sumber Google |
Home » Archives for December 2016
30 December 2016
Salam Jumaat terakhir 2016
ISTIQAMAH
﷽
Assalamualaikum
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (Q.S Hud :112 ).
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):
"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Q.S Fushshilat 30)
"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Q.S Fushshilat 30)
"Wahai Rasulullah, katakana kepadaku perkataan tentang islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!" Beliau bersabda, 'Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamahlah". (HR. Imam Muslim)
''Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya''. (HR. Bukhari)
24 December 2016
Melaksanakan Tugasan Dunia
Assalamualaikum semua,
Maaf la da susah sangat nak berkunjung ke blog kesayangan kamu semua, Unni akhir-akhir sangat sibuk kira-kira nak bayar duit kat Najib!! Hahahaha... Maklumlah hujung tahun. Tahun ni kira tahun pertama Unni handle semua ni tu yang serabut sikit. Tahun lalu ada Senior lagi, sekarang kena jadi senior la pulak😭😭.
Thanks buat you alls yang sudi singgah sini dan yang sudi tag Unni untuk join mana-mana GA/ Segmen. Allahmdulilah boleh terjoin. Yang sedih nya tak sempat baca entry kamu semua. Mana yang Unni tak sempat BW maaf tau.
Melaksanankan tugasan dunia tapi moga kita tak lupa tugasan akhirat. Moga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah agar sentiasa ingat pada maha PENCIPTA.
Hope kamu semua terus menulis dan memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu takkan pernah hilang dan takkan pernah putus. Ilmu juga yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.. Wallahualam.
Will back BOM Blog kamu.
Sekian.
Coretan Hati
23 December 2016
Bicara Pagi #23 ~ Zikir
Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sesungguhnya orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.
"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat." Al-A'laa 14-15
Zikir ini luas dan kelebihan yang banyak. Ia mampu menghidupkan hati yang gelap, ia mampu menenaNgkan AMARAH, ia mampu menjauhkan kita dari sifat yang keji, ia mampu menjauhkan kita dari api neraka dan ia mampu membawa kita ke syurga.
Sesungguhnya Ingat la kita kepada Allah nercaya Allah akan ingat kepada kita. Dalam FirmanNYA.
"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau. Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."
Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat".
Kisah Nabi Ibrahim AS walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. KENAPA?? kerana Baginda berzikir (ingat) kepada Allah.
Kisah Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat. KENAPA?? kerana Baginda sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.
Itulah rahsia zikir yang terlalu besar nikmatnya sehingga mampu memberi kelebihan kepada seseorang. Mampukah kita sentiasa ingat (zikir) kepada Allah??
Berzikirlah merupakan tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.
"Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya."
Wallah hu ta'ala a'lam.......
Sekian.
Coretan Hati
22 December 2016
Bicara Pagi #22 ~ Redha
Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain?
"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..." .
Di hari pembalasan kelak kita akan meniti titian sirat dan amalan kita akan dilewatkan untuk dihisap. KENAPA??
Sebab Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang orang yang kita tak redha tu. sorang sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Padahal ketika itu semua orang berebut-rebut nak masuk syurga dahulu.
Selalu mendengar "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" .
Tapi kita tak sedar bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga tapi diri kita sendiri. Bahkan mungkin dia lebih dulu masuk ke syurga.. SEBAB??
Sebab sesudah meminta maaf kepada kita urusan dia selesai. Tapi kita?? seribu orang kita tak redha maka tunggu la kita seribu orang itu meminta maaf.
Ketahuilah Bertaubat itu ada dua perkara!! Bertaubat kepada yang Maha Pencipta dan meminta maaf kepada orang yang kita pernah sakiti. Jika orang itu tidak memaafkan maka itu urusan dia dengan Allah. Dan ini yang bakal terjadi jika kita tak REDHA atas kesalahan orang lain.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang baik dibalas baik yang jahat di balas jahat. Allah itu ada maka biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi dan biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.
Memaafkan orang. tak boleh baiki masa silam. tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Sedangkan Allah itu maha Pengampun apatah lagi kita hamba yang kerdil. Belajar memaafkan akan membuat kita lebih tenang.
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Salinglah kita bermanfaan dan memohon maaf seikhlasnya supaya tiada yang tertinggal sisa baki titik hitam di dalam hati. In Sha Allah.
Wallahulam.
Sekian.
Coretan Hati
20 December 2016
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu
Unni tag kamu kamu kamu dan kamu yerr :
Queen Bee by mek
Anniversary GiveAway
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
Instagram : cantik.sihat.menawan Instagram : hamil.berpantang.menyusu Instagram : shakleebysofia
BLOGLIST JANUARI TAHUN 2017
AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment
Segemen datangnya dari AsyaAmin, merupakan segmen bloglist pertamanya bagi mencari bloglist tetap!! bukan bloglist bulanan tau!! bloglist tetap tu, so jum join ramai-ramai!!!
Nak join just klik Banner. Lets support to support.
By AsyaAmin
Tarikh mula : 17 Disember 2016
Tarikh tamat : 23 Disember 2016
Terlalu cepatt, I guess. But that's enough kot ;D
Dijemput semua rakan blogger untuk join dan memeriahkan segmen ini!
Selamat bersegmen!
Btw, kepada yang dah follow blog saya but tak tersenarai dalam bloglist sedia ada pun dijemput join sama :)
SEGMEN BLOGLIST ISTIMEWA BLOGPADU.COM
By Blogpadu.com
Tarikh Penyertaan :
Mula : 18 Disember (Ahad)
Tamat : 21 Disember ( Rabu )
Jangan risau, aku akan masukkan semua peserta SEGMEN BLOGLIST ISTIMEWA BLOGPADU.COM ini dalam bloglist blogpadu.com ini. Aku harap, korang juga buat perkara yang sama dekat blog korang. Bloglist main peranan dalam mendapatkan traffic blog dari rakan-rakan blogger.
Bicara Pagi #21 ~ Gelap
Assalamualaikum,
Pernah kan kita merasai GELAP??? namun setiap hari kita ditemani gelap iaitu ketika datang malam hari.. Maka sinari la hidup ini.
Malam gelap hadirnya Bulan menyinari
Nak cahaya di dunia??
Pasang lilin.
Nak cahaya dalam kubur??
Al-Mulk + Tahajjud.
Nak wajah bercahaya-cahaya di akhirat??
Perbanyakkan sebut LA ILAHA ILLALLAH.
Jum buat persiapan bersama-sama kelak nanti ada cahaya menyinari kita. Sesungguhnya Allah telah memepemudahkan segala urusan kita di dunia.
Dalam Surah Luqman, ayat 20, Allah SWT berfirman yang tafsirnya:
“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir (seperti kesihatan dan kekayaan) dan yang batin (seperti ilmu pengetahuan dan akal).”
Wallahualam..
Coretan Hati
19 December 2016
Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017
By MYiDEAKiNi
Pemilihan 5 blogger terbaik lelaki dan 5 blogger perempuan akan di masukkan terus diruang BLOGLIST LELAKI DAN WANITA berdasarkan pemilihan secara rawak melalui sistem www.random.org
Mudahkan! Jadi tunggu apa lagi...Moh la join yer :)
Keputusan PT3 2016
Coretan Hati
17 December 2016
Bicara Pagi #20 : 6 Kehebatan Dhuha
Assalamualaikum,
Tahukan kamu akan kehebatan Dhuha?? Dhuha bukan hanya kunci rezeki tapi Dhuha adalah....
1. Sedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“ Setiap tulang sendi menjelang pagi memerlukan Sedekah. Untuk itu, Setiap Tasbih adalah sedekah, setiap Tahmid adalah sedekah dan setiap Takbir adalah sedekah, menyeru makruf dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Semua perbuatan itu adalah sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha.” - Riwayat Abu Dzar.
2. Kunci Rezeki. Allah SWT akan memberi nya rezeki yang cukup.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” - HR Abu Darda
3. Diampunkan dosa, seperti Firman Allah SWT :
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nercaya akan dimpuni dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.” - HR Tarmidzi.
4. Golongan Orang-orang yang bertaubat. Dalam Firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah SWT.”
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
- HR Hakim
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
- HR Hakim
5. Orang-orang yang istiqamah dengan dhuha, Allah telah menjanjikan masuk ke syurga melalui pintu khas yang di sediakan oleh Allah SWT. dalam Firman Allah SWT
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
- HR At-Thabrani
“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
- HR At-Thabrani
6. Sesiapa yang melakukan Dhuha 2 rakaat maka tercatat sebagai ahli ibadat dan orang-orang yang taat.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”
- HR At-Thabrani
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”
- HR At-Thabrani
Labels:
Bicara Pagi,
Ilmu Allah,
kata-kata hikmah,
Muslimah Sejati,
Solat
16 December 2016
With Hijab You Are A Queen
﷽
'' Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.''
Aurat ku Maruahku, adakah kita masih menjaga maruah sebagai seorang wanita??
Apa itu AURAT??
Aurat diambil dari perkataan Arab iaitu 'AURAH' yang membawa maksud KEAIBAN manakala istilah feqah bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup / dilindungi dari pandangan.
Aurat itu perintah Allah sama ada suka atau tidak, ikhlas atau tidak!!! Tunggu seru baru nak pakai tudung?? bagaimana jika seru kematian menjemput dahulu?.. Hijab itu WAJIB jangan terlalu banyak alasan untuknya kelak nanti alasan tersebut membuat kita tak sampai ke SYURGA .. Wallahualam
Aurat itu AIB wanita, jagalah ia selagi masih sebaik mungkin. Jangan cemarkan maruahkan kita dengan membuka aib sendiri. Jaga aib mu dan sahabatmu, selagi itu ALLAH menjaga aib kita.
'' AKU INGIN CANTIK SEPERTI MEREKA DENGAN FESYEN TERKINI, TAPI AKU LAGI INGIN CANTIK DI MATA ALLAH, ''
Jadikan lah AURAT kita sebagai MAHKOTA kita. MAHKOTA yang bakal menjadikan kita AINUR MARDHIA.
Aku tidaklah sehebat dan semulia KHADIJAH, juga tidak se Taqwa AISYAH, dan tidak setabah FATIMAH. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang memiliki cita-cita menjadi. 'WANITA SOLEHAH '
Sekian.
PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com
Assalamualaikum,
Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Allahdmulilah bertemu lagi penghulu segala hari pada hari ini 16 Rabiul Awal 1438H. Semoga kita sentiasa di lindugi Allah SWT.
Pagi-pagi ni sebelum kaki menjejak Office kita join dulu Segmen ni. Semangat kan!!! Hihihihi. Segmen datangnya dari Noor Akma blog www.huhahuhajerr.com sempena mencari bloglist yang baru bagi tahun 2017.Jika bilangan penyertaan melebihi dari target sebuah hadiah misteri menanti.
So jum dapatkan hadiah misteri dari Noor Akma dengan cara Klik Banner Untuk penyertaan. Moga kita dimurahka rezeki. Lets Support to support.
Facebook : Fitri Al-Fayyadh
Instagram : Unni_Anje
Twitter : Unni_Anje
By Noor Akma
P/s : Pemilihan akan dilakukan secara rambang tapi akan juga di nilai melalui keaktifan blog dan memenuhi semua syarat diatas....