribu orang itu meminta maaf.

Ketahuilah Bertaubat itu ada dua perkara!! Bertaubat kepada yang Maha Pencipta dan meminta maaf kepada orang yang kita pernah sakiti. Jika orang itu tidak memaafkan maka itu urusan dia dengan Allah. Dan ini yang bakal terjadi jika kita tak REDHA atas kesalahan orang lain.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang baik dibalas baik yang jahat di balas jahat. Allah itu ada maka biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi dan biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Salinglah kita bermanfaan dan memohon maaf seikhlasnya supaya tiada yang tertinggal sisa baki titik hitam di dalam hati. In Sha Allah.

Wallahulam.

Sekian.
 Coretan Hati

20 December 2016

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

 SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu


Assalamualaikum,

Again.. hihihihihi.. Jum join segmen BW cuti sekolah bersama cikgu Ayu. Join je segmen nya BW kita buat nanti-nanti ya.

kali Cikgu Ayu membuat segmen yang simple jak tak susah pun!! klik banner tau tuk join. Lets Support to support.

Unni tag kamu kamu kamu dan kamu yerr :

Queen Bee by mek

By Cikgu Ayu
  segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..hingga hari SABTU 31/12/2016 jam 10.00 malam


Anniversary GiveAway

Anniversary GiveAway


Assalamualaikum,

Anniversasy Giveaway ini datang dari Tengku Sofia Aziz seorang pengedar shaklee yang telah menceburkan diri dengan dunia shaklee selama 4 tahun.

GA ni diadakan sempena Tengku Sofia Aziz genap 4 tahun dalam dunia shaklee pada 23 November 2016 baru-baru ini. Tahniah yerr akak 😍😍. Allahmdullilah kerjayaan dapat di nikmati.

Nak Magnetic memo holder macam banner?? kalau nak klik la banner tuk join. Moga rezeki kita, hanya 2 pemenang dicari dengan menggunakan Random.org.

So kalau nak order SHAKLEE boleh la berhubung terus ya..

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Pengedar Shaklee Gombak 012-3390665
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi

Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu
Instagram : shakleebysofia


BLOGLIST JANUARI TAHUN 2017

BLOGLIST JANUARI TAHUN 2017


Assalamualaikum semua,

Hai selamat petang!! Unni nak abiskan hari selasa dengan GA /segmen, risau esok-esok masa tak mengizinkan da . Sabar je la.

Jum join pencarian bloglist by dengan   blog cinta itu Indah sempena nak mencari bloglist baru tahun hadapan!! ramainya da buat persiapan kan untuk 2017 ni. kita mampu support je la. Hihihihi

So nak join just klik banner tau!! Let support to support. 27 Disember 2016 tarikh akhir.


AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment


Assalamualaikum,

Masih bersiaran dengan segmen!! Gigih sungguh, hihihihi. Idea banyak ni nak share, tapi masa yang tak mengizinkan, so kita join segmen jak ya.

Segemen datangnya dari AsyaAmin, merupakan segmen bloglist pertamanya bagi mencari bloglist tetap!! bukan bloglist bulanan tau!! bloglist tetap tu, so jum join ramai-ramai!!!

Nak join just klik Banner. Lets support to support.


Tarikh mula : 17 Disember 2016
Tarikh tamat : 23 Disember 2016

Terlalu cepatt, I guess. But that's enough kot ;D
Dijemput semua rakan blogger untuk join dan memeriahkan segmen ini!
Selamat bersegmen!

Btw, kepada yang dah follow blog saya but tak tersenarai dalam bloglist sedia ada pun dijemput join sama :)

SEGMEN BLOGLIST ISTIMEWA BLOGPADU.COM

http://www.blogpadu.com/2016/12/segmen-bloglist-istimewa-blogpaducom.html


Assalamualaikum,

Selamat pagi semua dan happy Tuesday. Apa khabar semua?? moga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Dan mulakan hari anda dengan pemikian positif.

Jum join Segmen Bloglist by BLOGPADU.COM  bagi mencari bloglist januari tahun hadapan. Nak join mudah je, just klik banner, syarat simple jak!! semudah ABC..

Buat Blogpadu.com bloglist Unni semua yang Unni Follow 😍😍.. Lets Support to support.

Tarikh Penyertaan :

Mula : 18 Disember (Ahad)
Tamat : 21 Disember ( Rabu )

Jangan risau, aku akan masukkan semua peserta SEGMEN BLOGLIST ISTIMEWA BLOGPADU.COM ini dalam bloglist blogpadu.com ini. Aku harap, korang juga buat perkara yang sama dekat blog korang. Bloglist main peranan dalam mendapatkan traffic blog dari rakan-rakan blogger.

Sekian. 


Bicara Pagi #21 ~ Gelap

Bicara Hati #21 ~ Gelap

Assalamualaikum,

Pernah kan kita merasai GELAP??? namun setiap hari kita ditemani gelap iaitu ketika datang malam hari.. Maka sinari la hidup ini.

Malam gelap hadirnya Bulan menyinari

Nak cahaya di dunia??
Pasang lilin.

Nak cahaya dalam kubur??
Al-Mulk + Tahajjud.

Nak wajah bercahaya-cahaya di akhirat??
Perbanyakkan sebut LA ILAHA ILLALLAH.

Jum buat persiapan bersama-sama kelak nanti ada cahaya menyinari kita. Sesungguhnya Allah telah memepemudahkan segala urusan kita di dunia.

Dalam Surah Luqman, ayat 20, Allah SWT berfirman yang tafsirnya:

“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir (seperti kesihatan dan kekayaan) dan yang batin (seperti ilmu pengetahuan dan akal).”

Wallahualam..

Coretan Hati

19 December 2016

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017


Assalamualikum,

Hai kamu semua lama tak BW kat blog kamu semua. Unni dilanda kesibukan, sangat-sangat!! Hahahaha sampai nak buka laman sosial pun tak sempat. Allahmdulilah hari ini ada kelapangan sedikit Unni menjeguk blog.

Kamu da join GA ni ka?? Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017.. GA datangnya dari MYiDEAKiNi sempena mencari bloglist yang berkualiti dan aktif!! Untung la kalau terlistkan. So jum Join.

Para pemenang juga bakal memenagi Topup, so jangan lepaskan peluang yang ada. In sha Allah kalau da rezeki tak ke mana kan.. So just klik banner tuk join.

Pemilihan 5 blogger terbaik lelaki dan 5 blogger perempuan akan di masukkan terus diruang BLOGLIST LELAKI DAN WANITA berdasarkan pemilihan secara rawak melalui sistem www.random.org

Mudahkan! Jadi tunggu apa lagi...Moh la join yer :)


Keputusan PT3 2016


Assalamualaikum,
Kementerian Pembelajaran Malaysia telah mengumukan bahawa 19 Disember 2016 merupakan tarikh keputusan pelajar  tingkatan 3 yang menduduki Pentasiran Tingkatan 3 ( PT3 ). 
Semakan secara Online dan SMS tidak disediakan. Semakan keputusan haruslah hadir ke sekolah masing-masing bagi calon sekolah manakalah calon persendirian boleh la berhubung dengan Jabatan pendidikan Negeri tempat mendaftar dahulu.

Tahniah buat anak saudara sahabat Unni, Afiqah Binti Abdul Razak dengan keputusan nya 10A 1B. Allahamdulilah, walaupun kawan Unni tu cakap anak sedara dia ni nagis sebab dapat Science B. Apa pun bersyukur apa yang ada..

Moga adik-adik semua terus maju jaya dan teruskan dunia pembelajaran!! mereka la masa depan negara..


Coretan Hati

17 December 2016

Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Bicara Pagi #20 ~ Sedekah

Assalamualaikum,

Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....

1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :

Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.

2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.

Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda

3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :

Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”

Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

- HR Hakim

5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk  ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

- HR At-Thabrani

6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

 - HR At-Thabrani

unni anje

16 December 2016

With Hijab You Are A Queen

﷽‎ 

With Hijab You Are A Queen

Assalamualaikum,

Allahamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari 16 Rabiul Awal 1438H bersamaan 16 Dicember 2016. Hari ini hari yang bakal berlaku hari pambalasan dan penamat segalanya '' QIAMAT '' Wallahualam.

Wahai Wanita sudah kah kita melaksanakan Tanggungjawab kita sebagai Wanita Pada Hari Ini?? 

Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah SWT berfirman :

'' Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.''

Aurat ku Maruahku, adakah kita masih menjaga maruah sebagai seorang wanita?? 

Apa itu AURAT??

Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu 'AURAH' yang membawa maksud KEAIBAN manakala istilah feqah bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup / dilindungi dari pandangan.

With Hijab You Are A Queen



Aurat itu perintah Allah sama ada suka atau tidak, ikhlas atau tidak!!! Tunggu seru baru nak pakai tudung?? bagaimana jika seru kematian menjemput dahulu?.. Hijab itu WAJIB jangan terlalu banyak alasan untuknya kelak nanti alasan tersebut membuat kita tak sampai ke SYURGA .. Wallahualam

Aurat itu AIB wanita, jagalah ia selagi masih sebaik mungkin. Jangan cemarkan maruahkan kita dengan membuka aib sendiri. Jaga aib mu dan sahabatmu, selagi itu ALLAH menjaga aib kita.

'' AKU INGIN CANTIK SEPERTI MEREKA DENGAN FESYEN TERKINI, TAPI AKU LAGI INGIN CANTIK DI MATA ALLAH, ''

Jadikan lah AURAT kita sebagai MAHKOTA kita. MAHKOTA yang bakal menjadikan kita AINUR MARDHIA

With Hijab You Are A Queen

Aku tidaklah sehebat dan semulia KHADIJAH, juga tidak se Taqwa AISYAH, dan tidak setabah FATIMAH. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang memiliki cita-cita menjadi. 'WANITA SOLEHAH

Amin Ya Rabbal
Jum berhijrah 😍😍😍
Sekian.


PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

http://www.huhahuhajerr.com/2016/12/pencarian-bloglist-january-2017-by.html

Assalamualaikum,

Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Allahdmulilah bertemu lagi penghulu segala hari pada hari ini 16 Rabiul Awal 1438H. Semoga kita sentiasa di lindugi Allah SWT.

Pagi-pagi ni sebelum kaki menjejak Office kita join dulu Segmen ni. Semangat kan!!! Hihihihi. Segmen datangnya dari Noor Akma blog www.huhahuhajerr.com sempena mencari bloglist yang baru bagi tahun 2017.Jika bilangan penyertaan melebihi dari target sebuah hadiah misteri menanti.

So jum dapatkan hadiah misteri dari Noor Akma dengan cara Klik Banner Untuk penyertaan. Moga kita dimurahka rezeki. Lets Support to support.

Facebook : Fitri Al-Fayyadh
Instagram : Unni_Anje
Twitter :  Unni_Anje


P/s : Pemilihan akan dilakukan secara rambang tapi akan juga di nilai melalui keaktifan blog dan memenuhi semua syarat diatas....