09 June 2017

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah | Allahamdulilah mood masak ni makin menjadi, lagi bila tengok stok semua ada, macam nak masak semua jak. Nasib la duduk sorang kalau masak banyak pun sapa nak habiskan. Ni pun masak sejenis, separuh bagi kat jiran sebelah. So hari ini kita buat masakan paling mudah, main campak-campak jak maka terhasil la ayam masak kunyit.

Masakkan Unni semua memang berasakan cili api, kalau tak da cili api selera makan memang down sikit, wajib ada pedas dalam masakan. Jum follow resepi campak-campak Unni nie.

Resepi Ayam Masak Kunyit Masakan Paling Mudah
Ayam Masak Kunyit 


Resepi Ayam Masak Kunyit

Bahan-bahan


  1. Ayam 1/2 kg - di potong dadu
  2. Sebuk Kunyit
  3. Bawang putih  2 ulas - di tumbuk
  4. Bawang Merah 2 ulas - di tumbuk
  5. Cili api ikut kepedasan - di tumbuk
  6. Lada Besar - di potong-potong
  7. Kacang panjang 2-3 batang - di potong-potong
  8. Sedikt garam
Cara membuatnya


  1.  Ayam di perap bersama-sama kunyit dan sedikit garam.
  2. Bawang putih, bawang merah dan cili api di tumbuk sampai lumat.
  3. Bawang besar, kacang panjang dan lada besar di potong-potong ( ikut suka )
  4. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi sampai naik bau.
  5. Masukkan ayam yang di perap  tadi, gaul sehingga ayam masak.
  6. Masukkan kacang panjang dan gaul seketika.
  7. Kemudian masukkan bawang besar dan lada besar, gaul sehingga sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Nota Tambahan

* Ayam tu boleh juga di goreng dahulu.
* Unni letak garam secukupnya semasa perap ayam so time masak tak perlu letak garam atau perasa tambahan sudah.
* Cili api ikut suka nak letak atau tak.

Selamat mencuba

6 comments:

  1. Fuhh unni dan cili bpisah tiada

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum unni lama tak singgah sini.. Sedap nampak menu ni walaupun simple.. Suami akak suka ayam masak style gini

    ReplyDelete
  3. Dah lama sangat tak makan ayam goreng kunyit macam ni. Biasanya mesti goreng garing2 gitu. Sedap pulak, lagi best partner dia sambal belacan.Aummmm

    ReplyDelete
  4. favourite ni ayam masak kunyit..

    ReplyDelete
  5. Style tu letak cili api. Tak terpikir pula kak ana. Next time Boleh cuba.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^