26 May 2017

Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Town Tempat Menarik Di Sabah

Assalamualaikum, Tahukan kamu terdapat sebuah Cowboy Town Di Sabah?? Sabandar Leisure Rides, Tuaran yang dikenali sebagai Cowboy Town. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik di Sabah dan wajib kamu kunjungi kalau datang kesini. Tempat ini agak terkenal sejak kebelakang ini kerana tempat ini berkosepkan zaman Cowboy.

Dalam Trip Cowboy Sabahan Blogger telah merelilasikan impian Unni untuk datang ke sini. Impian yang terpendam sejak pembukaan lagi. Allahmdulilah perjalanan dari Tawau-Keningau-Kota Kinabalu dipermudahkan, dengan izin Allah.

Cowboy Town
 
Lokasi Cowboy Town terletak di  Pekan Tuaran Kota Kinabalu, kira-kira 40.3KM dari bandar utama Kota Kinabalu, lebih kurang 54 minit perjalanan. MAP atau WAZE jak, In shaa Allah tak sesat.

Cowboy Town ini telah di buka kepada pengunjug pada tahun 2015 namun masih belum di buka secara rasmi sehingga hari ini ( 26 Mei 2017 ) so selagi itu belum ada pekeliling bayaran yang di kenakan dalam erti kata lain free jak la masuk sini.

Cowboy Town

Bagunan PEE & POO merupakan Washrooms Cowgirl ( Perempuan ) dan Cowboy ( lelaki ). Terdapat 4 kereta antik yang di pamerkan di hadapannya. Terasa seperti dalam Filem rasanya, kejap lagi mesti ada produksi nak buat lakonan Cowboy kat sini!! Washroom ini juga berkonsepkan Cowboy. Hahahahahaha.. 

Apa yang menarik kat sini??

Pertama merasai sendiri penagalaman menunggang kuda, kedai cenderahati, Bar & Grill, Bamboo Restoren dan Payah Bakau.

Cowboy Town

Bagunanan ini pulak adalah Bagunan Sabandar Cowboy Lodge & Cafe. Menpunyai dua tingkat. Tingkat atas Cowboy Lodge manakala tingkat bawa Cowboy Bar & Grill ( Cafe ). Caj penginapan di sini juga dalam harga RM100++.

Langkah kanan apabila kami dapat bergambar dengan owner Sabandar ini , Tuan Awang Samsir. Mula-mula ingat di pengujung seperti kami, namun adik yang Guide kami tu maklumkan bahawa beliau la bos dorang That means Owner Tempat ini. Sangat peramah dan baik, bila kami ajak bergambar dia siap suruh tunggu kejap sebab nak pi ambil topi Cowboy dia tu. Mesti la pakai Topi Cowboy katanya.

Cowboy Town

Benda yang paling spesial bila datang sini adalah KUDA. Nama pun Cowboy Town kan mesti la ada kuda. Setiap kuda-kuda disini di jaga rapi oleh perkerja kat sini. Terdapat dua jenis kuda kat sini kuda Lumba dan kuda untuk pengunjung.  Setiap Kuda di sini juga mempunyai nama tersendri dan kandang masing-masing. Terdapat dua bangunan kandang kuda di sini.

Cowboy Town
Cowboy Town
Blogger Jun Zin With Bario ( Kuda )
Hanya RM15.00/ 2 pusingan di kenakan untuk pengujung yang ingin merasai sendiri pengalaman menunggang kuda ( kawasan gelanggan kuda ). Kalau takut tu abaikan sahaja perasaan takut tu sebab keselematan kamu memang terjamin. Topi keselamatan di bekalkan dan seorang Guide. So tak ada yang ingin di risaukan. Unni da rasa macam tak turun dari Bario.. See Jun happy sangat ( sangat jeles gambar dia tu ) maklumlah da tiga kali dia jejak kaki kat sini, namun kali ketiga ni baru berpeluang menunggang kuda.

Perkhimatan naik kereta kuda juga di sediakan dengan bayaran RM100.00 untuk 4 orang ( RM25.00 Sorang ) selama 1 Jam. Kereta kuda ini akan membawa kamu jalan-jalan meyusui Pantai Sabadar Tuaran. Namun jika kamu ingin menunggang kuda sendiri di kawasan Pantai bayaran yang dikenakan adalah RM30.00 selama 1 Jam.

Jadual Kuda : 08.00 AM - 11.00 AM dan 02.00PM - 06.00PM so make sure datang sini time yang betul.

kraftanagan  Cowboy Town
Blogger Eca
Kedai kraft tangan juga ada di sini bagi memudahkan pengunjung membawa pulang cenderahti. Pelbagai barangan ada di jual kat dalam ni, T shirt, Topi Cowbot, Keychain, frignt magnet, makanan ringgan dan minuman tin/botol. Kalau nak menunggang kuda juga bayaran akan di buat di sini.

Cowboy Town

Kawasan ini merupakan kawasan payah bakau, dalam kawasan Cowboy Town juga namun telah di bina sebuah jambtan untuk memudahkan pengunjung berjalan di sini, restoren Bambo juga di bina di atas jambatan ini. View kat payah bakau ni memang lawa, kena lagi kalau panda tangkap gambar makin berseri-seri pic kamu semua.

Nak tenangkan fikiran pun boleh sebab kemudahan tempat duduk turut di sediakan. Menikmati payah bakau dengan daun-daun yang berguguran.. Subahanallah, tenangnya jiwa ini. Allahmdulilah. So kamu nak lepak berjam-jam pun kat sini tak kisah.

Cowboy Town

Thank You Please Come again.. Yess semestinya Unni akan mejejak kami sekali lagi kat sini, sebab nak merasai naik kereta kuda di kawasan Pantai. So orang Sabah selagi masih Free datang la sini, secepat mungkin. Jangan lupa list kan tempat ini sebagai destinasi percutian kamu semua. Tempat Menarrik Di Sabah.

Ingat Cowboy Ingat Sabah..

Sekian.

7 comments:

  1. SALAM RAMADAN..MNARIK SEKALI KONSEP BNDAR NI KUDA PUN BNYK

    ReplyDelete
  2. wah...best nya...unni dah sampai dah kat sini..

    ReplyDelete
  3. Banyak betul tempat menarik di Sabah..
    Kena explore betul-betul bila pi sana nanti..
    Cantik gambar Unni..

    Salam Ramadhan Kareem..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya unni temoat ni..
    Selalu main limpas limpas ja ni tempat kalau pigi sebelah tuaran,

    ReplyDelete
  5. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  6. Lama nda pegi Tuaran. InsyaAllah tahun ni mau pegi beraya di Tuaran sebab dulu time kocik tinggal di Tuaran 😁

    ReplyDelete
  7. Wah.. Syok jugak. Nnti kalau ada rezeki g sabah boleh dtg sini. Good sharing unni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^