04 April 2017

Part 2 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Part 2 ~ Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu | Hari kedua kami meneruskan pendakian, seawal jam 1.00Am Unni da bangun siapkan kelengkapan. Walaupun sesak nafas masih dirasai, sekitar jam 10 malam tadi tiba-tiba sesak nafas menyerang ,tido memang tak lena tapi semangat tu kuat di dada. Alhmdulilah dalam 12.00Am hujan da mula reda, so pendakian dapat diteruskan. Part 1 baca kat SINI.



Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Sabah

Jam 2.00Am, Unie kejutkan rakan-rakan yang lain sebab restoren Rest House da buka.Kak Rin dan Kak Rinna tak dapat menerusakan pendakian ke Puncak. So  sebmbilan orang bermakna hanya 7 orang sahaja yang akan meneruskan pendakian pagi itu.

Supper sebelum meneruskan pendakian. Makan tu bia berpada-pada sebab kali ni laluan betul-betul mencabar. Time pendakian tak dapat ambik gambar gelap sangat, disini la head lamp tu memainkan peranan. Kat sini Unni hampir tak dapat meneruskan keadaan dada menguji pagi tu mungkin sebab perubahan cuaca, tak doa dalam hati '' AKU NAK SIJIL BERWARNA, YES AKU BOLEH''.

Laban Rata 6.0KM bersamaan 3,290 Meter dari aras laut.. Tepat jam 3.00Am kami meneruskan pendakaian.

Perjalanan sepanjang ke 7.0KM kami hanya menaiki tangga, tangga seperti Ular.. Unie da semakin lelah kat sini kaki masih mampu bergerak namun keadaan gelap sejuk menyukarkan pernafasan. Namun Unie tetap gagahkah langkah..

Terasa menyesal pulak tak traning sungguh sebelum naik.. Maling gunung maklum kan kena sampai ke cheak Point Sayat-Sayat sebelum jam 5 kalau tak, tak boleh teruskan pendakian.. Hp menunjukan jam 4.02Am.. 6.5KM pun tak sampai lagi..

                       
Gambar ni di ambil semasa turun ke Laban Rata, Nampak tak kenapa unni gelar ni merupakan tangga ular??? dari Laban Rata 6.0KM ke  check point sayat-sayat 7.0KM , dalam 1KM perjalanan kamu hanya menaniki tangga ni. Seawal jam 3.00am meredah tangga ni dalam keadaan gelap, sejuk, tak tranning, nak nagis rasanya..

Tepat jam 4.58Am Unie sampai pondok sayat-sayat 7.0Km, 3,653 Meter merupakan cheak Point Sayat-Sayat.. Sempat juga sampai, Unie bersama seorang lagi pendaki India merupakan pendaki terakhir yang dapat meneruskan pendakian kepuncak, manakala pendaki yang di belakang terpaksa menghentikan pendakian mereka.

Da tak boleh cakap apa.. tudung pun da senget.. Bila nampak gambar ni Unie sendiri tak sanggup.. Tapi setiap langkah itu kenangan.. Mentari makin kelihatan. Unni merupakan pendaki yang terakhir, time ni nafas da betul-betul tak boleh tahan.. Berhenti seketika, dalam mulut hanya istifar then set mind Unie you Can do it.. Rasanya setiap 10 langkah unie akan berhenti berehat.

jam 6.20Am, hati da semakin gembira bila jampak tu.. Tu la lows peak 8.7KM, tapi kat sini tak sampai 8.0KM lagi..huhuhuhu.. Peritnya time ni..

8.0KM tepat jam 6.48Am, 3,929 Meter.. Jika diukur puncak Kinabalu adalah 8.7KM dari pondok Timpohon tapi pendakian 9.0KM kerana laluan sebenar telah ditutup akibat runtuhan yang berlaku tempoh hari, so laluan telah bertukar menjadi 9.0KM.

Malim Gunung suruh Unie bergambar kat sini.. Perasan tak gunung kat belakang tu?? Merupakan gunung kat duit RM 1 yang lama dan Duit RM100.. Ok sila cheak duit anda.. hihihi

Orang da sibuk nak turun Unie ni tak sampai-sampai lagi.. Hahahahaha. Paling best semua pendaki yang bertembung ngan Unie tak putus-putus memberi semangat. Keadaan semakin terang, dari 7.0KM hingga puncak memang bergantung kepada tali dan cengkaman kasut anda..

Gambar ni ambil dari puncak..

Sakan dorang selfie,Unie pun sampai kat sini.. dekat jak lagi nak sampai puncak.. Tapi dorang terpaksa turun sebab kena Cek Out kat Laban Rata sebelum jam 10.00Am. Hanya Kak Muli menanti Unie kat puncak.

Begini la keadaanya bila sampai kepuncak, korang kena tunggu giliran. Setiap pendaki di hadkan 20 Minit setiap sorang. Yang istimewaanya Unni tak perlu beratur tak perlu 20 minit, hahahahhahahah, memang sampai puas !!! maklum la memang time naik atas da tak orang kot, berdua jak dengan kak Mulia. Kau rasa??

Alhmdulilah dalam keadaan nafas yang tak stabil, kaki yang lemah melangkah.. Namun semangat yang membuat Unni sampai kesini.. Tepat jam 7.51Am 24 Sep 2016.. Unie berjaya menawan Puncak Kinabalu. Memang tidak terkata time ni.

Ha'a ini la sebab kenapa unni nak balas dendam yang berkacimpung dengan dunia pendakian, Unni nak tawan semula Gunung ni !!!! Unni nk view Matahari terbit, unni nak jadi orang pertama sampai ( tinggi cita-cita ku. Insyaa Allah ku gagahkan dulu stamina ini.

Kinabalu Park World Heritage. Low's Peak. Jam 7.51Am, 8.7KM dari Pondok Timpohon bersamaan 4,095.2 Meter dari aras laut. Hanya mampu berkata Alhamdulilah. Kak Muli lebih awal tiba dari Unn dan menanti kedatangan Unni then turun bersama.

Dari bertujuh menwan puncak, hanya kami berenam dapat menawan Gunung Kinabalu, salah sorang kawan kami dari Kelantan Aiman pun tak dapat sampai ke puncak.. Dalam perjalanan ke puncak dia serang kekejagan kaki, so malim gunung tak benarkan dia meneruskan pendakian. Dia dia rehatkan di Cheak Point Sayat-sayat, 7.0Km. Walaupun da berusaha namun kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Dalam perjalanan kembali ke Laban Rata, Unie memang da tak mampu nak melangkah apa lagi nak ambik gambar, semua gambar ni malim gunung yang ambik ada juga gambar dari Jef.

Begini la keadaan naik dan turun, hanya tali yang membantu sebab tu digalakan memakai Glove yang sepatutnya dan kalis air so kalau hujan, takda licin tangan tu. Time ni memang Unie da tak mampu nak bernafas dengan baik, kaki pun da semakin lemah..

Itu la Cheak Point Sayat-sayat.. Pagi tadi gelap jak so tak perasan pun view macam ni. Tepat jam 9.05Am Unie Cheak Out kat sini. Ini Check Point yang kamu kena cek in sebelum jam 5.00 Subuh kalau da lebih jangan berpeluang untuk meneruskan perjalanan.

Kembali ke Laban Rata. Sayat-sayat-Laban Rata. 1KM jak lagi, sekarang cabaran turun tangga ular pulak. Tangga ni da kena upgrade so ok la tak menyukarkan perjalanan.


Boleh pulak lepas turun, kena lalu tempat ni, kenapa benda ni muncul, kaki memang tak mampu nak naik. Hampir 10 minit nak naik padahal dekat jak. Kak Muli masih lagi stedy, Unni sampai je memang da tak mampu terus tersungkur. Keadaan nafas da ok sebab suhu dan meningkat. Rasa nak panggil Helikopte jak bawa balik. Peritnya time ni, sapa suruh belagak kan tak mau tranning !!!


Tepat jam 10.35am Unni sampai kat Laban Rata. Da lewat 35 minit untuk sarapan pagi, Sarapan pagi bermula 7.00-10.00 am, so bertabah la wahai perut. Pos Malaysia pun ada tau.. Kalah kampung Unie, kat kampung mana adaa macam ni, kalau nak pi la pejabat pos sendiri.

Sampai jak Laban Rata, team lain da menanti kami then sediakan makanan sebab restoren Laban Rata tutup jam 10.00Am. Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pondok Timpohon. Dapat gambar ni dari group wasap, abam belakang tu yang power sakan selfie. Hahahahaha.

Selamat tinggal Laban Rata..
Kat sini suhu da meningkat, so Unie pun da semakin ok. jam 11.30Am kami meneruskan perjalanan kembali ke Pondok Timpohon. Perjalanan kembali ke laban Rata, cuaca sangat cerah tak macam semalam.. Unie berjalan berseorangan. Kak Ann, Aiman, Jef dan Zai mendahului manakala Kak Muli dan Abg Nasa Dibelakang. Berjalan bersorang, jumpa plak pendaki yang baru ingin naik. Seperti menjadi lumrah orang yang turun akan memberi semangat orang yang naik. Macam tu la Unni buat.

Cabaran paling Power time ni la Unie dapat rasakan. Pondok Timpohon kelihatan namun kena meniti setinggi ini, di mana kaki yang memang tak boleh melangkah da.. Tak tau nak kata apa.. Paling parah tangga ni bila kembali ke Timpohon, rata-rata 99% pendaki akan mengeluh .. Sabar la.

Yes, I am Successful Climbers.. Alhmdulilah.. Tepat Jam 4.28PM check Out kat Timpohon.

Terima Kasih Sudi Datang Lagi. Ok tunggu pembalasan Unni untuk menawan kembali mungkin 2 atau 3 tahuan akan datang kali ni nak tunggu trail mesilau buka. Insyaa Allah '' AKU AKAN BALAS DENDAM KINABALU ''.

Hadiah kejayaan sebagai kenangan... Dan terus menjadi kenangan kerana ciptaan Allah itu indah tak semua orang boleh merasai keindahan itu. Allahamdulilah sijil berwarna seperti yang di impikan sepanjang perjalanan.

Allamadulilah dengan Izin Allah sebagai anak jati Negeri Dibawah Bayu berjaya menawan puncak Gunung tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di Negeri tercinta Sabah. Unni sudah anda bila lagi??

Dapatkan TIP, KEPERLUAN, KELENGKAPAN dan PERSEDIAAN mendaki Gunung Kinabalu kat SINI dan pengalaman pendakian PART 1 kat SINI.

Salam Sayang : Unni Anje.



22 comments:

  1. bestnya unni dpt panjat gunung kinabalu.

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah unie!

    Mencabar ye..time bujang dulu ada jugak angan2 nak daki gunung kinabalu, dah masuk 3 series ni macam tk larat je hikhik

    ReplyDelete
  3. unni ada asma ka?? besa kalo ada asma ni nda buli tmpt sejuk mmg sesak nafas. btw THNIAH unni !!!! dpt realisasikan pendakian menawan akinabalu! dgn kpenatan bgitu mmg rasa bbaloi kan =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Unni berjaya daki Gunung Kinabalu. Kalau kak ana confirm semput teruk sebelum panjat tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. fae dah stop hiking. huhu.

    anway bestnye berjaya tawan puncak gunung KK hehe syabas!

    ReplyDelete
  6. Worth kan ;) Klau diberi peluang, mek pun nk jugak naik gunung kinabalu

    ReplyDelete
  7. Tahniah Unnie..Kak Murni rasanya takdan dah nak sampai puncak gunung KK ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah Unnie..Kak Murni rasanya takdan dah nak sampai puncak gunung KK ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, sampai juga Unni kat sana....

    ReplyDelete
  10. Selamat Unni sudah menaklukkkan puncak Kinabalu. Saya selalu kagum baca cerita pendaki gunung. Soalnya saya gak kuat. hahaha.. Kapan2 main ke Rinjani Indonesia dong. View nya bagus banget..

    ReplyDelete
  11. Wowww bestnyaaa unni, mesti sejukk gila kan baju tebal pakai tu :D

    ReplyDelete
  12. wahhh..bestnyee dapat panjat gunung kinabalu...bila la nak sampai sana ni? hehe

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.. sampai juga. kalau nina tak tahu lah, memang semput2 kalau daki ni.
    mungkin kena training dulu tp tak. hehe

    ReplyDelete
  14. Belum pernah sampai ke sana lagi.
    Hebatlah Unni.

    ReplyDelete
  15. sy bergambar di carson fall tu time turun ja :'( sijil pon dapat hitam putih ja :'(

    ReplyDelete
  16. Masa bujang @ belajar dulu suka jgk join aktiviti lasak nie... Seronok... Paling tinggi pun Gunung Ledang... Tu pun rasa terbang separuh nyawa... Kalau sekarang pie memanjat m EDD mang cari pasal sungguh ler...

    ReplyDelete
  17. Aduh UA....hakak baca cerita ni pun mcm terasa rasa semputnya. Pernah jugak panjat bukit kat area taman yg tak berapa tinggi tu, itu pun rasa nafas pendik, nak pengsan pun ada, nak muntah pun ada.....
    Ini pulak Gunung Kinabalu, mmg taklah kot haha....

    Mencabar jugak ye UA tangga ular tu...sure menggigil kaki

    ReplyDelete
  18. Waa bestnya, insyaAllah ada rezeki naik juga Gunung Kinabalu. Sekarang tengah cari info persediaan naik gunung dan baca pengalaman.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..skrg naik gunung ada medal?

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^