31 March 2017

Bloglist Hilang Dari Radas

﷽‎ 

Assalamualaikum,

Blogger buat hal lagi!!! Hanya mampu berhuhuhuhu... Selepas awal tahun baru-baru ni blogger buat hal Follower Hidden baca kat SINI, hari ini pula semua bloglist hilang entah kemana. Hahahahaha

Kalau perasan kat side blog Unni ada 3 jenis Bloglist!!! Bloglist Komuniti Blogger Sabahan, Cinnamon ( blogger wanita kesayangan Unni ) dan Cassia ( blogger lelaki kesayangan Unni ). Blogger ni Unni akan sentiasa singga walaupun ada kekangan masa sikit. 

Nampaknya Unni kena lah cari kamu-kamu semua, maybe ambil masa sikit sebab Unni x simpan copy... Kalau kamu, kamu dan kamu nak jadi bloglist Cinnamon dan Cassia pun boleh.. just tinggalkan link blog nnti unni masukkan.

Hihihihi tu jak nak sampaikan jangan ingt Unni delete kamu pulak dari bloglist yer!! 

Salam Sayang


Bicara Pagi #38 ~ Berbohong Yang Dibolehkan

﷽‎ 

Berbohong Yang Dibolehkan

Assalamualaikum,

Berbohong dan berdusta adalah perbuatan yang dilarang namuin dalam islam ada beberapa aspek berbohong yang dibenarkan.

Ummu Kultsum bin 'Uqbah bin Abu Mu'aith dan ia termasuk perempuan yang turut hijrah dalam kelompok pertama yang berbaiah kepada Rasulullah SAW bahwasanya ia pernah mendengar 

Rasulullah SAW bersabda:

  أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ اللَّاتِي بَايَعْنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

"Orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan, dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan bukanlah termasuk pendusta."

  [ HR Muslim ]

lbnu Syihab pula berkata:
 
'' Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal, yaitu; dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami ( untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan )''.

 [ HR Muslim ]

Islam mengharuskan berbohong demi memelihara jiwa, harta dan harga diri dalam tiga hal:

1. Dalam strategi peperangan
2. Dalam usaha mendamaikan antara pihak yang sedang bergaduh
3. Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan suamu isteri

Perang itu adalah tipu daya dan strategi peperangan tidak boleh diketahui oleh musuh.

Bagi mengelakkan sesuatu yang boleh mendatang kemarahan dari dua pihak yang yang sedang berselisih melalu sebuah perkhabatab yang mendamaikan . Seperti contoh memberikan buah tangan untuknya dan menyatakan bahawa di Dia ( musuhnya ) seorang yang baik hati yang mengirimkan untuknya.

Dalam rumah tangga bagi memelihra kebahagian dan keharmonian dalam berumah tangga seperti contoh suami memuji masakan isterinya yang sedap walhal masak itu tidak sekali pun seperti yang digambarkan.

Moga bermanfaat
Berbohong Yang Dibolehkan


30 March 2017

Ayat-Ayat Sajaddah Dalam Al-Quran

﷽‎

Ayat-Ayat Sajjadah Dalam Al-Quran
Assalamualaikum

Seperti yang diketahui bahawa ayat-ayat Sajjadah yang terkandung dalam Al-Quran ada 15 ayat.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْرَأَهُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَجْدَةً فِي الْقُرْآنِ، مِنْهَا ثَلَاثٌ فِي الْمُفَصَّلِ، وَفِي سُورَةِ الْحَجِّ سَجْدَتَانِ

''Sesunggunya Rasulullah SAW membaca 15 ayat sajjadah dalam Al-Quran, 13 ayat dalam surah Mufashal dan 2 ayat dalam surah Al-Hajj''.

Namun dinyatakan bahawa bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’. 

15 Ayat-ayat sajjadah.

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 

إِنَّ الَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud ”.

2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15


وَللَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى السَّمَاوَاتِ وَالاَْرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَالُهُم بِالْغُدُوِّ وَالاَْصَالِ

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud ”.

3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 


وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَالْمَلآئِكَةُ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para ma]aikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)”.

4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109


اِنَّ الَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّدًا  وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً  وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا


Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. – Dan mereka berkata, “Maha Suci Tuhan kami, Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. – Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu”.

5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58

إذَا تُتْلَى عَلَيْهِم آياتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجّداً وَبُكِيّا

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis”.

6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الأرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاء


Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan siapa yang dihinakan Allah Maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dia kehendaki”.

7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” 

8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَنِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Sujudlah kamu sekalian kepada yang Maha Penyayang”, mereka menjawab, “Siapakah Yang Maha Penyayang itu? apakah kami akan sujud kepada Tuhan yang kamu perintahkan kami (bersujud kepada-Nya)?” Dan (perintah sujud itu) menambah mereka jauh (dari iman)”.

9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26


أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ  اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

 “Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi, dan Yang Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. – Allah, tiada Tuhan yang disembah kecuali Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang besar”.

10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآياتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ

Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan mereka tidaklah sombong”.

11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْخُلَطَآءِ لَيَبْغِى بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسْتَغْفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ

Daud berkata: "Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka ini". Dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat.

12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38

  فَإِنِ اسْتَكْبَرُوا فَالَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ يُسَبِّحُونَ لَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُمْ لا يَسْأَمُونَ

Jika mereka menyombongkan diri, maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepada-Nya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak jemu-jemu”.

13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62


فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا

Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)”.

14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 

وَإِذَا قُرِىءَ عَلَيْهِمُ الْقُرْءَانُ لاَ يَسْجُدُونَ
Dan apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud”.



15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19


كَلاَّ لاَ تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ
Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan”.


Wallahualam.

Moga bermanfaat untuk kita semua.

Ketahui ada apa dengan ayat-ayat Sajjadah di SINI.


Ketahui Apa Itu Sujud Sajaddah

﷽‎ 

Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah

Assalamualaikum,

Allahamdulilah masih diberi nikmat untuk menulis. Tahukah anda akan tentang sebuah sujud, iaitu Sujud Sajaddah.

Apa Itu Sujud sajaddah??

Sujud Sajaddah dikenali sebagai Sujud Tilawah. Tilawah membawa maksud sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ''Ayat-ayat Sajaddah'' daripada Al-Quran. Ayat-ayat tersebut dikenali dengan tanda garis atau simbol dan tertulis perkataan sajaddah.

Contoh tanda garis/simbol dan perkataan sajaddah.

Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 - Quran Explorer (IndoPak Script)
Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 - Yusuf Ali Quran
Ketahui Apa Itu Sujud Sajadah
Namun dalam Al-Quran pada masa kini ayat-ayat sajjadah diakhiri dengan simbol ini 

Ayat-ayat Sajaddah

Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajaddah iaitu: 

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 
15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19

Baca di SINI untuk ketahui ayat-ayat Sajaddah

Nota: 

Perlu dinyatakan bahawa bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’.

Syarat Sah Sujud Sajaddah

1. Suci badan, pakaian dan tempat sujud. 
2. Menutup aurat. 
3. Menghadap kiblat. 
4. Sujud setelah selesai membaca Ayat Sajadah. 
5. Jika berjemaah wajib mengikut Iman.

Rukun Sujjud Sajaddah
1. Niat -  ''sahaja aku sujud sajaddah kerana Allah Taala''
2. Takbirayul Ihram.
3. Bacaan sujud
4. Memberi Salam 
                  
Bacaan sujud  

Sajada  wajHiya  lilladziy  kholaqohu  washawwaraHu  wasyaqo  sam‘aHu  wabashoroHu  bihaulihi  waquwwatiHi  fatabaarokaL  LaaHu  ahsanul  khooliqiyn
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

Hukum Sujud Sajaddah adalah Sunat Mu'akad ( sunat yang digalakan ).

Sabda Rasulullah SAW:

Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)

Moga ia menjadi penambah amalan kita dalam kehidupan.

Moga bermanfaat.


29 March 2017

WORDLESS WEDNESDAY #13

Pulau Mantabuan Semporna

Bicara Pagi #37 ~ Setiap Kebaikan Adalah Sedekah


Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
Assalamualaikum,

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala. Muslim amatlah dituntu dalam melakukan amal kebaikan sesama muslim.

Dari Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

"Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu". 

[ HR Tirmizi ]

Sedekah menrangkumi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang tulus dan ikhlas dalam usaha manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.

Antara bentuk kebaikan yang setiap hari kita boleh amalkan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.

Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu yang boleh. Moga ia menjadi pahala diakhirat.

Moga bermanfaat.

28 March 2017

Keistimewaan Bulan Rejab

﷽‎

Assalamualaikum,

Allahamdulilah dengan Izin Allah, 29 March 2017 bersamaan rabu masuk la kita 1 REJAB 1438H. Bulan Rejab merupakan penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT.


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Apa Maksud REJAB?? Rejab membawa maksud KEAGUNGAN, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

Bulan Rejab diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 36, bermaksud :


Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab,  Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW dan hijrah pertama dalam Islam.

Pada bulan Rejab umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut: 

Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah Malam dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”

Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 194-271 dan Surah At-Taubah ayat 2,36-37 ada menyebut mengenai bulan Rejab secara tidak langsung.

Wallahua’lam.

Moga bermanfaat

27 March 2017

Pencarian Blogger Sabah : Komuniti Blogger Sabahan

﷽‎

  Pencarian Blogger Sabah : Komuniti Blogger Sabahan

Assalamualaikum,

Nampak tajuk macam otai blog pula kan!! Padahal newbie je dalam dunia blogger ni!!! Sebenarnya Unni agak jeles dengan Blogger Utara, Blogger JDT yang selalu buat aktiviti sesama rakan blogger. Kami kat Sabah mau juga bah!! hihihihi

Allahamdulilah hasil perbincangan dengan Blogger comel kita sorang ni Junzie, kami da sepakat nak buat ''Komuniti Blogger Sabahan'' bagi mengeratkan silaturahim sesama blogger Sabah. Hope adalah sambutan kan...

Sabah kan salah satu pusat pelancongan !!1 Mana tahu boleh travel sama-sama.. In shaa Allah.. So jika kamu blogger yang kami cari boleh la hubungi kami

Subjek : Saya Blogger Sabah
Nama :
No Hp :
Lokasi :
Nama Blog : 

So boleh la sent detail kat 

Email Unni sendiri : Fitriyani.fendi91@gmail.com
Blogger Junzie : Mrshafizie@gmail.com

In Sha Allah boleh kita kumpul ramai-ramai, share pendapat, pengalaman blogger dengan Face to Face kan.. Kot-kot boleh buat gabugan dengan blogger seberang, sapa tahu.. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya...

Sapa sudi boleh la bantu kami war-warkan!!!




26 March 2017

Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May

﷽‎ 

Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May
Klik Banner Tuk Join

Assalamualaikum,

Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May.. Jum join!! dengan syarat yang mudah..

Syarat nak join pencarian ni senang jeee:

1. Ehem, mestilah kena follow INI
2. Follow instagram INI (ada chance tinggi ni)
  * kalau tade insta, mention ye dalam post!
3. Tag kawan blogger at least 4blogger sahaja!
4. Tajuk entry mestilah "Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"
5.  Link kan blog INI pada banner and copy balik syarat-syarat ni, okay?

Unni Tag : Kak Sha, MellyaRII dan #JMBELOG

Lets Support to support

Segmen: Follow Me ! Mac 2017

﷽‎ 

Segmen: Follow Me ! Mac 2017
Klik Banner Tuk Join

Assalamualaikum,

Jum join segmen by Shahirahsarmy. Tambah rakan blogger sambil-sambil tambah view blog kita!! Let support to support, just klik banner tuk join.

Id blog : 5696939556486975506


........................................... 24 Februari-31 Mac 2017 ...........................................

Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?
23/03/2017 - 31/03/2017
JOM JOIN SEGMEN INI ;)

Giveaway by Hanis Masturina

‎ 

Giveaway by Hanis Masturina
Klik banner tuk join
Assalamualaikum,  

Jum join GA by Hanis Masturina dengan hadiah yang gempajk dan syarat yang mudah.

Terma & Syarat  

1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.  
2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ INI.
3) Wajib follow instagram INI follow FB INI
4) Wajib buat entri bertajuk "Giveaway by Hanis Masturina" dengan sertakan banner diatas kemudian backlinekan ke entri INI
5) Letak link entri anda diruangan komen di SINI

Let support to support.. Just klik banner!!




Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

﷽‎ 

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Klik Banner Tuk Join

Assalamualaikum,

Jum habiskan hujung minggu ber GA,.. memandangkan minggu ni free je so Unni akan join semua GA yang ada.. In Sha Allah..

GA ini datangnya dari Shaidatul Aireen yang megajak kita semua support bisnes dia.. so jum Support to support just klik banner tuk join.

Instagram : Unni_Anje
Email : Fitriyani.fendi91@gmail.com

Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017

23 March 2017

Aku Menjadi Niqabis

﷽‎ 

Part 3 : Kisah Tentang Aku

Dulu,
aku hanya seorang gadis,
aku hanya seorang wanita,
aku hanya seorang perempuan.

Seorang gadis,
yang hanyut dengan
dunia sementara.

Seorang wanita,
yang leka dengan
cinta manusia.

Seorang perempuan,
yang lupa dengan
kewujudan Allah.

Namun,
hati ini kosong,
hati ini sedih,
hati ini kecewa,
kerana hidup tanpa Allah.

kini,
aku mencari Allah,
aku ingin menjadi muslimah,
muslimah yang patut akan syariat Allah.

Tudung labuh,
aku  melabuhkan tudung,
tanda aku seorang muslimah,
tanda aku takut akan azab Allah.

Namun,
aku masih lemah,
lemah dengan dunia,
lemah dengan godaan,
lemah dengan nafsu.

Menjadi niqabis,
aku memilih berniqab,
tanda aku tak ingin menjadi lemah,
tanda aku ingin mendidik akhlak.

Menjadi niqabis,
agar aku tahu erti kesabaran,
agar aku tahu erti ketabahan,
agar aku tahu erti pejuangan.

Menjadi niqabis,
mengajar aku erti malu,
mengajar aku erti tawaduk,
mengajar aku erti riak,
mengajar aku erti hebatnya seorang muslimah.

Aku seorang niqabis,
yang ingin menghidupkan Sunnah,
yang ingin menjadi muslimah sejati,
yang ingin menjadi bidadari di Syurga Allah.

Dengan Izin Allah,
Istiqamah hingga kemenangan..

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku




20 March 2017

Terima kasih Wahai Kekasih



Part 2 : Kisah Tentang Aku


Dulu,
kaulah orang pertama dalam hidupku,
kaulah orang pertama yang lebih ku jaga daripada diriku,
kaulah orang pertama yang selalu ku hubungi melebihi ibuku,

Dulu,
kaulah orang yang selalu memberi perhatian kepadaku,
kaulah orang yang selalu menjagaku,
kaulah selalu memberi senyuman kepadaku,
kaulah orang yang menemami setiap jalanku,

Itu dulu,
ku mengharap kasih darimu,
ku mengharap cinta darimu,
ku mengharap rindu darimu,

Sekarang tiada lagi,
ku lepaskan kau pergi
ku perbaiki masa depanku,

Sekarang,
Lihatlah wanita ini,
wanita yang dulu kau khianati,
wanita yang dulu kau berikan kata-kata indah,

Kini,
kerana kaulah aku belajar bagaimana ikhlas melepaskan,
kerana kaulah aku belajar bagaimana sabar menerima pengkhianatan.
kerana kaulah aku belajar erti kecewa,

Kini,
sayang tidak lagi bererti,
berharap tidak akan lagi,
kecewa cukup sekali,
dan jodoh hanya urusan Sang Ilahi,
menanti dan perbaiki diri itu jauh lebih bererti,
lelaki yang baik buat masa depan nanti tetap akan datang dengan cara yang diredhai.

Terima kasih,
atas pertemuan itu,
atas pengkhiatan itu,
kerana itu yang membuat siapa aku hari ini.

Terima Kasih Atas Pertemuan itu Wahai Insan Allah

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku




18 March 2017

Bicara Pagi #36 ~ 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT


 3 Perkara Yang Di Haramkan Dan Dibenci Oleh Allah SWT
Assalamualaikum,

Ada 3 perkara yang di haramkan, perkara yang telah di lakukan pada zaman jahiliyah dan 3 perkara yang amat di benci oleh Allah SWT.

Dari Mughirah bin Syu'bah berkata Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

"Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, dan tidak suka memberi dan suka meminta-minta. Dan membenci atasmu tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta."

[ HR Muslim ]

Seorang Muslim diharamkan melakukan tiga perkara:

1.  Derhaka kepada ibu
2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup
3.  Tidak suka memberi (bakhil, sombong & tidak menunaikan hak harta seperti zakat, sedekah) dan suka meminta-minta

Allah benci tiga sifat jika dilakukan oleh seorang Muslim:

1.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (sekadar copy & paste) @ suka forward tanpa disahkan kebenarannya.
2.  Banyak bertanya (bertanya pada perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kesukaran kepadanya).
3.  Menyia-nyiakan harta (boros dan membazir)

Jauhilah sifat buruk dan akhlak keji dalam hidup kita.


17 March 2017

Uyul Rosli 1St Giveaway

﷽‎

Uyul Rosli 1St Giveaway
Klik Banner Tuk Join

Assalamualaikum,

Ga by Uyul Rosli merupakan 1st giveway dari Uyul. Jum join selagi masih berkesempatan. dengan hadiah yang menarik. Just klik banner tuk join.

Pemenang akan di pilih secara random dan dadiah hebat menanti.

Hadiahnya adalah..
3 x 100pcs Name Card (T & C)
2x RM10 Topup
2x RM 5 Topup

............................. Tamat 24 March 2017 .............................

Hukum Mesej Berantai

﷽‎ 

Hukum Mesej Berantai
Assalamualaikum,

Apa kah kita faham tentang mesej berantai?? mesej yang kini sangat popular di mana-mana laman sosial terutamanya whatsapp, kalau dulu selalu dapat melalui SMS dan surat. 

Unni dapat soalan dari seorang hamba Allah, 

''Akak apa hukum mesej berantai dan macam mana yang di maksudkan dengan mesej berantai?''

Mesej berantai hukum adalah HARAM dan SYIRIK, kerana bukan manusia yang menentukan qada dan qadar sesama manusia, tetapi telah di tetapkan oleh Allah SWT.

Antara Contoh-contoh mesej berantai

'' siapa tidak menghantar meej ini akan di timpa musibah''.

'' Siapa yang menghantar mesej ini, dalam masa dua jam orang tersayang akan datang kerumah anda''.

'' Siapa tidak menghantar mesej ini, akan kehilangan orang tersayang''.

'' Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah''.

'' Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita gembira daam masa 24 jam''.

Dalam erti kata pendek, mesej berantai merupakan satu perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.


Hati-hati dengan perkongsian yang kita dapat, pastikan baca dan fahami terlebih dahulu sebelum Kongsi kepada rakan lain.

Wallahualam

Moga bermanfaat.


Bicara Pagi #35 ~ Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah

﷽‎ 

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah
Assalamualaikum,

Hubungan silaturahim adalah satu tuntutan dalam islam, barang sesiapa yang memutuskan silaturahim boleh menyebabkan doa tidak makbul dan sebaliknya, baca kat SINI.

Dari Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim)."

[ HR Abu Daud ]

Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga:

1.  Diluaskan rezeki (murah rezeki)
2.  Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).

Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.

Marilah kita memelihara hubungan dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

Moga bermanfaat.




16 March 2017

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Tips Nak Mula Bertudung Labuh | Allamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, hari ini Unni terdetik hati nak share tip-tip macam mana Unni mula bertudung labuh. Baca kat SINI kisah Aku dan Tudung Labuh. Moga Allah masih memberi kita hidaya untuk menutup aurat dengan sempuran.

Tips Nak Mula Bertudung Labuh

Nak bertudung labuh ni kena la slow-slow bukan senang tau nak berubah secara terus, hijarah itu perlu step by step!! Mulakan hijarahmu dengan Niat yang betul, kerana ALLAH SWT.

Tip Nak mula bertudung labuh


1. Niat dan minat. Bila kat hati kamu suka tengok orang bertudung labuh itu adalah salah satu hidayah yang Allah turunkan kat kamu. Maka kejar la hidayah itu.

2. Bila niat dan minat da kuat. Benda pertama nak buat adalah DELETE semua gambar-gambar yang mendedahkan aurat di laman sosial.

3. Mula labuhkan pakaian then tudung yang sedia ada tu ubah la fesyen dia jadi labuh sikit ( tutup bahagian dada ). So orang sekeliling pun tak da aneh tiba-tiba nampak kita berubah terus. Slow-slow.

4. Mula la sarungkan stoking dan pakaian handsock. Sebab kaki tu kan aurat.

5. Sambil-sambil tu mula la beli tudung labuh peringkat-peringkat. Bidang 50, 55, 60.

6. Paling penting adalah istiqmah yang berterusan tanpa putus asa. Abaikan orang nak cakap apa sebab kita nak cari redha Allah SWT bukan redha manusia. Kuat dan tabah. Sentiasa ingat akan azab Allah SWT.

7. Jangan pandang lagi tudung-tudung lama, sorokan sedekah orang buat la apa yang patut. Walaupun harga beratusan. Harga mahal tapi kalau tak ikut syariat kan rugi. Rugi duit dan rugi dosa.

8. Bila da slow-slow, kita sendiri dan orang akan terbiasa dengan perubahan kita, so tak da lah yang nk judge kita kan!!

Itu je senang kan.. Ini lah Unni buat time mula-mula nak mengunakan tudung labuh.. Hidayah Allah SWT tu mahal tau. Sebab tu kita perlu kejar bukan kita tunggu.

Allahamdulilah dalam bertudung labuh sekali gus akan mendidik akhlak kita menjadi lebih baik sebab apa? sebab pakaian yang kita guna, melambangkan suci nya agama kita. Takkan pakai tudung labuh nak maki-maki orang kan ( kalau ada pun, no komen ).

Perkongsian bersama ini la pic pertama Unni labuhkan tudung, Tudung sedia ada bidang 45 jadikan ia labuh macam ni.

Dalam surah An-Nur ayat 31 :

''Hendalah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutui dada-dada mereka''

Sekian.

Moga Bermanfaat.

Coretan Hati