11 April 2017

Aku Bukan Ustazah

﷽‎

Part 4 : Kisah Tentang Aku

Jangan kau sangka,
labunhnya tudung ini,
tanda alimnya aku.

Jangan kau sangka,
tetutupnya muka ini,
tanda sucinya aku.

Jangan kau sangka,
indahnya bicara ini,
tanda baiknya aku.

Aku bukan insan sempurna
bukan sebaik yang disangka,
bukan semulia bagai ulama,
bukan tak pernah bercinta,
bukan jua ingin ke neraka.

Aku juga sepertimu,
masih tercari-cari,
segenap cahaya untuk
menerangi sepanjang perjalananku.

Aku bukan ustazah

walaupun,
aku tutup aurat dengan sempurna,
aku jaga batas pergaulan,
aku ikut sunnah Rasulullah,
aku jalankan kewajipan muslimah,
aku jaga iman di dada.

Namun,
aku malu dengan tasbihnya langit yang luas,
aku malu dengan zikirnya laut,
aku malu dengan ketaatan fajar.

Kerana,
tasbihku, zikirku dan ketaatanku
pada Allah yang Maha Esa
hanya setitis air yang penuh dengan dosa

Andai aku melakukan kesalahan,
bantuhlah aku, tegurlah aku,
tapi jangan hina aku,
kerana aku bukanlah ustazah.

Aku sedang berusaha,
bukan berusaha menjadi
lebih baik dari org lain,
tetapi berusaha menjadi
lebih baik dari diriku yang dahulu.

Aku bukan ustazah,
bukan jua ingin menjadi ustazah,
aku hanya seorang pendosa,
pendosa tanpa noktah
yang ingin mencari redha Allah.

Part :  | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 7 |

Kisah Tentang Aku






18 comments:

  1. Assalamualaikum ... kak mia limpas dulu.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kita nak jadi lebih baik daripada diri yang dulu, bukannya nak jadi lebih baik daripada orang lain. Itu pun dah susahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tak guna jadi lebih baik dari org lain.. cukup la lebih baik dari dahulu

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Semoga sentiasa mendapat keredhaanNya.

    ReplyDelete
  4. Best pulak baca baris-baris ayat ni unni.. Pandai unni main dengan kata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje2 je kak lea... 2 minggu baru smpai ilham full hihihihii

      Delete
  5. Walaupun mungkin dari segi pemakaian kita, orang akan ingat kita ni ustazah. Tp sebenarnya kita juga seorang pendosa. Hamba yg tidak lari dari melakukan kesilapan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ramai sgt y peli.. buat salah sikit pun da kena kecam, pdhl kita ni baru nk melangkah kearah y lebih baik

      Delete
  6. Kata2 mcm sebuah puisi, pndai uni menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 je asha.. baru nk asa bakal y entah apa2... btw thks..

      Delete
  7. Good one. Kita semua pendosa. Tapi sentiasa nak jadi yang lebih baik setiap hari 😊

    ReplyDelete
  8. Pernah dulu ada sepupu kak ekin perempuan la dia nampak kak ekin pakai tudung labuh ..masa tegur ayat dia kata macam. Ni shikin dah nak berubah jadi ustazah ke bertudung labuh ni.. Geram jugak kadang2 macam menghina pulak kita pakai tudung labuh..klau ikut hati nak jer kata kat dia baik bertutup dari terdedah buah epal yang besar tu daripada pandangan org pakai tudung singkat lepas tu duk main tarik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory unni tercerita dekat komen ni hihihihi

      Delete
    2. kan ash.. unni mula2 pun kena macam tu, memang sakit hati tp tu la namanya cabaran, manusia memang mcm tu, nmpak je labuh msti pikran tu konon kita nk jadi ustazah... pdhl dia x tahu bukan ustazah je perlu yudung labuh tapi semua wanita islam...tapi kita bersyukur sbb Allah bgi kita hidayah y org lain x dpt..cik ash cerita bnyak2 pun tak lagi suka baca...

      Delete
  9. aida suka ----> menjadi baik bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri lebih baik dari yg dulu.
    tq for these reminders, Unni.
    aida ni masih berusaha ke arah yg lebih baik juga. in shaa Allah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^