07 June 2017

Resepi Ayam Masak Butter

Resepi Ayam Butter | atau bahasa englishnya Chicken Butter merupakan menu pilihan berbuka puasa. Tekak terasa nak makan sesuatu yang sedap-sedap so teringat resepi ayam masak butter ni!!! Masakan ni memang sedap dan selalu buat masa raya. So sedap, pedaskan sikit lagi sedap!!! Jangan heran unni ni memang hantu lada. So semua masakkan mesti yang pedas-pedas. Tak lapar pun boleh jadi lapar dibuatnya.

Memandangkan stok ayam banyak sangat kiriman dari mak kat kampung. Maklumlah Unni memang fail sikit bab-bab membeli bahan basah ni, so bila hujung minggu kalau tak balik kampung mak akan kirim kan kat rumah unni. Sweet kan mak kita..Hihihihih. Jum follow resepi unni yang paling mudah.

Resepi Ayam Masak Butter
Resepi Ayam Masak Butter

Resepi Ayam Masak Butter

Bahan -bahan

1. Ayam 1/2 kg
2. Butter
3. Susu Cair
4. Daun kari - 10 helai
5. Bawang putih* 3 ulas
6. Cili api* ikut kepedasan
7. Telur 2 biji
8. Tepung ayam goreng
9. Sedikit epung jagung

bahan bertanda * di cincang

Cara membuatnya

1. Ayam di goreng terlebih dahulu. Telur di pukul secukupnya celup ayam dan salut dengan tepung ayam goreng.
2. Panaskan kuali dan naikkan minyak, bila mendidih goreng ayam sehingga garing kemudian ketepikan dahulu.
3. Panaskan kuali kemudian masukkan butter dengan api yang perlahan gaul butter sehingga cair kemudian bila masukkan bawang putih dan cili api yang telah di cincang. Tumis sehingga kemerahan.
4. Kemudian bila bahan sudah kemerahan masukkan daun kari sehingga naik bau.
5. Masukkan susu cair dan gaul sehingga rata dan kemudian masukkan sedikit tepung jagung ( tepung jagung di cair terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuali ), kemudian gaul sehingga semua bahan sebati dan mendidih.
6. Apabila bahan sudah mendidih, masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan gaul sehingga sebati.
7. Siap untuk di hidangkan.

Nota Tambahan 

*Resepi ayam masak butter ini juga turut di sediakan dalam bentuk Udang dan sotong!! Kalau nak guna sotong atau udang pun boleh lagi sedap kot guna makanan laut.
* Butter dan susu cair bergantung dengan kamu, agak jak, kalau suka ada kuah-kuah lebihkan kalau suka pekat kurangkan. Macam unni lagi suka pekat then unni memang kurangkan butter dan susu cair.
* Ayam goreng bergantung dengan kamu nak stail macam mana, unni suka cara paling mudah..

Selamat Mencuba


8 comments:

  1. Okey...nanti akak nak buat plak...

    ReplyDelete
  2. Sdapnya..lagi2 tengah puasa ni

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/salam-ramadhan-dan-salam-finals-guys.html

    ReplyDelete
  3. Wuu macam sedap saja hoho. Bah salam blogger sabahan kio :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! TQ for sharing resepi.


    kebaikankeindahan.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tq unni..ble lah buat ni nnt..dulu pernah buat tapi resepi lupa haha

    ReplyDelete
  6. chicken butter aduihhh...terliur tak sengaja la pulak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^